Sememangnya hari yang indah itu tidak akan diduga kehadirannya . Ia datang membawa senyuman yang tanpa sedar telah terukir di wajah . Semahu hati berhadap agar masa itu terus berlaku dan berulang . Diharap ia tak akan pernah terhenti di sini .
Begitu juga hati Asfan terasa cukup senang sekali hari ini kerana dapat bersua dengan Lisa secara kebetulan . Sengaja dia mengajak Lisa dan Shira untuk makan bersama . Walaupun sebenarnya Lisa masih merasa segan juga enggan untuk berbual dengan Asfan , dia terima jua perlawaannya setelah Shira sengaja mengadu lapar .
"Kau bukan dah makan ke sebelum balik tadi ? Mengada !", bisik Lisa pada Shira yang duduk di belakang kereta Asfan . Asfan yang memasang telinga turut tersenyum .
Shira hanya tersenyum nakal . Terasa geram juga di sudut hati Lisa . Bukan dia tidak tahu maksud teman baiknya itu . Dia cukup pasti akan niat sebenar Shira . Apakan daya dia juga , terpaksalah dia ikut kerana dia tidak memandu hari ini . Nanti apa pulak hendak dijawab pada mamanya jikalau dia pulang menaiki teksi . Keluhan kecil dilepaskan .
"Lisa dah lama ke jadi cikgu kat tadika Aileen ? Tak pernah pulak terjumpa sebelum ni". Asfan memulakan perbualan tika mereka berempat ; Asfan , Aileen , Lisa dan Shira , sama-sama duduk di McDonald berhampiran dengan tadika untuk makan petang sambil membawa Aileen bermain sebelum pulang ke rumah .
"Tak . Sebenarnya baru datang interview hari ini . Sementara cuti semester ni kan . Sajalah mengisi ruang masa" . Diambil french fries di hadapannya lalu dimasukkan ke dalam mulut . Asfan menggangguk-angguk faham .
Pandangannya beralih ke arah Aileen yang sedang bermain bersama Shira di gelongsor yang berdekatan . Mereka berdua kelihatan mesra sekali . Fikirnya Shira sudah pasti lama mengenali Aileen kerana dia kerap juga ke tadika oleh itu mereka berdua sudah kelihatan seperti adik-beradik .
Walaupun pada awal pertemuannya dengan Shira semasa diploma dulu pernah Shira dilabel seperti anti-sosial itu sebenarnya seorang yang sangat protective , periang , manja dan pandai melayan kanak-kanak . Rupanya dia juga seorang yang banyak cakap ! Kadang-kadang Shira lah yang menjadi 'mama' kedua Lisa tika di universiti . Ya , bila sudah sebati bersama , segala-segalanya tidak perlu terlalu dikawal . Bila bersama sahabat , segalanya jadi mudah .
Lisa tersenyum melihat gelak tawa Aileen yang membuat dia teringat akan kisah kecilnya bersama Nazmi dulu . Mereka berdua sering bermain kejar-kejar . Ejek-mengejek jika masih tidak dapat ditangkap sudah cukup terbiasa antara mereka berdua . Semestinya nanti akan ada yang menangis kerana tidak tahan dibuli lalu mengadu pada mak masing-masing . Biasanya Nazmi lah yang mudah cengeng . Ketawa kecil dia mengingatnya semula . Tiba-tiba kangen pula dia pada waktu dulu .
Alangkah senangnya menjadi anak kecil yang hanya tahu bermain seperti Aileen . Mereka hanya bermain dan bermain sehingga penat lalu tidur . Tidak perlu membebankan fikiran memikirkan hal yang enggak-enggak . Tidak perlu juga menghadap kekejaman perasaan manusia yang mudah untuk berubah hati tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang lain . Fikirannya mula membawa hati dan jiwanya entah ke mana-mana .
"Lisa ? Lisa ? Lisa okey ?", tanya Asfan setelah melihat Lisa tenggelam dalam lamunannya . Tak menyangka dia mampu terbayangkan segalanya kembali . Lisa sekadar menggangguk dan tersenyum . Lalu dia meminta diri untuk ke mencuci tangan .
"Eh !", bahu Lisa terlanggar akan seseorang setelah selesai dia mencuci tangan . Dia mengusap-usap bahu kanannya . Terasa sakit pula bila dilihat tubuh seorang lelaki yang dilanggarnya tadi . Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang melanggarnya .
Matanya membundar tiba-tiba . Hatinya mulai berdebar-debar . Tangan kirinya masih memegang bahu kanannya . Dia mencengkam bahunya tanpa disedar .
"Najwa ?". Suara lelaki yang paling dirindui itu kedengaran di ruang telinganya .
"I'm sorry .."
Lisa segera mengangkat kaki . Hatinya tidak kuat berhadapan situasi begini . Dia mahu saja berlari pulang . Langkahnya terhenti bila tangannya tiba-tiba direntap Shira dari belakang .
"Kau nak ke mana ni ?"
"Shira , jom kita balik ? Jom kita balik , Shira !". Badan Shira digoyang-goyangkan Lisa . Shira mula tak keruan melihat tingkah laku Lisa .
"Tapi kenapa Lisa ? Apa dah jadi ?". Cuba Shira menenangkan badan Lisa . Dipegang kedua-dua tangannya .
"Najwa !"
Lisa dan Shira menoleh tika nama itu kedengaran . Alangkah terkejutnya Shira bila dilihat Isham di depan matanya kini . "Isham ?!"
"Are you guys okay ?", tanya Asfan yang muncul bersama Aileen di sisi mereka berdua .
"Asfan , tolong hantar kami balik ke tadika boleh ?". Pinta Lisa . Segera dituruti saja selepas dilihat wajah lelaki di hadapannya itu .
Segera bergerak mereka ke arah tempat letak kereta . Shira masih memeluk sisi Lisa . Tenungan tajam diberikan pada Isham yang masih berdiri di hadapan McDonald itu .
"Abang ?". Panggilan seorang gadis yang disisi Isham kini . Isham menoleh .
No comments:
Post a Comment