Sunday, July 28

Bukan Saatnya Lagi

Hari ini adalah hari pertama Juwita bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat yang boleh tahan terkenal juga di ibu kota. Syarikat ini sudah tak terhitung jumlahnya keluar-masuk dalam berita, majalah juga di laman sosial. Pendek kata, rakyat Malaysia pasti kenal akan keberadaan syarikat ini. Tapi itu bukan tujuan asal cerita ini. Kita ke perenggan seterusnya.

           Hari pertama bekerja dah bermacam tugas Juwita pelajari. Dia sudah bertekad - ingin mempelajari apa jua ilmu selagi mampu. Hari pertama bekerja saja, majikannya sudah pun kagum pada kesungguhannya bekerja. Juwita tidak ingin mensia-siakan peluang ini. Dia ingin memperbaiki segala kelemahan diri. Dia ingin berjaya seperti kaum wanita yang lain di luar sana. Tak mengapa walau hanya sebagai kerani, asalkan dia belajar sedari bawah - lebih afdal baginya.

           Hampir sebulan bekerja di syarikat yang agak terkenal itu, sepasang mata bundarnya berjaya menangkap sesuatu yang hampir membuat dia gila bayang. Dia sudah jatuh cinta! Seorang makhluk bernama lelaki yang secara diam telah berjaya mencuri perhatiannya. Hampir setiap hari, matanya tak pernah menyerah mencuri pandang pada lelaki itu. Dia berusaha untuk mengetahui nama lelaki itu. Sungguh-sungguh dia mencari tahu! Kata dah jatuh cinta ye dak.

           Haiman Hafiy. Itulah nama diberi. Betapa gembiranya hati Juwita setelah mengetahui nama lelaki tersebut. Kini setelah Juwita tahu akan nama lelaki idamannya itu, boleh dikatakan setiap masa terluangnya dia akan membuat origami berbentuk hati. Setelah banyak hasil origaminya, dia masukkan kesemuanya ke dalam satu bekas khas untuk diisi. Lalu dia hadiahkan bekas berisi origami tersebut buat Haiman Hafiy, lelaki idaman dirinya.

           Hari ini, sudah masuk 99 hari dia bekerja di syarikat yang agak terkenal itu. Hatinya masih terasa seronok untuk datang bekerja walaupun kadangkala kerjanya sudah mula banyak dan bertimbun hingga tak menang tangan. Kerana satu niatnya, iaitu Haiman Hafiy. Demi Haiman Hafiy, demi rindunya buat Haiman Hafiy, dia perlu hadir ke pejabat. Biarlah ia tidak terbalas pun, asalkan dia dapat tatap wajah jejaka itu pun sudah berbaloi baginya. Sedang asyik dia mengelamunkan saat Haiman Hafiy menegurnya suatu masa dulu, dia didatangi rakan sepejabatnya iatu Amira.

"Wei, kau pergi tak wedding Haiman minggu depan?" Lamunannya terhenti. Matanya membulat.

"Wedding Haiman? Bila masa pulak dia kahwin? Dia kan single?" Debaran di dadanya mula tak keruan. Bahunya dipukul manja.

"Kau ni mimpi apa, Ju? Dah masuk sebulan dah akad nikahnya. Minggu depan sanding dah pun!" Kedengaran gelak tawa Mira di hujung telinganya.

           Hatinya tidak puas. Segera dia ke meja Haiman Hafiy yang terletak 50 meter dari mejanya. Dia perlu mendapatkan kepastian. Setibanya di meja Haiman Hafiy, dia terlihat foto perkahwinan Haiman Hafiy. Bahagia. 'Macam mana selama ni aku boleh tak sedar?!' Marah hatinya.

"Ye, Juwita?" Tegur Haiman Hafiy setelah terlihat kelibat Juwita di hadapannya. Senyuman turut terlukis diwajah bahagia lelaki itu.

Bekas yang berisi origami yang dihadiahkan pada Haiman Hafiy dulu diambil, lalu dicampak ke lantai.

"Penipu!" Haiman Hafiy kaget. Tercengang dia melihat sikap Juwita.

            Hari-hari Juwita kini mula berubah. Dia tidak lagi bekerja di syarikat yang agak terkenal itu. Dia ingin membawa hatinya ke tempat yang sepatutnya. Dia sedar akhirnya. Hatinya itu tiada lagi jiwa untuk bercinta. Yang ada cuma hati untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia yang bercita-cita tinggi untuk memperbaiki kehidupannya. Dia harus memperbetulkan niatnya sedari awal dulu. Dia ingin menjadi wanita yang berjaya dalam hidup, bukan dalam percintaan. Bukan saatnya lagi.


Wednesday, July 24

Berat Sebelah

wahai Hati,

mohon kau bersabar. anggap saja itu suatu proses mematangkan sahabat baik kau, Akal.


Saturday, July 20

Oh Rindu !


hey hey ! pejam celik tutup buka mata dah masuk 10 hari berpuasa. how fast! hari Sabtu gini lebih banyak spend time dengan cik muda dua ni. mana tidaknya, hari lain tak dapat jumpa. aku sampai je di rumah dorang dah balik. inilah masanya untuk melepaskan segala rindu yang terbuku lagi terpendam lamanya. ahak !

asal nak gambar ber-enam. memandangkan ibunda dah memecahkan rekod peribadi menjaga lima orang ketul cik muda sekaligus. perghh ! tabik kat ibu. aku yang paling panik bila dimaklumkan,"biar betul bu?!" and ibu dengan cool-nya menjawab,"laa, betullah. dah balik pun semua" sambil tergelak mendengar soalan aku.

kebetulan pulak pakai baju warna sama.


selamat berpuasa dan selamat beristirehat !

Thursday, July 11

Percaturan Yang Manis

aku percaya
apa yang ditulis oleh Dia
pasti yang terbaik buat kita.

aku percaya
setiap apa yang terjadi
pasti ada manis pahitnya
yang takkan pernah berhenti
dari terus menguji manusia.

aku percaya
pada percaturan
manis-Nya.


Tuesday, July 9

Dengan Senang Hati

hari ini rezeki badan sangat murah. Alhamdulillah. ibu mama mak serta kakak kakak kesayangan hari ini dengan baik hati lagi pemurah yang amat masak special untuk kitorang sebelum kedatangan bulan Ramadhan pada esok hari. lauknya dah macam nak sambut raya bak hang ! rendang mak sangat umphh ! sambal sotong kak Liza mengancam ! cream puff kak Ijot gebu lagi sedap di mulut - si tukang makan semuanya sedap la kan? hihihi.

hari tu ada join game yang library buat. main game sampai aku buat entry duka-lara-hati-daku. ingatkan dah kalah. dah tak ada harapan langsung nak menang konon nak mogok tanak jejak library. tup tup semalam dapat emel, dorang nak belanja makan KFC ! eksaited i'olls =D tak jadi nak mogok. rasa nak datang library selalu. nak makan KFC selalu. hakhak melampau aku.

and and and ! my Seven Lejen sudah sampai hari ni ~ hoorayyy !



** dan dikesempatan ini,
selamat menunaikan ibadah puasa
buat semua umat Islam J

Sunday, July 7

Dreamer

" You are never too old to set another goal
or
to dream a new dream "
                                                                                                                - C. S. Lewis


Friday, July 5

Don't Wake Me Up

disaat aku melangkah hari
disaat aku majukan diri
disaat aku cekalkan hati
disaat ruang sedia diisi
rupanya pahit masih dirasai.

pekat.

Monday, July 1

Berat

mereka mengeluh.
mengeluh kerana tadi aku bilang,
tiga minggu lagi masa aku di sana.

mereka mengeluh.
melepaskan rasa tidak percaya.
katanya aku berbohong.

aku bilang lagi,
kalau jodoh kita panjang
ketemu lagi dong !

;)