Tuesday, October 9

Babak Cinta #7

"Aku excited sangat ni , Lisa !", beritahu Shira yang sedang memandu dalam perjalanan menuju ke tadika mak cik saudaranya yang terletak berhampiran dengan bekas sekolah lamanya dulu . Lisa sekadar tersenyum melihat teman baiknya yang mula tidak sabar untuk menjadi guru tadika itu .

"Eh ! Kau tak happy ke ? Dari semalam lagi kau tak banyak cakap", tanya Shira yang melihat Lisa sekadar tersenyum dan menggangguk saja bila diajukan soalan dari tadi .

"Aku okey . Aku pun excited . Itu yang jadi speechless , kau tahu ?". Jelasnya cuba menafikan . Shira menggangguk . Enggan untuk meneruskan perbualan . Fokusnya kini hanya mahu cepat sampai ke Tadika Cinta Sayang mak Ngahnya itu .

Setibanya di tadika tersebut , mereka segera masuk ke dalam . Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah Lisa . Mereka sedikit beruntung kerana keadaan di jalan raya pagi itu sangatlah lancar . Tiada kesesakan seperti hari biasa .

Jam menunjukkan tepat pukul sembilan setengah pagi . Ketika itu semua kanak-kanak sedang belajar di ruangan masing-masing seperti yang dijadualkan . Namun masih kedengaran suara riuh mereka yang sepertinya seronok sekali mempelajari apa yang diajar oleh guru mereka .


"Baru sampai Shira ?", tanya Puan Mastura yang muncul di ruangan depan tadika setelah mendengar seperti ada bunyi kereta berhenti tadi .

"Ya , mak Ngah . Shira datang dengan Lisa , Karlisa Najwa anak uncle Khalid tu , mak Ngah ingat ?", ujar Shira memperkenalkan Lisa . Lalu Lisa menyalam Puan Mastura yang kelihatan usianya kini mencecah 50 tahun kiranya . Ditenungnya Lisa , lalu dia menggangguk perlahan tanda ingat . Mereka berdua saling tersenyum .

"Masuklah . Kita boleh berborak dalam ofis . Boleh panjang lebar lagi , kan ?", ajak Puan Mastura . Shira dan Lisa sekadar menurut .


* * * * *

Kedengaran seperti ada sesuatu yang terjatuh di kediaman rumah teres milik keluarga Asfan . Kak Lela yang sedang mencuci pinggan di dapur memberhentikan kerjanya . Segera memeriksa kerana risau jika Puan Lina yang terjatuh .

"Asfan !"

Jerit Kak Lela iaitu penjaga ibunya apabila melihat ibu Asfan sudah terjatuh dari kerusi rodanya . Dia cuba untuk berdiri sendiri namun gagal .

Segera Lela mengangkat tubuh puannya walaupun dia tahu dengan tenaganya saja belum cukup mampu mengangkat tubuh orang tua yang sedikit berisi itu . Lalu Asfan muncul di muka pintu . Dia terkejut setelah melihat ibunya sudah jatuh terduduk di tepi almari kecil itu . Segera dia membantu mengangkat badan ibunya ke atas katil berhampiran .

"Kak Lela letakkan bantal di situ . Biarkan ibu baring", arah Asfan . Segera dituruti . "Ibu nak ke mana tadi ? Macam mana boleh jatuh ni ? Kalau ibu nak apa-apa , panggil je Kak Lela"

"Ibu nak cuba jalan , Fan . Tak akan selamanya ibu nak duduk atas kerusi roda tu . Ibu nak cuba jalan . Ibu nak cuba", rintihnya pada anak sulungnya itu .

Sebaik saja ibunya dibaringkan di atas katil . Asfan mengusap-usap rambut depan ibunya yang terlepas dari ikatan itu ke belakang .

"Ibu , ibu janganlah susahkan diri macam ni . Kalau ibu perlukan apa-apa , minta saja daripada Kak Lela atau Asfan sendiri . Sekarang ni Asfan ada di rumah , boleh lah Fan tolong . Kalau esok lusa ibu jatuh lagi masa Asfan tak ada di rumah macam mana ? Kesian Kak Lela jugak , bu" . Pujuknya lembut .

Dia tahu selepas kemalangan yang meragut ayahnya lima tahun lalu turut menyebabkan ibunya lumpuh juga . Dia bersyukur ibunya masih hidup walaupun berat menanggung duka selepas kehilangan ayahanda tercinta kerana adiknya yang kini berusia lima tahun pasti sangat memerlukan kasih sayang seorang ibu untuk membesar .

"Tapi sampai bila ibu nak macam ini , Fan ? Ibu tak sanggup . Ibu nak juga cuba jalan walaupun doktor kata ibu tak punya harapan . Cubalah faham perasaan ibu ni , nak". Air mata ibunya terus jatuh . Tangan kanan Asfan menyentuh pipi ibunya lalu dia mengusap air matanya .

Sebagai seorang ibu , dia tidak sanggup untuk terus berdiam diri membiarkan anak sulungnya itu sendiri mencari rezeki buat mereka sekeluarga . Walaupun dia tahu anaknya itu tidak kisah , namun jauh di sudut hati seorang ibu mana yang sanggup melihat kebahagian anaknya ditolak tepi semata-mata untuk dirinya yang tidak berdaya itu .

"Ibu , Fan tahu ibu nak tolong Fan juga untuk keluarga kita . Tapi janganlah terlalu memaksa diri ibu . Asfan tak sanggup terima kalau ada apa-apa berlaku pada ibu . Adik perlukan ibu lebih . Biarlah Fan yang menyara keluarga selagi Fan mampu . Biarlah Fan membalas jasa ibu dangan abah yang bersusah payah membesarkan Fan selama ni . Ya , bu ?".

Asfan terus memeluk ibunda yang dicintai itu dengan erat . Ibunya membalas pelukan anaknya itu dengan rasa bangga dan bersyukur mempunyai seorang anak yang cukup sempurna di matanya . Kak Lela yang memandang dari tadi turut terharu dengan kasih sayang mereka yang begitu utuh .


No comments: