Saturday, October 6

Babak Cinta #6

      Lisa duduk . Ditenung lama telefon pintar yang dipegang kedua-dua tangannya . Malam ini seleranya habis hilang untuk menikmati masakan mamanya . Cuba memancing diri , namun gagal . Dia tewas dengan perasaannya sendiri .

Fikirannya buntu . Fikirannya celaru . Hatinya gusar sendirian . Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang . Mati . Seolah-olah mati perasaan yang bagai dilanda tsunami tadi siang . Mungkin lagi parah . Jejaka yang ditunggu selama ini rupanya ada berdekatan dengan dirinya kini . Apa yang sedang berlaku , dia juga bingung .

'Kenapa tidak dari dulu lagi ? Kenapa perlu tiga tahun untuk muncul ? Kenapa tidak dari dulu lagi ?!', desis hatinya marah . Buntu . Tiada jawapan yang mampu menyedapkan hatinya kini .

Kedua-dua matanya bagai dilarang sama sekali untuk mengeluarkan air mata dari tadi . Dia perlu bertahan lagi sangkanya . Lalu pandangan matanya beralih ke suatu sudut di tepi meja belajarnya . Terdapat sebuah kotak kecil disitu . Corak yang ada pada kotak itu sudah kelihatan agak pudar . Sepertinya lama sudah dia menyimpan kotak itu . Dibuka penutupnya lalu dikeluarkan satu persatu barang yang ada di dalam . Sehinggalah ke sampul surat yang berwarna jingga itu . Kelihatannya disitu dia menyimpan kesemua kenangannya bersama jejaka yang berjaya melembutkan hatinya suatu ketika dahulu .

"Najwa kena pindah rumah dengan sekolah je , bukannya sampai kena pindah dari bumi ni . Janganlah monyok sangat muka tu". Pujuk Isham pada Karlisa Najwa yang sedang duduk di hadapannya . Dia menunduk saja dari tadi . Hatinya kini bercampur baur . Ingin marah atau kesal , dia sendiri pusing . Jelas kerutan di dahinya yang agak luas itu walaupun di tutup sedikit dengan tudung bawal yang dipakainya .

"Is rasa mesti papa dengan mama Najwa pun berat hati nak pindah . Tapi kalau dah masuk soal kerja , terpaksalah mereka menurut . Papa dengan mama Najwa kan cari rezeki untuk tanggung Najwa jugak . Najwa kena faham". Pujuknya lagi . Lisa masih bermasam muka mendengar . Matanya menjeling saja dari tadi . Isham tiba-tiba ketawa kecil melihat perlakuan Lisa .

"Senior gelakkan saya ?!". Terasa dirinya di ejek . Matanya membundar .

"Eh ! Taklah . Awak ni kelakarlah saya tengok . Dari tadi monyok macam ni pun tetap manis juga rupa tu . Bertuah saya dapat tengok", Isham yang cuba memancing senyuman Lisa . Malah senyumannya sendiri masih terukir diwajah melihat gadis yang telah mula mencuri perhatiannya kini . Namun masih kelihatan kerutan di dahi Lisa . Mulutnya memuncung .

'Main-main pulak dia ni . Orang tengah sakit hati ni , nak pujuk tu betul-betul lah !', desis hatinya yang tiba-tiba seakan terbit rasa malu di usik sedemikian . Enggan untuk terus memandang wajah seniornya itu . Dia beralih pandangan ke tepi . Isham masih terus tersenyum melihat perlakuan Lisa .

'Wa , walaupun hanya seketika masa untuk kita di sini . Mohon jangan dilupa diri ini'. Senyuman itu terus melekat di wajah kacak Isham . Tangan kirinya diletakkan di mulut . Cuba mengawal perasaan . Dia tidak mahu terlalu gopoh . Masanya agak kurang sesuai bisiknya .

Lisa mula kurang selesa dengan tenungan Isham . Ditambah lagi senyumannya buat dia berasa teramatlah janggal .

"Saya balik dulu la ya , dah petang ni . Assalamualaikum". Pintanya lalu segera beredar dari taman permainan kawasan kediaman rumahnya yang lama .

"Najwa !", panggil Isham selepas itu . Dia berdiri . Lisa berpaling . "Kita akan jumpa lagi nanti , kan ?"

Lisa terdiam . Tidak tahu mahu dijawab apa . Kalau diikutkan hatinya , dia enggan meninggalkan tempat dia membesar itu . Ditambah lagi dengan kehadiran Isham yang membuat hari-harinya selama ini terasa senang sekali . Kini , dia harus meninggalkan segalanya kerana kedua ibu bapa nya telah dipindahkan kerja . Hatinya benar-benar 'berat' kini .

"Kalau mama melawat emak Nazmi ke nanti , kita akan jumpa". Ujarnya sambil tersenyum . Lalu dia menundukkan sedikit kepalanya tanda pamit pada Isham . Isham turut menggangguk lalu tersenyum . Tangan kanannya diangkat .

Tiba-tiba airmatanya mulai bergenang tika dia mengingatkan kembali segala peristiwa bersama Isham . Foto-foto mereka berdua ditenung kembali . Pandangannya sayu . Kalau dulu , Isham yang menenangkan hatinya tapi kini Isham sendiri yang merobek hatinya . Bagaimana harus dia lakukan segalanya sendirian kini ? Lalu jatuhlah airmatanya pada foto-foto mereka berdua .

Telefon bimbitnya berdering . Lamunannya terhenti . Dikesat air matanya . Dicapai kembali telefon bimbitnya yang di atas katil . Lisa tersenyum apabila melihat nama Shira yang tertera .




2 comments:

Aing said...

boleh hntrkn kat secrect7writters ni.. :)

n u r e e c h a said...
This comment has been removed by the author.