Karlisa Najwa memasuki perkarangan rumahnya dengan wajah yang sugul . Airmatanya pula sudah lama kering . Dia sudah kelihatan seperti manusia yang tak punya hati . Kosong . Perlahan-lahan dia berlalu menuju terus ke pintu masuk rumahnya .
"Baru balik sayang ? Macam mana hari pertama di tadika tadi . Seronok tidak ?" tanya Puan Numa yang sedang mengelap pinggan kaca di meja makan berdekatan dengan ruang tamu kediamannya .
Lisa hanya menggangguk lalu senyuman diukirkan jua bila mamanya menegur . Lantas dia berjalan menuju ke tangga . Bersahaja .
"Oh ! Ya sayang . Tadi mak Nazmi call . Dia ajak keluarga kita dinner di rumah mereka . Wa mandi dulu ya ? Nanti kita pergi bersama ."
Kaki Lisa terhenti . Dia mengeluh perlahan . Kalau diikutkan hati , terasa sangatlah malas untuk dia kemana-mana waktu itu . Jasadnya sudah seperti memaksa dirinya agar lena terus dibuai mimpi hingga ke esok hari dan jika boleh buat selama-lamanya ! Dengan harapan , biar lukanya terhapus dimamah mimpi . Yang sekecil zahrah sekalipun ! Namun demi menyimpan perasaannya itu daripada pengetahuan mamanya , dia harus pergi . Sebelum disedari nanti , lebih baik dia pergi saja .
"Okey ma," balasnya ringkas dengan nada jelas kedengaran tidak bermaya . Gagah kakinya menaiki anak tangga rumahnya yang diperbuat daripada kayu jati itu . Bagaikan sedang memikul sebuah bebanan yang berat . Puan Numa sekadar memerhati perlakuan Lisa . Dia menggeleng perlahan .
* * * * *
Malam hari ini Puan Asnah telah menyajikan masakan yang cukup istimewa buat keluarga Lisa yang akan bertandang untuk makan malam bersama . Di atas meja bujur yang memuatkan lapan orang itu sudah tersedia lauk pauk yang semestinya membangkitkan selera dengan aromanya yang mampu menerobos masuk di setiap ruangan di dalam rumah . Termasuk rongga hidung !
Ditengah-tengah meja diletakkan semangkuk besar yang diisikan ketam yang dimasak cili api . Disisinya pula terdapat sayur-mayur yang dipelbagaikan gaya masakannya . Ada yang ditumis , ada yang dijadikan sup dan ada juga yang dijadikan sebagai ulam . Tidak ketinggalan ayam masak merah yang menjadi kegemaran Lisa dan anaknya sendiri .
Selesai saja makan , Lisa secara diam-diam mengangkat kaki untuk ke beranda rumah Nazmi di tingkat atas . Pinggan mangkuk tadi juga telah dia selesai basuh . Anak tangga pertama dipijak . Dia menoleh ke belakang . Melihat mama juga papanya sedang seronok berbual bersama ibu bapa Nazmi . Dia teruskan saja niatnya untuk ambil angin di atas saja . Mood untuk bersembang tiada buat masa ini .
"Tunggu aku ke ?" tegur Nazmi dari belakang selang beberapa minit .
Lisa yang sudah berada di balkoni rumah hanya duduk mendiamkan diri melihat bintang di langit . Cantik-cantik bisiknya . Terus ditenung . Mencari-cari bintang yang paling bersinar . Mungkin itu mampu menyedapkan hatinya malam itu . Teguran Nazmi tadi sekadar dibalas dengan senyuman .
"Amboi . Khusyuk ." Mendongak-dongak kepala Nazmi memandang langit . Mencari-cari agaknya apa yang ditenung sebegitu rupa oleh Lisa . Lalu dia duduk di kerusi bersebelahan Lisa . Mug yang dibawa diletakkan di atas meja kecil di tengah-tengah . Nazmi mengalihkan pandangan ke wajah temannya yang kelihatan agak pucat itu . Hanya bibirnya yang tampak sedikit merah jambu . Namun masih kelihatan manis jika dipandang sekali imbas .
"Mak aku masak tadi sedap tak ?" Memancing lagi .
"Sedap !" Jawab Lisa riang .
"Habis tu , kenapa diam je dari tadi ? Aku ingat mak aku masak masin sangat ke sampai tak boleh bersuara engkau . Ni !" Dihulurkan mug yang dibawa tadi .
"Hot chocolate ?" Diambil lalu dihirupnya perlahan . Mata dipejam serentak . Terasa keenakkannya . Ditambah lagi kehangatannya jika diminum sewaktu cuaca sejuk . "Makin sedap !" Puji Lisa tersenyum .
Nazmi tersenyum bangga .
"Mi ..."
"Hm ?" Kedua kening Nazmi diangkat .
"Kau pernah bosan tak kawan dengan aku ?"
"Kalau bosan lama dah aku pergi lepak tempat lain sekarang" Balasnya tanpa menunjukkan apa-apa reaksi di wajahnya . Lisa hanya tersenyum mendengar jawapan teman baiknya itu .
"Kau tak nak cari kawan baru lagi ?"
"Kawan aku dah berlambak !" Penuh yakin . "Lagipun aku tak nak cari kawan dah . Aku nak cari bini . Ke ... kau nak jadi bini aku ?" Dipandang tepat wajah Lisa . Keningnya diangkat berulang kali .
"How sweet ..." Lisa menunduk muka . Senyuman tadi masih ada .
"Lilis ..." Nama manja Lisa sewaktu mereka kecil dulu . Pernah juga diejeknya dengan sebutan ikan bilis . Gaduh besar pada mulanya . "Apa yang sebenarnya mengganggu fikiran engkau ?" Tanya Nazmi lembut . Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena pada diri Lisa sedari makan malam tadi . "Kau risau aku akan tinggalkan kau ? Hey ?" Disentuh bahu kanan Lisa . Nazmi mencari-cari wajah Lisa yang menunduk dari tadi .
"Aku ... Aku dah jumpa dia tadi ..." Jawabnya dengan nada yang bergetar . Perlahan . Nazmi mendekatkan kerusi .
"Dia ? Maksud kau , Isham ?" Tiada yang lain selain lelaki itu . Nazmi tahu tekaannya pasti tepat sama sekali . Siapa lagi kalau bukan budak tu . Marahnya cuba dikawal . "Isham ke Lis ? Dia ada jelaskan apa-apa tak ?"
"Tak . Tak sempat . Aku berlanggar dengan dia kat McD siang tadi . Aku blur ! Aku blank terus bila nampak dia . Aku tak sangka aku boleh jumpa dia . Aku terus lari . Aku ..."
Mug tadi digenggam erat kedua belah tangan Lisa . Dia mengetap bibir .
"Its okay , Lis . Mungkin lain hari siapa tahu korang berdua akan jumpa lagi . Aku agak dia tinggal tak jauh ni . Siapa tahu jodoh !"
"Tapi apa aku nak buat kalau aku jumpa dia lagi ? A ... Apa aku nak cakap depan dia , Mi ? Aku rasa aku tak mampu berdiri pun bila nampak dia" Rintih Lisa yang suaranya mula kedengaran seperti hendak menangis .
Nazmi beralih tempat duduk di sisi kanan Lisa .
"Lisa , we will figure it out , okay ? Just chill . Aku akan selalu ada untuk tolong engkau" Bahu Lisa dipaut ke sisinya . Lisa mengelap air matanya yang jatuh satu persatu .
"Menangis sajalah kalau itu mampu buat kau sedikit lega nanti . Tak apa . Baju aku berlambak dalam almari tu . Menangis lah ..." Lisa yang mendengar tiba-tiba tertawa kecil lalu membetulkan duduknya sedikit ke kiri . Air mata diseka habis . Dia mengerutkan dahinya sambil memandang Nazmi yang seakan mengunci mulutnya dari tergelak .
"What ? Aku cakap betullah !"
Lisa tersenyum . Betapa bertuahnya dia mengenali Nazmi yang tak pernah jemu hatta merungut mendengar bebelan yang keluar daripada dirinya sedari kecil lagi . Terutama soal jejaka yang disukainya itu juga . Nazmi yang memandang hanya tersenyum . Dia mendongak langit semula . Lisa merenung dari sisi Nazmi . Senyuman dilemparkan lagi .
"Kau tahu kan aku paling sayangkan engkau , Mi . Kau kawan aku yang paling best !"
"Iye ? Aku baru je tahu ... tadi ." Mereka berdua tertawa serentak .
Tanpa mereka sedar , Puan Asnah telah berdiri di muka pintu beranda dengan senyuman yang paling lebar di seraut wajah ibu muda itu . Dia yakin akan niatnya itu selepas melihat kemesraan Nazmi juga Lisa tadi . Lekas dia turun semula ke ruang tamu dengan wajah gembira . Pasti hasratnya tidak akan ditolak mereka .