Monday, December 31

alkisah si teman maya

Amaran : kisah ini mungkin berjela . segala kesan dan akibat adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab anda yang membaca . kisah ini juga merupakan kisah benar hidup aku dan aku sekadar ingin berkongsi . moga jauh dari sifat yang tidak diingini . Terima Kasih . oh yeah ! Selamat Tahun Baru semua . jaga diri jangan nakal ya : )


sudah sedia ? baik , kisah ini bermula ketika aku baru mula bekerja selepas menghadapi SPM pada tahun 2010 . walaupun baru pertama kali bekerja dengan segan silunya aku tetap hadapkan . aku beruntung ketika itu ada teman baikku yang turut sama bekerja denganku . jadi tidaklah aku merasa bosan . kononnya .

dipendekkan cerita ketika itu aku masih tak punya broadband di rumah . hanya portal My Maxis di handphone saja yang menjadi peneman . dari situ banyaklah juga website yang ala ala Facebook . salah satunya adalah My Mlife (ML) . ada yang pernah punya juga ? *kita sep*

sebenarnya lama dah aku punya akaun di ML ni . aku pulak jenis yang sangat sangat sangat gatal tangan . sebab gerentilah aku akan buka dan dari situlah semuanya bermula . sebenarnya ... tak juga . lepas aku dah gatal tangan sign up , beberapa hari lepas tu aku tak usik dah ML tu . dalam setahun dua juga aku tinggalkan .

sambung balik pada perenggan pertama tu . pada saat aku mula bekerjalah aku mula aktif semula dalam ML tu . mula mula memanglah bosan . tak kenal sesiapa pun . aku pun dengan ramah mesranya setelah punya senarai nama beberapa orang rakan , aku mula belajar untuk menyapa mereka . 'Tak apa . Sapa je . Nak malu kenapa ? Depa bukannya nampak kita'. kan ?

kenal punya kenal aku tak nafikan yang aku sudah punya teman maya yang agak ramai . kebanyakkan mereka seangkatan denganku , selebihnya pula pangkat adiklah jawabnya . namun antara ramai ramai itu , entah macam mana aku boleh berkenalan dan mula akrab dengan seorang cewek ini . mungkin kerana sifatnya yang seakan sama dengan teman baikku yang studi di Machang (kenyit mata sat hee) itu menyebabkan kami mudah mesra . mula bertukar number phone selepas dua hari aku menyambut hari lahir yang ke-18 . kisahnya terus berlanjutan .

* * * * *

aku masih ingat . waktu itu bulan Ramadhan . jarum jam tepat menunjukkan 2:30 pagi . aku masih belum melelapkan mata . selesai saja online ML ketika tu , aku terus menghantar pesanan ringkas pada cewek tu . tanpa berfikir apa . selang beberapa saat saja dia balas juga pesananku tadi . dari hanya sapaan biasa saja kami berdua mula membuka satu persatu cerita . walaupun ianya hanya melalui pesanan ringkas , aku dapat merasakan betapa seronoknya kami berdua 'berbual' . sungguh ! kami akan merasa mengapalah masa berjalan dengan begitu pantas . tanpa kau sedar kredit yang tadi berbaki RM2.50 , kini hanya tinggal RM0.65 (dengan YouthClub) . boleh kau bayangkan saat saat perkongsian kami ? hinggalah ke impian kami untuk bersua suatu hari nanti menjadi kongsian sebenarnya 

namun sebenarnya kesihatan dia tidak seperti yang lain . pada hakikatnya . lagaknya tak ubah seperti mereka yang lain . mungkin kau sendiri sukar untuk percaya .

"You nak tahu I saked ap , lysa?"
"Bagitaulah kalau you sudi kongsi dengan I". Aku tinggalkan senyuman di hujung kata .
"Tapi janji yg you takan beritahu sesiapa"
"Ya, janji". Aku dah mula berfikir yang macam macam .
"Hm , bone cancer".

aku terdiam untuk seketika . kalau saja kita sedang berhadapan sekarang mungkin dia sudah aku dakap seeratnya .

'Licik juga kamu , Fiza...'

lama kelamaan , secara perlahan aku dapat berdepan dengan situasi dirinya . pernah suatu malam dulu aku terima satu pesanan ringkas dari nombornya namun sepupunya yang mengirimkannya . katanya dia ada di ICU akibat sesak nafas . jantung aku berdegup laju . rasa risau mula menyelubungi diri . aku hanya berdoa sambil ditemani airmata . Alhamdulillah keesokkannya kami dapat berhubung .

"Lepas doc inject morphine , I terus lena . Penad sangatt (':".

* * * * *

pada malam sebelum Tahun Baru (2011) aku sengaja menghantar ucapan Tahun Baru kepadanya setelah hampir beberapa hari dia mendiamkan diri . Delivered . namun pada jam 5 petang keesokannya . aku pula ketika itu sedang keluar bersama teman sekolah . jadi aku kira malam nanti saja aku akan menelefonnya .

rupanya aku tidak kesampaian . Dia telah pun pergi pada petang itu ...

kisah ni berlalu terlalu pantas . aku sempat bersamanya hanya selama enam bulan . tak menyangka enam bulan itu mampu buat aku terasa seperti enam abad lamanya kami bersama . tanpa sempat bersua muka biarpun singkat namun bermakna .

* * * * *


pada mereka yang pernah merasa kehilangan mungkin kau boleh rasa apa yang aku rasa ketika itu . tapi satu aku sematkan dalam diri , 'mereka' juga berhak bahagia bukan . apatah lagi bahagia yang di 'sana' adalah bahagia yang berkekalan . janganlah terus ditangisi . entry ni sengaja aku buat selepas 3 tahun masa telah berlalu . 3 tahun yang aku rasa cepat saja datang dan pergi . peritnya lama kelamaan mula sebati dalam diri .

hidup tetap diteruskan seperti biasa walau 'dia' tiada disisi kini . perlu bangkit kerana kau tak pernah ditinggalkan keseorangan . kau punya famili dan teman rapat yang lain . tak lupa juga yang di 'sana' . mari sama sama capai impian . bawa bersama kenangan lalu . tak kira sama ada ia pahit atau manis rasanya . jika itu mampu menguatkan semangat kau untuk terus maju !


** kau mungkin tiada dalam nyata
tapi hakikatnya
kau hidup dalam hati ini selamanya

Al-Fatihah

No comments: