Wednesday, February 22

halwa telinga

harini , sepanjang perjalanan ke Shah Alam , lagu ini terus diputarkan di radio tanpa aku tahu siapa pemilik lagu ini yang ku sangka dari Seberang . cuba menangkap setiap bait-bait liriknya , manis sekali . semanis gulagula Skittles ! melalui rimbunan pokok yang berguguran dedaunnya , lagu ini cukup mengasyikkan aku ! buai , membuai dan terbuai , z z Z ~


lagu Cinta Bersatu oleh Liyana Jasmay


#
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

c/o
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

# , c/o

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh .. cinta padamu



Friday, February 17

benci itu sayang

budak-budak dan aku . sangat ketara perbezaannya . ejaan saja kalian sudah nampak akan perbezaannya . siapa sangka kalau diri ini sudah hampir 3 tahun terjerumus dalam bidang yang melibatkan makhluk-makhluk kecil lagi molek dari aku .

suatu masa ito apabila Puan Besar sudah membuat keputusan untuk menjadi seorang babysitter , tidak ada siapa yang mampu membantah keputusannya termasuk aku . segala kata-kata yang aku lontarkan dengan lemah-lembut dan sopan santunnya ditolak mentah-mentah . *lari membawa diri ke dapur*


serius aku katakan , aku adalah orang dewasa yang kurang gemar akan kanak-kanak dulu . memikirkan aku yang akan menghadapi SPM (2009) pasti ribut rumah nanti jadinya . dengan suara budak-budak , memekik terlolong sana sini . dengan mainan yang pasti berselerak lalu dibiarkan saja . inilah penangan apabila UpinIpin sedang ditayang . pasti yang kena kemas aku juga . hurr . sangat leceh . mahu baca buku pun terbantut . cehh , alasan ! ya ito lah alasan aku kerana membangkang sekeras-kerasnya untuk berkecimpung dalam bidang ini . biasalah , orang masih muda dan mentah (kata dewasa sangat tadi) . satu susah pun tak mahu aku ada , hewhew . 


mula-mula to memang sangat sukar rasanya . mana tidaknya kena tenangkan mereka bila nangis lah , dodoikan bila mahu tidur lah dan terutama bab mendukung bayi memang akulah yang akan mengundur paling belakang . takmahu dukung , aku tak berani . anak orang to , jangan main-main ! ni bukan tepung yang boleh diuli untuk berubah bentuk yang kita nak . ha tahu aku takut >.<'


bila dah makin lama makin dekat makin mesra makin rapat dan segala makin , buat aku mula rasa bibit kasih dan sayang akan mereka . lebih utuh dan abadi daripada perasaan yang dewasa ke dewasa . jangan jealous =P budak-budak ni tahu siapa yang sebenarnya sayangkan mereka . sebab ito sentuhan kasih oleh Johnson & Johnson sangat berguna . kulit lembut seperti bayi , sampai jari-jemari yang kiut miut ini dijadikan puting untuk mereka hisap . gunalah Johnson's untuk hubungan intim bersama anak-anak anda ya . eceh !


tengok makhluk kecil ni membesar - dari meniarap , merangkak , berdiri , berjalan , bercakap dan berlari , buat aku rasa "wah ! adik-adikku sudah besar panjang ! boleh akak pulak tidur sekarang , ibu ?" *senyum meleret , hikhok* bila takda suara makhluk kecil ni dirumah , sunyi rasanya . moodku melayang dibawa angin sepoi-sepoi tak reti bahasa . buat kerja apa pun terasa tak buat apa . bila ada pulak kelibat si kecil , bukan main garang aku minta depa tidur . sobsobb T_T . *jangan tiru aksi ini !


mari sini aku kenalkan barisan makhluk-makhluk kecil yang menjadikan suasana rumahku bagai berada di Funfair .
cik Muda Memei .
masih bersuka ria di Sabah sana . tiket dah murah nanti pulang ya ! C'=

cik Muda Dila .
tutup pintu rumah anda sebelum dia tidak membenarkan anda menutup terus , keke .

encik muda Alfin .
menggemari aktiviti jalan-jalan kaki-kaki (katanya) .


cik muda Rissya .
dilarang makan dihadapannya (serius) .


encik muda Irfan .
penjaga pintu rumah yang enggan berpisah dengan keretanya .


cik muda Echa .
si kuat merajuk , takpa umpan saja dengan gula-gula =P


cik muda Natasha .
teman setia ku tika berphotoshoot C'=


kini Puan Besar (dan aku) hanya menjaga cik muda Rissya dan cik muda Echa . oleh kerana encik muda Irfan dan encik muda Alfin telah berpindah . cik muda Memei pula masih berada di Sabah dan khabarnya menunggu harga tiket murah untuk pulang ke mari . manakala cik muda Dila dan cik muda Natasha , mereka berdua telah selamat berada di Indonesia , Madura dan Padang masing-masing .


seronok sebenarnya ada anak kecil dirumah . dalam kita penat meredah cuaca yang tidak menentu sepeti sekarang , senyuman atau teguran ringkas mereka mampu buat kita bersemangat lagi . pernah dulu Puan Besar tanya Cik Muda (aku) mahu adik lagi tak ? dan aku .. boleh saja . tapi disebabkan kekangan aku dan adik lelaki ku sudah dewasa , maka tak jadilah proses membuat adik ito .


note : sebelum anda ingin meletakkan anak-anak anda dirumah penjaga , pastikan masa anda bekerja tidaklah terlalu awal (pagi pagi buta) dan tidak juga terlalu lewat (malam) . kasihan juga si penjaga . mereka juga perlu istirehat C=

Wednesday, February 15

Sendaloka

Assalamualaikum pembuka bicara,
Disertai dengan salam sejahtera,
Ini 6AK1 empunya kisah,
Pelbagai ragam pelbagai karenah.

Cik Farainaz mama kami,
Subjek diajar ialah Mikroekonomi,
Jangan dipandang sebelah mata,
Terutama dalam bab-bab kereta.

Ketua tingkatan namanya Nurrisa,
Last minit study itulah perangai,
Yong Hong pula si penolong dia,
Setia membantu tak pernah lalai.

Cik Fanny ketua ceti kami,
Mengutip cukai sebulan sekali,
Bersih, Cantik dan Ceria tagline mereka,
Itulah Syaza dan Siti tersengih sentiasa.

Sunyi sepi kelas tanpa suaranya,
Koperasi lah tempat persembunyian utama,
Ke kiri ke kanan dengan beg duitnya,
Chai Soon Yip lah diberi nama.

Jerry Low dan Jevendren duduk di depan,
Berbeza sekali dengan teman-teman,
Keck Foong pula apa kurangnya,
Sekali dicabar tak nak mengalah dia.

Quah Tzu Seng si pakar Sejarah,
Siapa sangka dia pakar menyakat juga,
Monica yang pendiam ada disebelah,
Layan karenah ternganga-nganga.

Mengawal disiplin tugas utama,
Ke hulur ke hilir sekolah dironda,
Sampai P&P terpaksa ditinggal,
Itulah Shathish tak usah disangkal.

Selamba dia dok melalak,
Cikgu pandang buat tak tahu,
Sekali tergelak terus tergelak,
Apa sebabnya hanya Nazirah yang tahu.

Sekian saja cerita kami,
Pelbagai gelagat memeningkan kepala,
Salah dan silap harap dimaafi,
Almaklumlah inikan tahun last kita J


**sendaloka ini ada di majalah sekolah MEKAR edisi 2011 kalau aku tak silap (sebab aku belum dapat lagi) .
aku sengaja mereka seloka ini untuk kenangan kami semua .
malam tadi , aku bermimpi akan kalian .
yang serunya ,
aku bermimpi yang kita sedang bersiap-siap hendak ke pertandingan tarian , haha . tak dapat ku bayangkan bagaimana incik-incik sekalian kelas aku ito menari =P

Tuesday, February 7

pesanan hari Selasa




"belajarlah untuk selalu menghargai sebelum ingin dihargai .
berhenti dari terus terusan merungut .
lakukan perubahan !"



Monday, February 6

Info Cantik

Tetap cantik walaupun di waktu cuaca panas .


tak dapat dinafikan sebagai perempuan ataupun wanita naluri nya pasti sama iaitu ingin tetap tampil berkeyakinan dengan muka yang segar dan berseri-seri dalam keadaan cuaca apa sekalipun . terutamanya kini , kalian sedia maklum bahawa cuaca di Malaysia sendiri mudah berubah-ubah . kejap panas terik dan kejap hujan memanjang . namun kalian tetap boleh menghindarinya dengan mengikuti beberapa tips di bawah ini .


1. pakai Facial Spray :
terutamanya bagi mereka yang berkulit kering , memakai facial spray adalah cara tepat untuk tampak segar ketika cuaca panas . pilih solekan yang berwarna natural atau yang seakan-akan warna kulit anda seperti beige dan krim . kalau bosan dengan warna tersebut pilihlah warna pastel seperti merah jambu muda , biru muda , hijau muda , ungu pucat dan sebagainya . pilihan lain ialah dengan menggunakan warna metalik pucat seperti emas atau perak di bahagian sudut mata .




2.  Sunblock :
apabila kalian menjalani aktiviti diluar rumah , sunblock adalah barang wajib yang perlu dipakai . mungkin ada juga yang malas menggunakannya terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dengan alasan ia akan melekit , berminyak dan meninggalkan kesan putih di muka . jangan risau , tak kiralah apa jua jenis kulit kamu , pakailah sunblock untuk :

  • kulit yang sangat berminyak - gunakan losen penyerap minyak dulu sebelum menggunakan sunblock .
  • kulit berminyak - pilih sunblock yang bebas minyak (oil free) dan lebih baik yang kalis air (waterproof) kerana ia tidak akan luntur dek peluh .
  • kulit kering - gunakan pelembap yang mengandungi sunblock sebaiknya min SPF15 . juga pastikan ia bersifat Board Spectrum iaitu melindungi kulit dari sinar UVA (penyebab penuaan kulit) dan UVB (penyebab gelapnya kulit) .


3. apakah itu SPF ?
angka yang tertera pada SPF atau Sun Protection Factor menunjukkan waktu berapa lama kalian boleh berada di bawah sinar matahari . jika kalian tidak banyak melakukan aktiviti luar , maka sebaiknya pilih SPF yang rendah iaitu SPF10 .


Contoh : SPF15 , bila kalian brtahan di bawah sinar matahari selama 15minit , maka produk tersebut akan melindungi kulit selama 225 minit (15x15=225) atau sama dengan 3 jam 45 minit .

perlu diketahui , bahawa SPF hanya melindungi kulit dari sinar UVB sahaja . oleh itu , sebaiknya pilih produk yang sekaligus dapat melindungi kulit dari bahaya sinar UVA , iaitu yang memiliki kandungan bahan utama dari salah satu bahan seperti avobenzone , titanium dioxide dan zinc oxide . formula tambahan yang boleh dijadikan pilihan seperti yang mengandungi vitamin C dan vitamin E kerana kedua-duanya boleh mengelakkan kesan negatif dari radikal bebas yang dibawa oleh sinar matahari .

4. bedak debu :
untuk kulit yang berminyak , jangan terlalu kerap menyingkirkan minyak di wajah dengan menempelkan bedak terutamanya bedak debu . ini kerana kulit wajah akan tampak seperti topeng dengan tona kulit yang tidak sekata . kalian perlu menyerap dahulu minyak tersebut dengan tisu penyerap minyak .



note : sebelum membeli apa jua barang kecantikan , sebaik-baiknya kalian bertanya dahulu kepada kedai-kedai yang berkenaan mengenai cara pemakaian , kandungan barang tersebut , kelebihannya dan juga adakah ia sesuai dengan kulit anda kerana pasti ada setengah diluar sana yang mempunyai kulit yang sensitif .

sumber : REMAJA .

Wednesday, February 1

Hi Februari !

sedar tak sedar , hari yang buat aku tertunggu dengan perasaan yang bercampur baur bakal tiba . tak keruan aku dok menghitung hari . bila lah ? bila lah ? dan bila lah ?? yang aku tahu cuma awal bulan Februari . tanggalnya aku tak pasti . usah khuatir ! sudah ku tanya pada yang terkenaan . hehe .


untuk menghilangkan rasa tidak keruan aku , aku dok  hadap Twitter saja petang dan malam saban hari (pagi aku jadi babysitter - berkerjaya bukan , hewhew) . sampai bising sudah ibu =p sebab itolah , aku rasa tidak sabar untuk hari ito tiba . nanti kalau ibu marah lagi boleh lah aku jawab yang aku sibuk hadap laptop untuk masa depan anak ibu yang satu ini pulak . kihkih =p


kerja aku bulan lepas pula hanya bershopping ! sangat seru . duit pun mengalir dengan arus yang paling laju ketika ini . sangat sangatlah ohsem ! ohyeahh ><'


sedikit halwa mata buat kalian .
beruntung aku dia tinggi , tempat aku berpaut dikala aku dihimpit di KTM =p

haa , cuba teka cuba teka dimana ini ? jakun =D

dan aku .. nak ucapkan juga Selamat Tinggal buat dia . siapa ? awakk lah ! hahaha . *senyum kelat* 

lagu Januari oleh Glenn Fredly

berat bebanku meninggalkanmu
separuh nafas jiwaku sirna
bukan salahmu apa dayaku
mungkin benar cinta sejati
tak berpihak pada kita .

c/o
kasihku,
sampai di sini kisah kita
jangan tangisi keadaannya
bukan karena kita berbeda .

dengarkan,
dengarkan lagu .. lagu ini
melodi rintihan hati ini
kisah kita
berakhir di Januari .

selamat tinggal kisah sejatiku
ooo .. pergilah .

#lama tak dengar lagu ni C=