Monday, February 6

Info Cantik

Tetap cantik walaupun di waktu cuaca panas .


tak dapat dinafikan sebagai perempuan ataupun wanita naluri nya pasti sama iaitu ingin tetap tampil berkeyakinan dengan muka yang segar dan berseri-seri dalam keadaan cuaca apa sekalipun . terutamanya kini , kalian sedia maklum bahawa cuaca di Malaysia sendiri mudah berubah-ubah . kejap panas terik dan kejap hujan memanjang . namun kalian tetap boleh menghindarinya dengan mengikuti beberapa tips di bawah ini .


1. pakai Facial Spray :
terutamanya bagi mereka yang berkulit kering , memakai facial spray adalah cara tepat untuk tampak segar ketika cuaca panas . pilih solekan yang berwarna natural atau yang seakan-akan warna kulit anda seperti beige dan krim . kalau bosan dengan warna tersebut pilihlah warna pastel seperti merah jambu muda , biru muda , hijau muda , ungu pucat dan sebagainya . pilihan lain ialah dengan menggunakan warna metalik pucat seperti emas atau perak di bahagian sudut mata .




2.  Sunblock :
apabila kalian menjalani aktiviti diluar rumah , sunblock adalah barang wajib yang perlu dipakai . mungkin ada juga yang malas menggunakannya terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dengan alasan ia akan melekit , berminyak dan meninggalkan kesan putih di muka . jangan risau , tak kiralah apa jua jenis kulit kamu , pakailah sunblock untuk :

  • kulit yang sangat berminyak - gunakan losen penyerap minyak dulu sebelum menggunakan sunblock .
  • kulit berminyak - pilih sunblock yang bebas minyak (oil free) dan lebih baik yang kalis air (waterproof) kerana ia tidak akan luntur dek peluh .
  • kulit kering - gunakan pelembap yang mengandungi sunblock sebaiknya min SPF15 . juga pastikan ia bersifat Board Spectrum iaitu melindungi kulit dari sinar UVA (penyebab penuaan kulit) dan UVB (penyebab gelapnya kulit) .


3. apakah itu SPF ?
angka yang tertera pada SPF atau Sun Protection Factor menunjukkan waktu berapa lama kalian boleh berada di bawah sinar matahari . jika kalian tidak banyak melakukan aktiviti luar , maka sebaiknya pilih SPF yang rendah iaitu SPF10 .


Contoh : SPF15 , bila kalian brtahan di bawah sinar matahari selama 15minit , maka produk tersebut akan melindungi kulit selama 225 minit (15x15=225) atau sama dengan 3 jam 45 minit .

perlu diketahui , bahawa SPF hanya melindungi kulit dari sinar UVB sahaja . oleh itu , sebaiknya pilih produk yang sekaligus dapat melindungi kulit dari bahaya sinar UVA , iaitu yang memiliki kandungan bahan utama dari salah satu bahan seperti avobenzone , titanium dioxide dan zinc oxide . formula tambahan yang boleh dijadikan pilihan seperti yang mengandungi vitamin C dan vitamin E kerana kedua-duanya boleh mengelakkan kesan negatif dari radikal bebas yang dibawa oleh sinar matahari .

4. bedak debu :
untuk kulit yang berminyak , jangan terlalu kerap menyingkirkan minyak di wajah dengan menempelkan bedak terutamanya bedak debu . ini kerana kulit wajah akan tampak seperti topeng dengan tona kulit yang tidak sekata . kalian perlu menyerap dahulu minyak tersebut dengan tisu penyerap minyak .



note : sebelum membeli apa jua barang kecantikan , sebaik-baiknya kalian bertanya dahulu kepada kedai-kedai yang berkenaan mengenai cara pemakaian , kandungan barang tersebut , kelebihannya dan juga adakah ia sesuai dengan kulit anda kerana pasti ada setengah diluar sana yang mempunyai kulit yang sensitif .

sumber : REMAJA .

No comments: