Assalamualaikum pembuka bicara,
Disertai dengan salam sejahtera,
Ini 6AK1 empunya kisah,
Pelbagai ragam pelbagai karenah.
Cik Farainaz mama kami,
Subjek diajar ialah Mikroekonomi,
Jangan dipandang sebelah mata,
Terutama dalam bab-bab kereta.
Ketua tingkatan namanya Nurrisa,
Last minit study itulah perangai,
Yong Hong pula si penolong dia,
Setia membantu tak pernah lalai.
Cik Fanny ketua ceti kami,
Mengutip cukai sebulan sekali,
Bersih, Cantik dan Ceria tagline mereka,
Itulah Syaza dan Siti tersengih sentiasa.
Sunyi sepi kelas tanpa suaranya,
Koperasi lah tempat persembunyian utama,
Ke kiri ke kanan dengan beg duitnya,
Chai Soon Yip lah diberi nama.
Jerry Low dan Jevendren duduk di depan,
Berbeza sekali dengan teman-teman,
Keck Foong pula apa kurangnya,
Sekali dicabar tak nak mengalah dia.
Quah Tzu Seng si pakar Sejarah,
Siapa sangka dia pakar menyakat juga,
Monica yang pendiam ada disebelah,
Layan karenah ternganga-nganga.
Mengawal disiplin tugas utama,
Ke hulur ke hilir sekolah dironda,
Sampai P&P terpaksa ditinggal,
Itulah Shathish tak usah disangkal.
Selamba dia dok melalak,
Cikgu pandang buat tak tahu,
Sekali tergelak terus tergelak,
Apa sebabnya hanya Nazirah yang tahu.
Sekian saja cerita kami,
Pelbagai gelagat memeningkan kepala,
Salah dan silap harap dimaafi,
Almaklumlah inikan tahun last kita J
**sendaloka ini ada di majalah sekolah MEKAR edisi 2011 kalau aku tak silap (sebab aku belum dapat lagi) .
aku sengaja mereka seloka ini untuk kenangan kami semua .
malam tadi , aku bermimpi akan kalian .
yang serunya ,
aku bermimpi yang kita sedang bersiap-siap hendak ke pertandingan tarian , haha . tak dapat ku bayangkan bagaimana incik-incik sekalian kelas aku ito menari =P
No comments:
Post a Comment