Sunday, April 21

Dan Sebenarnya

SEKALI lagi hari minggu itu aku layan movie Tom Yum Goong lakonan Tony Jaa.

"Tak bosan ke wei asyik-asyik itu jugak yang ditengok. Ce tengok Undisputed 2 ke. Yuri Boyka not bad gak pe." Ujar Daus pada aku.

Aku menjeling. Kulihat ditangannya ada mug yang berisikan air Milo. "Thanks!" Lantas aku ambil mug tadi. Dia tampak tak puas hati.

"Eh! Ni aku punya lah. Kau nak pi buat sendiri. Pemalas.." Keluh Daus lalu diambil semula mug tadi. Sempat aku hirup sedikit. "Heee!"

"Weyh! Jom ar keluar. Bosan seyh. Cuti-cuti duduk rumah. Jom ar keluar!"

"Aku malas lah." Jawapan yang sama aku ucapkan hampir setiap kali bila Daus mengajak aku keluar. Mata masih setia memandang tv. Babak favourite aku - Kham lakonan Tony Jaa berlawan dengan beberapa orang putih yang saiz badannya lebih besar daripada Kham sendiri demi menyelamatkan gajah kesayangannya, Korn yang telah dicuri dan dibawa ke sebuah restoran yang bernama Tom Yum Goong Otob di Australia. Perghh!

"Mana tak malas. Kalau tak tengok movie, kau layan perasaan dengan buku-buku kau. Bila dah bosan baru kau nak keluar. Itu pun ke kedai buku. Tak MPH mesti Kinokuniya. Lifeless lah kau, Fan!"

Aku biarkan saja Daus membebel. Dia bukannya tak tahu hidup aku bagaimana. Bukan sehari dua aku duduk dengan dia - dah bertahun pun! Lagi-lagi kitorang memang dah berkawan baik sedari sekolah rendah dulu - sewaktu dia cuba ponteng kelas dan kebetulan aku pula ketua kelas. Bila disoal cikgu, aku cover baik punya untuk dia. Baik kan aku?

"Hah, Fan! Kau dah siap cerpen untuk bulan depan?" Tanya Daus menukar topik perbualan.

Dahi kutepuk. "Belum wei. Deadline bila? Tema apa ek?" Mencari kepastian. Entah macamana aku boleh lupa pasal tugasan kami setiap bulan itu sebagai panel penulisan cerpen di sebuah syarikat penerbitan buku swasta di ibu negara.

"Kau biar betul? Tinggal dua minggu je wei!"

"Serius aku lupa." Segera aku berdiri lantas berlari menuju ke komputer riba aku yang terletak kemas di dalam bilik. "Tema apa, Daus?!" Aku laung dari dalam bilik.

"Cinta pandang pertama!" laung Daus kembali.

"What!! Cinta pandang pertama? Ah, shit!"

* * * * *

SUASANA pagi di ofis seperti biasa. Masing-masing berkejaran menyelesaikan tugasan.

Seperti sedia maklum, proses membuat sesebuah buku bacaan ni bukan mudah. Tidak jugak terlalu rumit. Dari pemilihan topik atau tema setiap bulan, photoshoot, slot pengiklanan, editing bagai. Nasib baik bukan aku yang diletakkan di tugasan itu - pastinya itu adalah kerja mereka yang pakar juga arif mengenainya. Tugas aku cuma panel dalam penulisan cerpen sesebuah majalah. Setiap emel-emel yang dikirimkan aku perlu baca untuk dipilih bagi ruangan cerpen sesebuah majalah yang tertentu.

Tapi pagi tu jugak aku masih tak senang duduk. Memikirkan tema yang diberi, Cinta Pandang Pertama? Aku lemah bab gini wei. Membaca tulisan orang lain memang mudah. Tapi untuk aku menulis sendiri? Serius aku lemah. Bukan sebab aku tak pernah bercinta juga. Is just... it's not my expertise.

"Whassup?" Tegur Daus. Dia berdiri di sebelah aku. Mata disepetkan melihat skrin komputer. "Apa ni, kosong? Kau buat apa je dari tadi, Fan?" Sempat dia gelakkan aku.

"Daripada kau bebel, baik kau tolong aku."

Sekali lagi dia gelakkan aku. "Apa lah yang susah sangat, bro? Tuh! Buku-buku Fixi kau tu tak akan lah tak ada yang membantu?"

Aku renung rak buku kecil itu di sudut tepi meja. Disitu aku simpan hampir separuh dari koleksi buku-buku Fixi untuk dijadikan tatapan - juga rujukan jika perlu. Separuh lagi ada di rumah. Aku geleng. Lalu mengeluh berat.

"Tak ada? Aik, kau biar betul."

"Well. Aku nak something fresh. Tak nak lah cilok-cilok." Aku menegaskan pendirian sendiri.

"Aku pun tak suruh kau cilok idea.  Maksud aku jadikan buku-buku tu sebagai sumber ilham kau. Selama ni pun memang dari situ jugak kau dapat inspirasi kan?"

Kebetulan pada waktu itu kelihatan staf atasan kami yang juga salah satu ketua panel penulisan rencana muncul bersama seorang gadis. Aku dan Daus sempat memerhati.

"Siapa tu?" Aku menyoal.

"Oh. Dia pemenang contest cerpen hari tu. Bunga Orked nama pena dia. Bukan kau ke yang pilih?" Daus pula kembali menyoal aku.

Aku menggangguk perlahan bila nama Bunga Orked itu kedengaran.

Aku masih ingat akan cerpennya yang turut diberi nama Bunga Orked. Ia berkisar tentang pejuangan cintanya terhadap bidang penulisan sehingga dia dibuang keluarga gara-gara ingkar akan keinginan keluarga agar dia berkahwin sahaja. Watak Su Myra dalam cerpen itu adalah seorang gadis muda yang sangat bercita-cita. Dia ingin membuktikan kepada keluarganya bahawa impiannya pasti menjadi realiti suatu hari nanti. Akhirnya, dia berjaya menjadi seorang penulis novel terkenal sehingga novelnya ada yang diadaptasikan sebagai filem juga drama bersiri.

"21 kot," ujar Daus membisik.

"21." Aku menyebutnya semula. Kagum jugak aku pada gadis itu. Dalam usia muda sebegitu tak ramai yang gemar menghabiskan masa dengan menulis. Namun itu semua terpulang pada minat jugak. Bukan boleh dipaksa ye dak?

"Ok lah. Aku kena submit benda ni. Kau cepat ikhtiar. Chow!" Perintah Daus sebelum lesap.

* * * * *

"EIRFAN." Kak Rozie, ketua panel aku menegur.

Aku yang sedang gigih ber-blog-walking demi mencari ilham di ruangan rehat menoleh. Segera berdiri. "Ya, kak?"

"Macamana tugasan yang kakak bagi dulu, dah siap?"

Ah, damn! Sepatah apa pun aku tak buat. "Kak Rozie nak sekarang ke?" Aku menyoal kembali. Risau kalau-kalau betul dia mahukannya saat itu.

"Tak juga. Akak cuma nak tahu status. Kalau belum selesai, make it fast. And please Eirfan, impress me again." Kak Rozie tersenyum. Aku pun balas senyuman tadi dengan teragak-agak.

Kemudian, datang serentak pula Daus dengan Bunga Orked.

"Puan panggil saya?" Tanya Bunga Orked. Daus pula terus duduk di sofa bersebelahan aku.

Sambil Kak Rozie menerangkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan pada penulis Bunga Orked itu, aku tanpa sedar merenung diam-diam gadis genit itu. Terasa seolah-olah mata aku punya tarikan magnet pada dia. Dia yang kulihat hanya tersenyum. Tersenyum dan tersenyum. Menggangguk pun tersenyum. Menjawab kata-kata Kak Rozie juga dengan senyum. Saat tu, aku rasa manis kot.

Setelah selesai Kak Rozie berbasa-basi, dia pun beredar. Bunga Orked beredar kemudian. Namun sempat dipanggil Daus.

"Bunga Orked?" Duga Daus bingkas berdiri.

Dia menoleh. "Ya?" Masih tersenyum.

Aku yang sedar Daus memanggilnya terus bertindak bersahaja. Berpura-pura kembali menghadap laptop. Namun sempat aku mengerling.

"Nak lunch sama-sama tak nanti?" Tanya Daus tanpa belok-belok.

Aikk? Aku kaget. Soalan apa pulak tu. Takkanlah Daus pun ada hati. Aku menggigit bibir.

Dan ternyata gadis itu pun kaget dengan soalan Daus tadi. "Lunch?" Dia menyoal kembali. Inginkan kepastian.

"Ya, lunch. Saya Firdaus. Ini Eirfan. Eirfan lah yang pilih cerpen awak hari tu." Daus menjelaskan. Aku menggangguk lalu tersenyum senget.

"Oh, hai! Saya Orked." Lalu membalas senyuman senget Eirfan. "But, I'm so sorry. Tak dapat rasanya lunch sama. Dah janji dengan kawan tadi. Maybe next time?"

"Sure." Balas Daus.

"Saya minta diri dulu." Mohon Orked. Masih tersenyum.

Aku dan Daus menggangguk serentak. Setelah dia duduk...

"Aku tau kau minat dia.." ejeknya yang disertakan dengan senyuman nakal.

Aku tersentap!


* * * * *

GENAP seminggu Orked menjadi penulis undangan untuk bulan Mac.

Setelah karyanya, Bunga Orked berjaya dipilih menjadi pemenang penulisan cerpen bulan lalu. Dia terus dilamar untuk menjadi penulis junior yang akan dilatih supaya dapat bergelar seorang bakal penulis berkaliber suatu hari nanti. Dia akan diselia sepenuhnya oleh unit penulisan rencana - yang juga berkaitan penulisan cerpen pilihan - secara tak langsung berada dibawah tanggungjawab aku sebagai penolong ketua panel.

Agak lengang petang itu. Aku masih dengan blog-walking yang tak sudah. Jalan cerita yang dipilih masih goyah. Ada saja tak kena bila dibaca semula. Lalu dipadam. Kemudian plot cerita yang baru ditaip bila ada yang dirasanya kurang sana-sini akan dipadam semula. Begitu sajalah hingga ke akhirnya. Masanya hanya tinggal seminggu saja lagi.

"Ahh! Fade-up gak kalau gini," aku mengeluh. "Apasal entah payah sangat aku nak tulis ni. Buat jatuh air muka aku je." Membebel sendirian aku tak sudah. Akhirnya aku putuskan untuk membuat air Milo untuk diteguk.

 Setibanya di pantry aku terlihat Orked juga berada disitu. Aku berundur ke belakang sedikit.

'Nak tegur, tak nak. Nak tegur ke tak nak.' Berkira-kira aku dalam hati.

Belum sempat aku tegur, Orked dah menoleh. Hampir terkejut juga dia bila ternampak aku.

"Astagfirullahalazim." Ucapnya perlahan sambil mengurut dada. "Dah lama ke Encik Eirfan kat situ?"

"Eh. Tak, tak! Baru je. Sorry kalau buat awak terkejut."

Orked senyum. "Encik nak air? Boleh saya buatkan sekali."

Aku ragu-ragu nak jawab even dalam hati lama dah menyahut 'nak'. "Erm. Boleh jugaklah. Milo."

Dia sekadar menggangguk. Mug yang berwarna merah bercorak putih dan hitam itu diambil. Tin milo dibuka.

"So far macamana kat sini?" Aku bantai je topik perbualan.

"Ok! Puan Rozie banyak membantu. Sekarang ni saya dah siapkan dua buah cerpen. Nanti dah siap print out saya serahkan pada encik." Jelasnya riang. Belum sempat aku mencelah dia dah potong dulu.

"Encik Eirfan. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sudi pilih karya saya dulu. Sedikit sebanyak dapat jugak saya berkongsi pada orang lain hasil penulisan saya." Senyuman masih terukir. Aku yang mendengar terus tersenyum dan menggangguk.

Sedar akan dirinya sahaja yang bercakap tadi, Orked berdehem kecil. "Banyak cakap pulak." Dia sengih kali ni.

Aku sempat tawa kecil. "Awak memang banyak cakap jugak rupanya. Saya ingat selama ni awak pendiam."

Mug yang berisi air Milo kini bertukar tangan. "Saya peminat encik jugak sebenarnya."

"Peminat?" Aku kehairanan. Tapi pada masa yang sama jauh disudut hati aku sedang bergembira. 'Dia minat aku lah, wei!'

"Blog 'Apa Aku Kisah', blog encik kan?"

"Oh! Awak baca juga blog saya." Aku tersenyum bangga. Masih control macho sebaik mungkin.

"Mestilah saya baca! Your blog is one of my favorite blog selain blog Realiti dan Konspirasi." Jelasnya lagi.

"Fan abang Zack jugak?", kali ni kami berdua ketawa. Dan entah kenapa setelah menghirup dua tiga kali air Milo tadi, ia seolah-olah telah memberi aku satu perasaan halus. Lalu ia terus menyapa ke minda.  Aku tersenyum. Rasanya aku dah ada idea untuk menulis!


* * * * *

AKHIRNYA aku berjaya submit tugasan aku.

Kak Rozie sempat memandang aku semacam. Mungkin aku yang terakhir menghantar tugasan. Cerpen-cerpen yang dihantar akan disemak terlebih dahulu sebelum diputuskan untuk dijadikan salah satu cerita dalam projek khas koleksi cerpen yang bakal diterbitkan oleh syarikat kami.

Setelah hampir sebulan menunggu akhirnya buku koleksi cerpen dari syarikat penerbitan kami telah siap dan bakal dipasarkan kelak. Sebagai penulis, kami telah diberikan senaskah buku secara percuma terlebih dahulu.

Setelah aku mendapatkan buku antologi cerpen tersebut aku terlihat Orked di dalam bilik
mesyuarat. Jelas dari jendela kaca itu yang dia sedang membaca buku.

Aku ketuk pintu lalu masuk. Dia menoleh.

"Tak keluar lunch?" Soal aku menghampirinya lalu duduk.

"Makan dah, tadi." Jelasnya tersenyum lagi pada aku.

"Cerpen? Awak baca Fixi juga?" Aku ambil buku Cerpen Nadia Khan yang di atas meja.

"Ha'ah. Encik pun?" Dengan gembira Orked menyoal aku kembali.

"Ya. Kat meja saya ada juga separuh. Separuh lagi kat rumah. Berapa banyak koleksi awak ada sekarang?" tanya aku sambil membaca sinopsis belakang buku.

"Ada lah juga beberapa."

"Kalau awak nak pinjam, boleh tengok kat meja saya. Ambik jelah nanti." Ujar aku lalu tersenyum.

"Sungguh ke? Ok!"

"Esok cuti kan?" Dia menggangguk. "Saya nak ke Kinokuniya. Awak nak ikut?" Selamba ayat itu yang terkeluar.

"Esok, Sabtu. Saya ada hal dengan famili." Jawabnya.

"Kalau macam tu, Ahad?" Masih dengan muka yang tebal aku bertanya.

"Erm, encik memang nak saya ikut ke?" Soalnya serba salah.

Aku terus menggangguk dan senyum. Ya. Aku berani sekali saat tu. Aku tenung mata bundar dia. Warna coklat bola matanya itu. Cantik! Kulihat dia masih berfikir. Disebabkan aku tak ingin memaksa, kartu aku telah kuberikan padanya andai dia berubah fikiran nanti. Dia menerimanya sambil tersenyum. Manis. Aku tatap seketika senyuman itu sebelum beredar.


* * * * *

PETANG Sabtu itu Orked didatangi teman baik serumahnya.

"Seronok berkelah dengan famili?" Soal Kina menghampiri.

"Mestilah. Rugi kau tak join. Mesti lagi best." Jawab Orked sedikit hampa.

"Nak buat macamana, aku tak dapat cuti. Kau pun tahu kan KL Sentral tu sesak hari minggu. Kiosk tetap kena buka." Ujar Kina lagi yang merupakan peniaga kiosk di KL Sentral. Orked menggangguk tanda mengerti.

"Eh, kau dah baca antologi cerpen tu?"

"Belum. Bagi kau baca dulu lah. Anyway best tak?"

"Best! Aku suka cerpen si Eirfan. Ce kau baca. Dia tak pernah fail buat cerita best-best kot. Aku buatkan air dulu ek." Dihulur buku antologi cerpen itu pada Orked. Segera Orked membuka satu persatu mukasurat. Mukasurat 32. 'Milo' judul cerpen Eirfan.

"Milo?" Orked tersenyum dan terus membaca satu demi satu perenggan. Setelah hampir separuh selesai dia membaca hatinya tergerak akan jalan cerita olahan Eirfan itu. Keningnya berkerut. "Cerita ni..." Orked meneruskan bacaannya sehingga selesai.

"Takkan lah ... aku?" Senyuman di wajahnya meleret. Seakan sukar untuk dipercaya. Dia teringat akan ajakan Eirfan tempoh hari. Lantas handphone Blackberry itu dicapai. Nombor telefon Eirfan di dail. Ya. Dia sedia untuk keluar esok hari bersamanya.


* * * * *

"DAH lama sampai?" tegur Eirfan.

Orked tampak manis mengenakan dress labuh bercorak pelangi. Rambut pendeknya ditocang ke sisi kanan. Dia senyum.

"Jom?"

Kami berdua berjalan seiringan. Setibanya di Books Kinokuniya, segera aku dan Orked mencari-cari buku yang dikehendaki. Setelah selesai, kami pun mengisi perut di Secret Recipe.

"Encik selalu ke sini?" tanya Orked memulakan bicara.

"Panggil Eirfan jela. Takyalah ber-encik kat sini." Beritahu aku.

Dia senyum. "Ok, Eirfan. Selalu ke sini?" Dia mengulangi soalan tadi. Aku menggangguk.

Pelayan menghampiri. Segera dicatat menu yang diminta oleh kami berdua. Tak dilupakan, air keramat aku iaitu Milo.

"Awak memang suka air Milo ea?"

Aku mendekatkan diri. "Itu memang dadah saya. Shhtt. Ini rahsia kita berdua." Ucap aku dengan nada sedikit berbisik. Dia tergelak mendengarnya.

"Patutlah, saya tak tahu pulak air Milo yang saya buatkan tu pun boleh jadi inspirasi awak."

Aku menoleh. Memandang tepat ke arahnya. Dia tersenyum malu. Ada getaran halus dalam diri. Berfikir aku sejenak. 'Dia dah tahu ke?'

"Saya dah baca. Cerpen Milo awak. Saya suka!"

Kali ni sunguh-sungguh aku rasa malu oi!



No comments: