Coolblog yang masih tidak disentuh Sofi mulai mencair di atas meja bulat di rumahnya . Tenungannya berjalan ke kiri dan ke kanan saja dari tadi . Antara perasaan sendiri dan orang sekeliling . Fikirannya terus terganggu . Terganggu dengan kata-kata Zariff semalam . Masih tidak punya jawapan yang ampuh untuk membidas kata-kata Zariff . Atau mungkin , hati dia saja yang enggan memberi apa-apa reaksi sebab terlalu risaukan kesan yang bakal meninggalkan parut dalam .
'Ini bukan tentang aku dan Zariff sahaja . Ini juga melibatkan perasaan Bunga' , bisik hatinya .
* * * * *
Pintu butik dibuka . Dihirupnya udara pagi . Mata terpejam . Senyumannya terhidang seketika . Hati Sofi ceria semacam hari ini . 'Mungkin ini petanda pelanggan akan ramai nanti !' fikirnya .
Segera dikemaskan butiknya itu . Butik Salmiah , milik ibundanya . Orang tuanya perlu menguruskan passport mereka sekeluarga hari ini . Jadi dia yang akan mengurus butik berbekalkan ilmu perniagaan yang ada hampir dua tahun pengajian . Cuti semester kali ini betul-betul dimanfaati . Agenda untuk keluar makan angin dengan rakan-rakan U juga dibatalin . Tak mengapa . Mungkin ada hikmah disebaliknya . Menyedapkan kotak hati sendiri .
Sedang Sofi tekun mencongak modal , tiba-tiba loceng pintu masuk kedengaran . Sofi segera bangun dari bangku kaunter . Anak mata mencari-cari siapa yang datang itu .
"Eh Bunga !", disambut Sofi dengan senyuman lalu dihulurkan tangan tanda salam .
"Ya kak . Minta maaf datang pagi ni ." Salam tadi disambut . Muka Bunga pucat . Macam ada sesuatu yang tak kena . Sofi berkira-kira agaknya apa yang membuat Bunga untuk ke butik seawal 10 pagi ini . Nak beli tudung rasanya macam tidak sama sekali .
"Ada apa-apa yang boleh akak tolong ? Muka Bunga pucat . Bunga tak sihat ke ? Ke si Zariff . Dia kacau Bunga lagi ye ? Memang nak kenalah budak ni !" Sofi cuba berseloroh . Tapi langsung tak diendah . 'Ehh ! Aku salah cakap ke ?', fikir Sofi . Bunga berlalu ke hadapan . Sofi bingung . Sofi sekadar membuntut .
"Kak , Bunga tahu kak Sofi dengan abang Riff memang kawan baik dari dulu lagi . Tak sepatutnya ada perasaan cemburu atau iri tentang kakak . Bunga dah pun cuba untuk masuk ke dalam dunia abang Riff juga . Tapi makin lama Bunga desak untuk masuk , apa yang Bunga dapat hanyalah luka , kak ." Airmata Bunga mula bergenang . Sofi yang mendengar dari tadi hanya berdiri berpeluk tubuh . Keliru mungkin .
"Erm , akak tak faham"
"Akak tahu kan kalau sebenarnya abang Zariff sukakan kakak ? Akak tahukan ?" Mata Sofiya terbuka besar lagi . Katakan apa yang dia dengar tadi hanyalah gurauan . Tak mungkin soal ini lagi . Bentak hatinya . Sungguh dia tak suka . Matanya mahu saja ditutup rapat-rapat .
"Bunga . Dengar kata kakak ." Segera dipegang erat bahu Bunga yang bertubuh kecil tapi berisi sedikit itu . "Bunga kena percaya Zariff . Zariff sayangkan Bunga . Bayangkan kalau Zariff tahu Bunga percaya cerita-cerita orang ni mesti kecewa dia , dik . Lagipun tak semudah tu dia boleh berubah . Akak kenal Zariff . Bunga kena percaya juga kata hati Bunga . Jangan terus percaya cakap-cakap orang semudah tu ..." Belum sempat Sofiya menghabiskan ayatnya , Bunga segera memotong .
"Dan sebab Bunga percaya kata hati Bunga lah , Bunga tahu kalau abang Riff dah berubah perasaan kak ! Dia dah berubah . Dia sedar kalau orang yang dia rindukan tu bukan Bunga tapi kakak ! Tapi kakak .. kakak tahu tak ?!" Pegangan tadi ditolak dengan kasar . "Iya , dulu memang cuma cakap-cakap orang . Mereka tak tahu hal sebenar . Tapi sekarang ni Bunga sendiri yang alami . Perangai abang memang dah berubah sejak akak cuba mengelak daripada terus ada dengan abang . Sepatutnya kami berdua boleh je meluangkan masa bersama tapi tak untuk sekarang kak . Dia cuma risaukan kakak , ke hulur ke hilir cari kakak and Bunga ni macam tunggul je kak tunggu dia". Sofi seperti hilang punca untuk berkata-kata . Kaget . Tangisan Bunga mula memecah suasana tegang di butik .
Bunga segera berlari keluar dari butik . Tak menyangka dia boleh berkata-kata sebegitu . Jauh disudut hati , dia tak mahu . Tapi perasaannya tak terdaya lagi , bagai diasak . Menanggung sendirian rasa tidak adil ini . Dia tak minta untuk jadi orang ketiga andai benar Zariff memang milik Sofi walaupun kini mereka adalah sahabat . Dia mahu pergi . Ya , pergi . Mula mencari-cari kunci kereta Kelisa-nya di dalam beg yang dipegang . Dirinya mahu saja pergi sejauh yang mungkin dari sini . Tiba-tiba tangan kirinya direntap Sofi dari belakang . Terhenti perlakuannya yang tadi .
"Bunga , kita boleh bawa berbincang lagi . Bunga tengah emosi ni . Kita duduk kat dalam dulu ye ?" ujar Sofi lembut . Bunga menggeleng-geleng .
"Tak . Bunga tak nak dengar apa-apa dah . Bunga nak pergi dari sini . Tak ada siapa pedulikan perasaan Bunga" . Sungguh-sungguh dia mahu dilepaskan .
"Bunga .. Bunga sabar Bunga . Akak faham perasaan Bunga . Tapi Bunga tak boleh macam ni ."
"Tak ! Kak Sofi tak faham ! Kalau kakak faham , dah lama kakak tinggalkan abang Zariff ! Terus tak muncul lagi !" Jeritan Bunga buat dia lagi berkeras agar dia tidak disentuh . Tangan Sofi yang memegang tadi terlepas dari pegangan Bunga . Sebuah Pajero Sport yang kebetulan meluru ke jalan mereka terus melanggar kanan Sofi kerana tidak sempat untuk mengelak . Sofi terus terjatuh ke jalan . Kelihatan darah di anggota Sofi. Bunga buntu melihat Sofi . Airmatanya semakin deras membasahi pipi . Beg yang tadi dipegang dipeluknya erat-erat . Tak , tak mungkin . Tak mungkin ! Dia takut . Takut sekali .

No comments:
Post a Comment