Friday, May 11

selamat datang cinta #3

       "Bunga dah minta penjelasan aku sebelum ni , dan aku dah pun berikan padanya . Apa lagi sekarang ini Sofi ?", tanya Zariff kepada Sofi . Suaranya serius . Dia masih bingung dengan pendirian Sofi .


"Aku nak kau tarik balik kata-kata kau pada dia tempoh hari . Kita berdua tahu kan semua tu tak betul . Kita kawan baik dari dulu lagi . Tak akan ada yang mengubahnya , Zariff". Jawab Sofi tegas .


"Ya . Itu kata engkau . Kau sendiri yang mahukan tu . Bukan aku , Sofi . Aku tahu apa yang aku mahu" Ujar Zariff yang makin mendekati Sofi .


"Tak , kau tak tahu . Kau cuma keliru dengan keadaan kita . Selama ni kita berdua okay je kan ? Aku tahu kau boleh sedar balik . Mungkin masa akan tunjukkan kebenaran pada kau tentang perasaan sebenar kita".


"Sofi . Aku kenal kau . Kau mungkin boleh sembunyikan apa yang engkau rasa daripada orang lain . Tapi bukan aku , Sofi ." Ujar Zariff lembut sambil memegang kedua-dua belah lengan Sofi . Mata mereka bertemu . "Can you just be honest with yourself for once , Sofi . Please ..", pinta Zariff lembut . 'Zariff ..' Akhirnya Sofi menunduk . Tak sanggup dia . Mata Zariff bagai mengasak dia untuk berkata jujur . Dia tahu sukar untuk dia membohongi seorang sahabat yang hampir lapan tahun memahami sifat dia selama ini . Tapi untuk jujur , Sofi terlalu takut dan masih keliru dengan tindakan yang sepatutnya dia lakukan . Pegangan tadi dileraikan . Sofi membelakangi Zariff . Matanya ditutup rapat . Kenapa perlu sesukar ini hubungan mereka . Perasaan mereka .


"Sofi , aku tahu pendirian kau macam mana . Macam inilah . Kita jumpa lagi lepas empat tahun . Aku dah dapat scholarship tu , jadi aku pilih untuk sambung study di overseas . Andai perasaan kau sama dengan aku selepas tu , aku akan tuntut balik . Andai tidak , kau boleh terus dengan pendirian engkau . Aku akur". Jantung Sofi berdegup laju . Benarkah apa yang dia dengarkan tadi ? Badannya seperti tak terdaya untuk menerima khabar yang disampaikan Zariff . Digelengnya kepala . Ketika dia mencuba untuk menoleh , bayangan Zariff dah pun hilang dari pandangan mata . 'Semudah itu ? Kenapa kau tak sungguh-sungguh menyakinkan aku dulu ? Perlu ke kita sampai berpisah , Zariff ?' . Sofi terduduk . Dia tidak menyangka hal ini boleh jadi sehingga rumit begini . Airmatanya tiba-tiba jatuh . Dibiarkan saja ia mengalir . Dia kecewa .


* * * * *


Beberapa tahun kemudian ..


Bunga kembali ke pejabat untuk mengambil fail tentang projek shopping mallnya itu . Mengomel sendirian dia . Tak sepatutnya dia boleh tertinggal fail sulit ini di atas mejanya begitu saja . Dari dalam kereta hinggalah ke pejabat tak henti-henti dia mengomel . Geram dengan sifat pelupanya itu . Masuk semula dia ke dalam kereta . Segera dihidupkan enjin . Dia perlu berjumpa dengan klien dalam masa setengah jam saja lagi . Akibat tidak melihat cermin sisi kiri , tiba-tiba keretanya berlanggar dengan sebuah kereta lain . Segera dia menekan brek . Lalu dia keluar dari kereta untuk melihat keadaan keretanya . Arghh ! Kemek teruk pintu penumpang depan keretanya . Berlalu dia ke arah kereta yang berlanggar tadi . Alangkah terkejutnya dia melihat pemandu yang keluar itu adalah Zariff , mantannya . Zariff tersenyum ke arahnya .

* * * * *


"Bunga cuma minta kakak sekeluarga bersedia untuk terima tetamu istimewa je esok , okay ? See you tomorrowBye kak !" Girang sungguh suara Bunga di hujung talian . Sofi teragak-agak apa pula yang dirancang si Bunga kali ini . Tersenyum dia mengingati gelagat Bunga tadi .

Seawal pagi Jumaat itu , kelibat Bunga yang rajin mengemas rumah keluarga Zakaria sudah pun kelihatan . Walaupun mereka masih tidak mengerti niat sebenar Bunga , Sofi sekeluarga melakukan saja mengikut kehendak Bunga . Barangkali keluarga Bunga dari Singapura yang datang . Mahu menjenguk anak perempuan mereka yang dititip ke rumah keluarga Sofi . Namun Bunga mahu terus mandiri kerana itu dia menyewa di pangsapuri berdekatan tempat kerjanya . Juga yang tidak terlalu jauh dengan rumah keluarga Sofi .

Selepas kejadian antara mereka bertiga itu , Sofi segera menjejaki Bunga kerana dia tahu Bunga yang tinggal bersendirian dan agak membimbangkan jika dia terus ditinggalkan ditambah lagi dengan situasi emosi Bunga ketika itu . Kini segalanya kembali jernih antara mereka berdua . Mengharap agar Bunga terus kekal menjadi adik kesayangannya .


Akhirnya tepat jam 11 pagi , tetamu istimewa yang dimaksudkan Bunga telah tiba diperkarangan rumah keluarga Encik Zakaria . Hati Sofi yang tenang tadi tiba-tiba berdegup laju . 'Eyy , kenapa aku pulak yang tiba-tiba berdebar ni ?'. Berkali-kali dia mengusap dadanya . "Kak , apa kata kita ke belakang saja dulu ?" Saranan Bunga . Sofi hanya mengikut kerana dia sendiri cemas .


"Ya Allah !" Suara Puan Salmiah kedengaran dulu . Sepertinya dia cam seorang lelaki muda yang tinggi lampai itu . Zariff memberi salam lalu dia memeluk ibu Sofi . Rindu benar dia pada wanita yang sudah dianggap seperti ibunya juga itu . Encik Zakaria mempelawa keluarga Zariff untuk duduk dan menjamah sedikit kuih muih yang sudah terhidang di ruang tamu .


"Memandangkan kita sudah lama kenal , biarlah saya terus ke tujuan utama kita hari ini ." Ayah Zariff memulakan bicara . Encik Zakaria dan Puan Salmiah hanya mengangguk setuju . "Beginilah Zakaria , Sal . Zariff ni baru seminggu saja balik dari overseas , tapi terus dia nak jumpa Sofi dulu . Mahu dituntut sesuatu katanya . Ala , janji anak-anak kita dulu mungkin . Ha , Zariff . Cakaplah apa yang kamu mahu katakan pada mereka ".


"Ibu , Ayah ." Lembut saja suara Zariff . Dia kelihatan tenang menyebut panggilan yang dah dibiasakan dari dulu lagi dengan keluarga Sofi . "Sebenarnya Riff ke luar negara cuma alasan untuk memberi ruang pada Sofi dulu . Kalau boleh , Riff sendiri tak nak berpisah lama dengan dia . Tapi andai ini saja caranya Riff boleh dapatkan jawapan daripada Sofi , Riff sanggup . Riff masih sayangkan Sofiya , Ibu Sal . Perasaan ini tak pernah berubah dari kami kenal sampailah sekarang ." Ibu Sofi yang melihat cara pertuturan Zariff seolah-olah melihat Zariff yang sudah dewasa sekarang . Gembira dia mendengar kata-kata Zariff tadi .


"Ibu tahu tu . Sofi pun dah lama tunggu kamu . Dulu memang membebel tak sudah dia bila kamu tinggalkan dia macam tu saja . Ibu pasti perasaan dia sekarang sama dengan kamu , Zariff". Tersenyum Salmiah mengakhiri kata . Sofi yang dari tadi di belakang hanya duduk termangu mendengar . Dia cukup kenal suara-suara itu . Dan salah satunya ialah suara yang paling dirindui . Sedikit sebak dihatinya . Andai benar tangkapan telinganya , ya itu mesti Zariff ! Bunga yang dari tadi melihat segera memeluk . "Abang dah datang tu", bisiknya pada Sofi . Sofi tersenyum . Pinggang Bunga terasa seperti ingin dicubit . Segera ditepis Bunga . Mereka tertawa . Akhirnya Bunga menyuruh Sofi agar keluar ke depan berjumpa Zariff . Sofi mengangguk .


Melihat saja tubuh badan yang muncul itu , Zariff segera berdiri . Rindu sekali pada wajah yang telah lama tidak ditatap itu . Sofi memberikan senyuman pada Zariff . Airmatanya seperti mahu mengalir . Dihampiri Zariff lalu diseka titisan airmata yang telah jatuh . "Maafkan aku sebab tinggalkan kau dulu . Aku janji lepas kita kahwin aku akan selalu berkepit dengan kau ". Ujar Zariff yang cuba berseloroh menenangkan Sofi sambil mengangkat tangan kanannya tanda ikrarnya tadi . Tertawa Sofi mendengar .


"Siapa nak kahwin dengan dia , perasannya". Suara merajuknya keluar . Dia berpaling .


"Tak nak lah ni ya ? Saya merajuk lagi karang", Zariff seakan mengugut . Muka Sofi berubah . Bercekak pinggang dia . Mahu saja ditengkingnya lelaki ni . Gediklah ! Sofi mengangguk beberapa kali tanda menjawab soalan Zariff yang tadi . Mereka tertawa . Dia tahu , dia sudah mendapatkan jawapan yang sama hari ini . Tangan kanan Sofi digenggam erat .



"Ada cinta dalam persahabatan itu" - Kuch Kuch Hota Hai .

T A M A T

2 comments:

ankeljonni said...

hakhakhak... kuch kuch hota hai...
baru je tgk minggu lepas kat tv... huhuhu

n u r e e c h a said...

kebetulan . terus dapat ilham .
hahah =D


*layan jugak dia rupanya . keke .