Monday, December 31

alkisah si teman maya

Amaran : kisah ini mungkin berjela . segala kesan dan akibat adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab anda yang membaca . kisah ini juga merupakan kisah benar hidup aku dan aku sekadar ingin berkongsi . moga jauh dari sifat yang tidak diingini . Terima Kasih . oh yeah ! Selamat Tahun Baru semua . jaga diri jangan nakal ya : )


sudah sedia ? baik , kisah ini bermula ketika aku baru mula bekerja selepas menghadapi SPM pada tahun 2010 . walaupun baru pertama kali bekerja dengan segan silunya aku tetap hadapkan . aku beruntung ketika itu ada teman baikku yang turut sama bekerja denganku . jadi tidaklah aku merasa bosan . kononnya .

dipendekkan cerita ketika itu aku masih tak punya broadband di rumah . hanya portal My Maxis di handphone saja yang menjadi peneman . dari situ banyaklah juga website yang ala ala Facebook . salah satunya adalah My Mlife (ML) . ada yang pernah punya juga ? *kita sep*

sebenarnya lama dah aku punya akaun di ML ni . aku pulak jenis yang sangat sangat sangat gatal tangan . sebab gerentilah aku akan buka dan dari situlah semuanya bermula . sebenarnya ... tak juga . lepas aku dah gatal tangan sign up , beberapa hari lepas tu aku tak usik dah ML tu . dalam setahun dua juga aku tinggalkan .

sambung balik pada perenggan pertama tu . pada saat aku mula bekerjalah aku mula aktif semula dalam ML tu . mula mula memanglah bosan . tak kenal sesiapa pun . aku pun dengan ramah mesranya setelah punya senarai nama beberapa orang rakan , aku mula belajar untuk menyapa mereka . 'Tak apa . Sapa je . Nak malu kenapa ? Depa bukannya nampak kita'. kan ?

kenal punya kenal aku tak nafikan yang aku sudah punya teman maya yang agak ramai . kebanyakkan mereka seangkatan denganku , selebihnya pula pangkat adiklah jawabnya . namun antara ramai ramai itu , entah macam mana aku boleh berkenalan dan mula akrab dengan seorang cewek ini . mungkin kerana sifatnya yang seakan sama dengan teman baikku yang studi di Machang (kenyit mata sat hee) itu menyebabkan kami mudah mesra . mula bertukar number phone selepas dua hari aku menyambut hari lahir yang ke-18 . kisahnya terus berlanjutan .

* * * * *

aku masih ingat . waktu itu bulan Ramadhan . jarum jam tepat menunjukkan 2:30 pagi . aku masih belum melelapkan mata . selesai saja online ML ketika tu , aku terus menghantar pesanan ringkas pada cewek tu . tanpa berfikir apa . selang beberapa saat saja dia balas juga pesananku tadi . dari hanya sapaan biasa saja kami berdua mula membuka satu persatu cerita . walaupun ianya hanya melalui pesanan ringkas , aku dapat merasakan betapa seronoknya kami berdua 'berbual' . sungguh ! kami akan merasa mengapalah masa berjalan dengan begitu pantas . tanpa kau sedar kredit yang tadi berbaki RM2.50 , kini hanya tinggal RM0.65 (dengan YouthClub) . boleh kau bayangkan saat saat perkongsian kami ? hinggalah ke impian kami untuk bersua suatu hari nanti menjadi kongsian sebenarnya 

namun sebenarnya kesihatan dia tidak seperti yang lain . pada hakikatnya . lagaknya tak ubah seperti mereka yang lain . mungkin kau sendiri sukar untuk percaya .

"You nak tahu I saked ap , lysa?"
"Bagitaulah kalau you sudi kongsi dengan I". Aku tinggalkan senyuman di hujung kata .
"Tapi janji yg you takan beritahu sesiapa"
"Ya, janji". Aku dah mula berfikir yang macam macam .
"Hm , bone cancer".

aku terdiam untuk seketika . kalau saja kita sedang berhadapan sekarang mungkin dia sudah aku dakap seeratnya .

'Licik juga kamu , Fiza...'

lama kelamaan , secara perlahan aku dapat berdepan dengan situasi dirinya . pernah suatu malam dulu aku terima satu pesanan ringkas dari nombornya namun sepupunya yang mengirimkannya . katanya dia ada di ICU akibat sesak nafas . jantung aku berdegup laju . rasa risau mula menyelubungi diri . aku hanya berdoa sambil ditemani airmata . Alhamdulillah keesokkannya kami dapat berhubung .

"Lepas doc inject morphine , I terus lena . Penad sangatt (':".

* * * * *

pada malam sebelum Tahun Baru (2011) aku sengaja menghantar ucapan Tahun Baru kepadanya setelah hampir beberapa hari dia mendiamkan diri . Delivered . namun pada jam 5 petang keesokannya . aku pula ketika itu sedang keluar bersama teman sekolah . jadi aku kira malam nanti saja aku akan menelefonnya .

rupanya aku tidak kesampaian . Dia telah pun pergi pada petang itu ...

kisah ni berlalu terlalu pantas . aku sempat bersamanya hanya selama enam bulan . tak menyangka enam bulan itu mampu buat aku terasa seperti enam abad lamanya kami bersama . tanpa sempat bersua muka biarpun singkat namun bermakna .

* * * * *


pada mereka yang pernah merasa kehilangan mungkin kau boleh rasa apa yang aku rasa ketika itu . tapi satu aku sematkan dalam diri , 'mereka' juga berhak bahagia bukan . apatah lagi bahagia yang di 'sana' adalah bahagia yang berkekalan . janganlah terus ditangisi . entry ni sengaja aku buat selepas 3 tahun masa telah berlalu . 3 tahun yang aku rasa cepat saja datang dan pergi . peritnya lama kelamaan mula sebati dalam diri .

hidup tetap diteruskan seperti biasa walau 'dia' tiada disisi kini . perlu bangkit kerana kau tak pernah ditinggalkan keseorangan . kau punya famili dan teman rapat yang lain . tak lupa juga yang di 'sana' . mari sama sama capai impian . bawa bersama kenangan lalu . tak kira sama ada ia pahit atau manis rasanya . jika itu mampu menguatkan semangat kau untuk terus maju !


** kau mungkin tiada dalam nyata
tapi hakikatnya
kau hidup dalam hati ini selamanya

Al-Fatihah

Sunday, December 30

secepat yang mungkin

aku kira lebih kurang dalam masa 24 jam saja masa yang tinggal untuk kita semua berganjak ke tahun baru . pada aku tahun baru untuk masa atau lebih tepat aku katakan untuk keadaan aku sekarang ni hanyalah biasa biasa saja . iyalah kalau dulu namanya budak sekolah memang sekolah lah yang bakal aku hadapkan . sekarang ni takkan nak berazam tamatkan zaman bujang kot ! tapi kalau ada mereka yang di luar sana bakal membina masjid tu sudi sudikanlah jemput kitew ye ! *lambaian ratu dari sini

okey dipendekkan entry juga . aku tak sediakan apa apa pun untuk menyambut tahun baru ni (memang tak pernah pung!) sebab apa . pada fikiran aku sekarang . apa yang aku minta , cepatlah masa berjalan kepada 7hb Januari 2013 . kenapa dengan tarikh tu ? well , itu tarikh aku beli broadband sebenarnya . tak ada kaitan dengan mana mana anniversary . I single lah (wkwkwkwk gelak gulenguleng) . sebab apa lagi . sebab hujung bulan memang tak sah ler kalau tak kena kuota internet kan haih . jadinya setiap tarikh 7hb itulah arus akan kembali normal . itu sajalah harapan aku saban bulan tau . ahahakss ~

setakat ini saja . sekian . baik kau datang cepat 7hb ! aku rindu . EH

oh ye ! kalau ada yang berniat nak main bunga api ke pop pop tu ke bolehlah ajak aku sekali ye =DD

** bersyukurlah
jika kita masih
dapat bernafas
hingga ke saat ini

Saturday, December 29

berbaloi

Assalamualaikum dan Selamat Akhir Tahun ! dah sedia untuk bermain bunga api sama aku ?

Alhamdulillah sebagai penutup tirai  tahun 2012 ini akhirnya dapat juga aku tunaikan azam yang tak seberapa nak gah ni . tapi cukup memberi penangan besar dalam hari hari aku nanti . cehh ! kemain kau kan .

jiwa aku sudah tidak keruan pabila terlihat kelibat sebuah lori besar yang tiba tiba berhenti di hadapan rumah tempoh hari . sabar aku yang tak reti duduk diam sebelum ni akhirnya membuahkan hasil yang mampu buat aku seperti jatuh cinta semula .

"Yes!" Girang aku melihat bungkusan di tangan lelaki muda itu .

aku ambil . segera di-sign apa yang perlu . aku tutup pintu rumah dan duduk . bungkusan itu diletakkan di hadapan aku . tunggu apa lagi bukalah kan ! ibu serta si kecil dua itu hanya termangu menantikan apa yang mungkin terisi di sebalik bungkusan yang juga berbungkus itu . selesai acara membuka bungkusan . itu dia ! sudah terlihat kelibat yang kupaling nantikan selama ini . tadaa !!


aku syak mungkin aku terlambat sedikit untuk memilikinya . tapi pada aku penantian penuh sabar sangat berbaloi tau ; )

mari terus ke sesi memuaskan nafsu ! usah lagi tunggu =D


p/s : laptop tu tak termasuk sekali tau heh !

Thursday, December 20

selamat beramal


mereka yang di depan mata itu sentiasalah engkau hargai ,
agar bila tiada nanti tidak pula engkau tercari cari


keluh kesah sendiri
tiada guna , lagi .


Sunday, December 16

tontonan hari Minggu

harini aku keluar berdua bersama teman baik aku yang juga mantan classmate aku tika di Tingkatan 6 dulu . beliau sebenarnya telah menyempurnakan tugasan menghadapi peperiksaan dengan jayanya baru baru ini . jadi harus juga wajib lah aku membawanya keluar berjimba disamping menenangkan fikiran setelah berbulan bulan stres memikirkan exam . contoh kawan yang baik . ya aku tahu tu . mari terus ke aktiviti kali ni , menonton !


The Hobbit .
tiket yang di-redeem . VVVVVIP pule ku rasa muehehe !

ada yang kata The Hobbit ni ada kesinambungan dengan filem The Lord of The Rings (LOTR) . aku sendiri tak tengok sangat movie LOTR dulu . punya CD pun rasanya sekali je tengok . itupun tahun lepas . tehee ! senang cerita untuk pengetahuan lanjut baca ini .

secara peribadi aku pula , aku suka filem The Hobbit ni . cumanya dalam dua babak tu kalau tak silap , ada dialog yang terlampau panjang aku rasa . betul memang panjang . roti kedua aku rembat gara gara bosan menunggu tau . but overall , babak klimaks ke akhir berjaya menarik perhatian mata aku . sebab babak berlawan memang kegemaran . tak mengantuk dah lepas tu . siyes =D

jadi pada mereka yang pernah menjadi peminat LOTR , boleh lah diteruskan lagi niat murni kalian dulu dengan menjadi peminat filem The Hobbit ni . filem ni ada tiga bahagian . marilah kita berjemaah bersama menunggu kedatangan filem ini nanti .


ps // bangga juga aku tadi
sebab dapat teka
riddle-game si Gollum
^O^


Friday, December 14

matahari, bulan dan bintang


 tika di usia 6 - 8 bulan .

* * *





kini , setahun tiga - lima bulan 

* * * * *

engko orang tak perasan ke kalau anak kecil ni comelnya tu comel gila gila .

aku sangat emosi okey bila tengok budak 3 tahun yang kena pukul tu .

(huh !)


Thursday, December 13

ini buat jiwa kacau

sejak aku di sekolah menengah lagi , aku sangat gemarkan permainan 'tangkap gambar' . kau tahu macam mana mainnya ? mudah . kau bergambarlah dimana juga kapan saja kau berada dan apa saja yang sedang kau lakukan itu . kau ambil saja gambarnya . gampang kan . heh .

aku ni bolehlah juga dikategorikan sebagai pencinta gajet (especially camera yow) . cuma untuk memilikinya tak pernah belum waktunya (kebanyakkannya) . lagi lagi sekarang kemain ligat si Samsung promosi gajet gajet depa tuh . huh ~ aku yang tengok ni tergoda bhai . goyah iman ni . main gila nampak depa sekarang . kau tunggu je nanti bila aku dah kerja *berlagaknya aku*

dulu masa aku guna Samsung taklah secanggih seteknologi macam sekarang ni . handphone buka tutup dulu pun dah aku anggap yang tercanggih . hakhak . lagi lagi tang kamera dia tu , boleh ambil gambar kat depan . kiranya kau-boleh-cermin-muka-dulu-sebelum-bergambar-kemudian-tinggal-klik saja . toksah penat penat guna self-timer . hebat tak hebat .

sebelum ni pun boleh dikatakan juga aku aim si Iphong tu . tapi bila dah si Samsung kemain pandai tarik perhatian aku . apa lagi . mulalah beralih arah tapi tak curang sepenuhnya juga . kalau boleh pun aku nak pakai semua gajet yang ada kat dunia ni . riak tak riak aku . bhahaha !



Samsung NX1000 .
payah nyebut aku panggil Bazuka-termolek-sedunia je sudah .
eh =p


Samsung Galaxy Camera (SGC bukan GSC tau! kiki)


itu baru dua aku tunjuk . cuba engko orang usha web Samsung dot kom sendiri , kat situ berlambak gajet yang mampu buat engko orang si peminat gajet ni jiwa kacau sampai susah tidur malam tau .

motif entry ni , saja nak bagitau aku satu pun takda (kecuali BumBee dah ada =p) . sangat emo. tapi satu hari nanti . siapa tahu kan kann . tunggu yang paling terbaru antara yang terbaru . ngehngeh ~


Wednesday, December 12

emosi membunuh diri

kalau aku boleh cipta sesuatu . aku mahu cipta sesuatu yang mampu malah hebat dalam hal hal mengawal emosi manusia . senang nanti bila amarah dan yang serasa dengannya cuba mendekat , bunyi amaran terus kedengaran lantas aku capai benda-yang-boleh-kawal-emosi itu dan aku kawal semahu aku agar setiap manusia juga diri aku sentiasa tampak cool .

hebat tidak ? *keningkening*

Monday, December 10

sembilan belas


si kecil itu
kini
sudah dewasa
yang dahulunya pemalu
kini
dia petah berbicara
untuk dia yang satu
kini
Selamat Meningkat Usia !

=p



** moga cepat punya Si Dia ye dikk !
hikhikk .


Saturday, December 8

nota hati #3


aku belajar melepaskan saat ini ,
agar yang datang nanti
terima yang selayaknya dari hati .


Friday, December 7

doa, impian dan harapan

menjadi keutamaan bila seseorang itu memegang nama sebagai anak sulung untuk mengalas tanggungjawab menggantikan posisi ayahnya pada suatu hari . tidak kira anak lelaki ataupun anak perempuan . apa yang kau rasa segalanya automatik kau akan rasa . tanpa beban . tiada paksaan . tanpa perlu dibalas dengan keluhan . kerna yang utama , kau ingin menjadi anak yang taat pada orang tuanya . juga yang bisa membalas jasa orang tuanya sedaya yang mampu  . seikhlas hati .

itu jugalah yang aku rasa . aku mahu jadi yang berguna buat mereka . bisa menyenangkan mereka di hari tuanya selepas berjuta juta keringat telah mereka kerah hanya untuk mencari nafkah buat keluarga tercinta . melihat mereka (setiap ibu bapa) bekerja yang tidak menghiraukan siang atau malam , tidak mengendahkan hujan atau panas , mereka tetap cekal meredah cuaca dan masa . kerna yang terutama adalah keperluan anak anak (yang masih belajar terutamanya) , sudah makan apa belum , cukup atau tidak segalanya menjadi keutamaan setiap ibu bapa .

dan aku , aku ingin menjadi seperti ayah . ayah yang sentiasa kuat bekerja . itulah yang paling aku kagumi pada diri ayah . biarpun aku dan ayah sering punya pendapat yang jauh bedanya . tidak pernah punya fahaman yang sama . tapi itu tidak bermakna aku tidak sayang padanya . sayang aku padanya tidak mampu dihitung dalam bentuk angka sekalipun . kerna aku tidak mungkin lupa pengorbanan ayah tika ingin menyekolahkan aku dulu . andai aku terkasar tanpa aku sedar , aku akan emosi sendiri . menyesal sendiri . hanya tahu memohon ampun berkali kali . di dalam hati .

"maafkan kakak , ayah"

cuma satu yang sentiasa menjadi harapan aku , izinkanlah aku menyempurnakan satu satunya impian aku buat ibu ayah juga adik sebelum apa apa berlaku pada aku . aku hanya ingin menyenangkan hidup mereka sebelum aku pergi . semoga aku diberi peluang untuk berbakti buat keluargaku yang tercinta dan yang paling aku hargai .

harapan yang sering kuselit dalam setiap doaku .



Wednesday, December 5

Tuesday, December 4

sketsa berdua

kisah semalam . antara aku dengan si Momo . saat saat bermanja yang dapat juga mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara kami berdua . di samping membuang segala sifat malu juga segan dan yang serasa dengannya .



aku yang peramah lagi penyayang + dia yang kecil lagi gagah = tidak kah itu manis namanya
muehehe !

Monday, December 3

kerna ku sayang kamu

lagu Sayang oleh Shae


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku


Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku

Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu




** psst ! 2013 nak mai dah . kau orang sudah siap kah ?


Friday, November 30

rujukan lalu


" Your past mistakes
are meant to
Guide you
NOT
Define you "


Wednesday, November 28

lain macam sikit

cuti sekolah sudahpun bermula . mestilah seronok pada mereka yang bergelar pelajar sekolah . dapat melancong kesana kesini , dalam juga luar negara . tapi bagi mereka yang masih menghadapi peperiksaan SPM juga STPM , bawa bawalah bertenang . akan sampai juga masa berjimba atau me-release-kan stres kalian nanti . begitu juga buat teman baikku , Siti dan Syaza . fightinggg ! =D

untuk aku pula hanya biasa saja . sama macam hari hari biasa . masa yang tersisa ni sebelum aku mula mencari nafkah tahun depan haruslah aku gunakannya sebaik mungkin . bila dah kerja nanti tak akan ada masa sangat dah nak menghadap laptop . main game . segalanya terhad dah jadinya .

sebenarbenarnya aku ni nak sangat borong buku sejak dulu dulu lagi . tapi tak pernah kesampaian dek diri ini yang sudah mulai menunjukkan rasa malas yang kadang kadang boleh tahan jugak melampaunya --, lalu berkeluh saja yang aku tahu . sangat tak baik untuk kesihatan hati . setakat ni yang aku baca dirumah macam Kitab Terfaktab , Majalah Remaja & Hijabista , buku buku cerita yang kupunya masa zaman sekolah dulu . semuanya entah berapa kali aku khatam pun tak tahu .

jadinya nanti aku akan ajak ayah kesayanganku itu untuk membawa merangkap menemaniku  membeli buku sebanyak yang mampu . itulah azam aku untuk hujung tahun 2012 ni . azam untuk tahun depan pun dah aku sediakan . sevangat betul haku ! kalau nampak je dekat tibi , memang lagi berkobar kobar jiwa aku nak . kalau tercapai suatu hari nanti , akan ku kasi tepek dekat sini . hihihi .

dulu boleh la aku kata kalau aku minat baca novel . lepas baca novel Erti Rindu Ini , terus rasa nak lagi baca novel cinta yang lain . ha nampak tu , C I N T A . aku tak mengspesifikasikan sangat novel pilihan sebenarnya . kalau sinopsisnya best , aku beli je . kalau ramai kata novel ini itu best , aku beli . nak merasa juga apa yang best sangat tu kan . tapi semua novel ni dah terlalu lama keluar pasaran . kebanyakkan aku baca genre cintalah jugak . rasanya S-E-M-U-A-N-Y-A novel cinta . HAHA .


rajin pinjam kawan .
beli kurang , ini je yang ada . keke .
kesukaan Bebunga Kasih - thumbsup !

kata orang jauh berjalan luaslah pengalaman . tapi kalau tak berjalan pun , jadilah dengan kutip ilmu kutip pengalaman dengan membaca dulu ye dak .


Monday, November 19

Maha Cinta

lagu cinta itu kedengaran
terbangkitlah sebuah memori tercipta
lantas dia tersenyum sendirian
lagu itu masih setia disisinya .

wahai cinta

peringatilah daku sekiranya ku lupa
dunia ini hanyalah seketika
begitu juga cinta sang manusia
dan aku pula ,
aku pula hanya insan biasa
kau dakaplah daku dalam bahagia
kau pimpinlah jiwaku bersama
hanyutkanlah lara
teguhkanlah setia
kerna
aku ini hanya manusia biasa
pada Dia , Sang Pencinta
kerna
hanya cinta dari-Nya
kan kekal buat selamanya 
buat aku dan kamu semua .




** aku berserah diri
tidak akan kuletak lagi
harapan yang tinggi .

Friday, November 16

kisah cinta mereka

"cerita/tengok orang kahwin muda ni kan buat aku pun nak kahwinlah !" sambil gelak kecil tak ingat dunia .


petikan kata hati bila tengok kenalan/orang luar kahwin muda . tapi aku ni memang dari dulu lagi jenis yang seronok tengok orang kahwin naik pelamin ni . ialah datang setiap kenduri kahwin dapat makan ayam masak merah peberet tuu . mestilah tak nak lepas . muahaha ! tapi ingin ditegaskan , itu hanyalah kata hati semata mata . kerana hakikatnya aku merasa semuanya masih perlukan lagi masa . buat saat dan ketika ini aku seorang gadis yang serba tidak cukup dalam segalagalanya . tidak layak . masih budakbudak kata ibu dan dia . ehh !

bila dah bergelumang dengan mereka yang sudah mendirikan rumahtangga , aku ni pun tak terlepas jugalah terima berdas das pertanyaan "awak bila pulak ?" . perlakuan merangkap jawapan aku mudah "senyum tak perlu kata apa apa" kihkih . ialah asyik ditanya turn aku bila je , y'olls ni pun janganlah risau kalau jodoh dah sampai and segalanya pun sudah stabil akan kuhabaq satu dunia punyalah . no worries okay ! hikkk .

jadi yang ingin aku persembahkan ini bukan kisah aku tapi kisah mereka . aku ingin mempersembahkan kisah mereka . mereka yang telah lama menjadi kakak serta adik juga keluarga lain ibu dan bapa juga mereka yang digelar sahabat . sahabat aku sedari sekolah rendah lagi .


27 hb Oktober 2012



she really looks like a Barbie doll .

with Jeliza .
rasa nak cubit aje pipi flower girls to tau ! eee ~

semakin bahagia tu yang menonjol tembamnya . hihik .

Jasvinder & Bimaljit . Congratulation !


15hb November 2012




sah sah sah ~ Alhamdulillah jadi bini orang dah member aku sorang ni .

yang ini manja !

para pengapits . termasuk aku jadinya
"selalunya pengapit pengantin ni turn dia tak lama lagi tau "
ini mitos semata mata ! sebut boleh percaya jangan , ahakss .

ada macam family potret tak ? hehe .



selesai sudah majlis mereka berdua . segalanya berjalan dengan lancar . moga berbahagia dan dipermudahkan segala urusan kalian selepas ni . be a good wife Bimal and Pija ! huhu sedih C'=



** lepas ni nak ajak keluar kena minta izin suamilah kan .
tapi tak boleh sangat dah follow kitaorang yang single single ni .
hihihi .


Monday, November 12

dari kediaman baru


hampir sebulan sudah meninggalkan rumah lama . masih cuba menyebatikan diri dengan rumah baru . dan suka hati aku saja guna ayat macam tu heh ! rumah baru sekarang yang jaraknya tidak jauh juga terlampau dekat iaitu di sebelahnya saja dan sangat memudahkan proses mengemas barang . tapi dekat tak dekat , barang tetap banyak . diangkut berhari hari selama seminggu . akhirnya kosong . dah rasa macam baru nak pindah balik kat situ pulak hmm .

lama dah sebenarnya aku tinggal kat rumah ni . dari aku usia lima tahun hingga cecah usia 20an sekarang . nak kata tentang kenangan memori kisah suka duka memang banyak . nak sebut satu persatu memang tak sudah .

- punya arnab . Boboi nama kuberi . lama lepastu punya pulak arnab betina , Comel namanya . mereka dua bersatu maka terhasillah keturunan arnab sehingga ke generasi ketiga .
- aku juga bela kucing . banyak sangat . nama pun macamacam tapi jenis lebih kurang . cam tak cam lantak asal depa menyahut bila dipanggil .
- ayah pula dulu kaki pancing . jadi macamacam jenis ikan juga pernah ada kat rumah ni . tak lupa juga , burung ! burung apa aku tak tahu . yang aku tahu warnanya hijau kuning . memang comel .
- masa darjah 6 dulu aku dengan adik memang gila main Rondes (Kriket) . jadi bila hujan turun atau sementara tunggu geng yang lain (lelaki semuanya) datang we'olls main depan rumah tulah . waktu tu memang aku juga satusatunya pemain perempuan merangkap pembaling bola utama . muehehe !
- aku juga punya adik angkat , Solehin namanya . tarikh lahir tak jauh tak dekat jugak dengan aku , 12hb Julai kalau tak silap . tapi masa dia darjah 5/6 pindah T_T

itulah antaranya and semuanya masa aku hingusan lagi . cukuplah sekadar aku katakan rumah ni memang dipenuhi dengan kenangan di setiap sudut rumah buat aku dan keluarga J


** dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan
Happy Deepavali
buat mereka yang menyambutnya esok hari .
dan akulah tu di antaranya hihikk !

Saturday, November 10

izinkan aku senandungkan lagu cinta

*menaip sambil menghisap Mentos SourMix . terkenyit kenyit mata aku .
turut bertemankan lagu Tanpamu daripada Amir Jahari disisi*


ehem ehem !
kini izinkan aku untuk mendendangkan satu kisah cinta realiti . ya ! ini kisah cinta aku . yang kuanggap antara yang paling romantis sepanjang berumur 20an ini *betulkan koler baju*

kisah ini dimulakan dengan aku . aku yang masih sempat berfoya foya sedangkan STPM bakal kuhadapi tak lama lagi . masanya pula pada bulan Ramadhan tahun lepas . Alhamdulillah penuh barakah . hingga aku pun bertemu dengan dirinya yang teristimewa sehingga kini .

kali pertama bertentang mata tak kusangka dia rupanya yang kutunggu selama ini . putih tak berapa gebu masa itu . matanya berwarna coklat sama dengan aku . tapi sebenarnya bukan dia yang aku berkenan . aku berkenan pada saudara kembarnya . matanya biru y'olls ! tapi tapi ... dia pemaluuu ~ jadi aku tak mahu ! hamboi kau .

sebabnya adalah kerana aku ini seorang gadis yang naif . sewajarnyalah kan sebagai seorang gadis , kamu harus mencari seorang jantan yang menyayangi kamu . tak cukup kalau hanya kita yang menyayangi dia . kerana dia tunggak keluarga yang harus ditaati . tak gitu ?

dan aku rasa cukup bertuah masa itu . disaat aku menolak saudaranya yang bermata biru itu . rupanya yang bermata coklat itu sudah pun jatuh cinta padaku . kerana sifat tamak haloba dalam diri , tanpa berfikir bulat-bulat-dan-masak-masak aku terus memilih dirinya . dan dari situ kisah percintaan teragung aku dan dia bermula *bunyi drum*

seperti pasangan lain , kami memang saling menyayangi . kemana saja aku ada , dia juga ada . bila aku ke dapur , itu port pebret dia . kemain suka melantak okey dia ni . dan aku juga tidak tahu kenapa dia begitu menggemari ikan goreng . bila aku bagi aiskrim atau coklat (peberet aku) tidak mahu pulak dia . tapi itulah cinta . tak bermakna kita bersatu kerana punya minat yang sama bukan . kerana perbezaan itulah yang membuatkan kita bersama sebenarnya . itulah namanya saling melengkapkan ! tidakkah itu romantis ? wuuu ~

bila ada yang membuli dia , memang aku sangat marah . kenapa nak buli dia ? dia hanyalah seorang jantan yang namanya saja jantan . kenapa tak buli je aku yang gadis ini ? aneh kan .  yang jantan pulak yang dibuli . jadinya akulah pelindung sejati dia . aku jugalah tempat dia bersandar . tempat dia mengadu nasib dibuli . haihh ~ segalanya aku . entah bila dia nak mandiri pun aku tak tahu . well demi cinta aku relakan . siapa yang tak pernah berkorban apa saja demi yang tercinta kan . cinta itu akan buta kalau kita tak melihatnya dengan hati .

dan untuk mengakhiri kisah percintaan kami , aku hanya ingin memberi sedikit kata untuk sama sama bermuhasabah diri . bercintalah kamu dengan mereka yang benar ikhlas inginkan kamu . kalau benar dia cinta , dia bukan hanya akan meluahkan dengan katakata semanis gula saja . dia akan buktikan pada kamu . sama ada kamu sedar atau tidak . yang pasti dia cuba sedaya upaya untuk terus menyayangi kamu seperti mana kamu menyayangi dirinya . dia tahu untuk menghargai kamu . dengan cara menghormati kamu dan keluarga . dia juga tak akan mengkritik tapi sering menasihati . tak akan menilai kamu yang dulu tapi setia disisi untuk kamu yang sekarang (memang tiada yang sempurna, tapi kita digalakkan untuk berusaha. sekurangkurangnya)

itulah jua dia saya . sini saya perkenalkan .












so ?
mm janganlah terkejut sangat .
dialah kekasih hati saya selama ni . tak nak orang lain dah . hikk!


** hanya beri peluang pada ruang .
sentiasa meletakkan diri sebagai manusia yang tidak sempurna .
renungrenungkan diri seadanya .
mungkin dengan cara tu korang akan tahu/jumpa apa yang korang nak .
tinggal cepat atau lambat saja 



wahh ! adakah ini cinta namanya ? *kedua tangan didada mata terpejam mulut tersenyum*


Thursday, November 8

terukir di bintang

tatkala mereka sedang sibuk bercerita tentang sahabat . tidak tahu mengapa ini mampu membuat aku tersentap . diam membisu dalam hati . secara tiba tiba tanpa aku sedar perasaan 'itu' mula hilang arah entah kemana .

bila kau teringatkan pada kisah lalu , hati itu akan mula meracau . minda kau bagai dipukau . mata yang memandang hanya dibiar melilau . kau pula mula merasa beban yang dipikul sendirian dahulu tiba tiba semakin memberat dan terus menunduk . menunduk dan terdiam . segunung rasa bersalah terus menjengah diri .

secara tidak sedar air mata itu jatuh . mengingatkan kisah memori yang dicipta bersama terhenti di pertengahan jalan . kebaikan apa saja yang sudah aku lakukan ? adakah ia sudah di terima 'kamu' ? cukupkah ia ? mengapa 'kamu' tidak pernah menjawab pertanyaan pertanyaan aku selama ini ? setidaknya berilah senyuman itu dalam mimpi .

namun sepi . tiada jawapan .

sepertinya masa lalu tak akan pernah melepaskan
diri ini berlalu pergi menuju ke masa hadapan .
sepertinya masa lalu tak akan pernah membiarkan diri ini mengejar cita cita
agar tangisan tidak lagi menerpa .

ingin saja aku minta agar mereka yang bercerita itu supaya menghentikannya . kerna aku akan terus rindu pada 'kamu' . 'kamu' yang telah pergi tanpa khabar untuk aku . namun , tetap aku ingin membiarkan saja mereka . kerna tanpanya , aku khuatir aku akan lupa pada 'kamu' .

biarlah persahabatan kita tidak sehebat mereka
kerna tempoh enam bulan itu sudah terlalu cukup
untuk kau menjadi
sahabat aku buat selama lamanya
dan tidak pada dunia saja
juga di Akhirat sana .


" sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku ,
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu "


Wednesday, November 7

sabar itu dicabar

saat itu
dimana tiba tiba saja
idea kau keluar mencurah curah .
kau dengan sungguhnya segera
menarik laptop kau di hadapan
kau hidupkannya
seperti tidak sabar ingin
menterjemahkan idea dalam bentuk abjad tersusun .

setelah internet berjaya dipasang
dengan segera menekan alamat belog
segera kau klik new post .

l o a d i n g . . . .

kau menunggu dengan penuh sabar
tak mengapa , mungkin sekejap saja lagi
tunggu lagi sekejap
hampir tiga minit
tak mengapa , tunggu lagi
sikit saja lagi .

l o a d i n g . . . .

sabar kau mula tercabar .

mahu keluar tidak ini ?
banyak idea ingin disematkan disini
wahai arus , mengapa kau begini ?

sangat mendukacitakan .
sangat mencabar iman .
tidak peduli rintihanku .
mengeluh sehabis mahu .

akhirnya ,
butang 'X' itu yang dipilih .
broadband dicabut .
shut down !
biasa beginilah aku .