Saturday, December 31

coretan dua-kosong-satu-satu

2011 ialah antara tahun yang paling mengajar aku erti kedewasaan . mengajar aku untuk sentiasa berada dalam realiti kehidupan dan menghindar dari terus berfantasi putera mahkota yang segak lagi pemberani dengan kudanya bakal datang menjemputku , ke mana ? ke langit ke-7 ! muehehe =D oke bukan bukan . berbalik pada titlenya , mahu aku ulas saja antara peristiwa yang paling melekat dalam sanubari aku tahun ini .

mulanya seronok bertemankan mereka yang sungguh memang gila tapi masih waras akal fikirannya . sebelum menjejaki ke Pra-U aku tak pernah menyangka semuanya akan jadi begini . memang betul tak kenal maka tak cinta ! haha . awal tahun lalu cikgu sempat berpesan , "hargai umur belasan akhir kamu" . dan sekarang aku nak masuk 20 tahun dah . woaa ~ ='D dari saat kita bukan main menyombong satu sama lain hingga ke saat kolokium yang bukan main gelabah semua orang mengumpul segala bahan sebelum masa luputnya tiba . paling best group aku Johan ! ngehee =D dan yang terakhir semalam . sungguh aku amat menghargai segala kenangan detik memori kita bersama C'=

"Stay Hungry, Stay Foolish - Steve Jobs"

aku turut diajar untuk sentiasa berada digarisan pendirian aku sendiri dan bukan pada garisan orang lain . tahu akan segala batas yang dapat mengelakkan hati ni dari dilukai dan terus dilukai . mudah untuk orang bercakap namun ya , sungguh ! tak mudah bagi kita yang mengalaminya sendiri saat itu . aku mengingatkan pada diri sendiri agar tidak terlalu memberi sepenuhnya pada sesuatu selagi ia belum sah dan sahih ia memang milik kita . namun aku amat bersyukur menjadi salah seorang yang berjaya melewati segala apa yang telah ditentukan untukku . sungguh , syukur Alhamdulillah . dan untuk kau , doa adalah yang terbaik dapat aku lakukan untuk kehidupan kita untuk masa akan datang . perlahan-lahan , aku turut mengharapkan yang terbaik buat kita semua .

"langit tak selalunya cerah"

dan ... masih segar dalam ingatan aku yang aku telah kehilangan seorang sahabat yang dulunya selalu menjadi penyakat teman-teman yang lain . hanya tersenyum riang walaupun sungguh dia menahan sakit yang tak terhingga sebenarnya . disaat aku bersukaria diluar sana aku lupa akan dia yang sedang bertarung nyawa di sana . apa jenis kawan aku ni ? sungguh aku tak pernah berniat meninggalkan dia disaat dia memerlukan aku . cuma aku tak sangka kenapa begitu cepat kau meninggalkan kami disini . andai boleh aku mahu saja berada disisinya . semoga Allah merahmati roh mu dan moga kamu ditempatkan disamping orang-orang yang beriman dan bertakwa . Al-Fatihah .

"she could never be as good as you - Unintended"

"Rindukan awak lha , kita punya gf ney ."
"Tanpa topup fon ta bfungsi . Tanpe lysa tade lha fiza ;D"
"Tanpa u , idop I ibarat lyg lyg tputus tali"
"Lysa , missyuu ;'("

you will always be in myheart Nor Hafeza Yusob .
1hb Jan 2011 .
Al-Fatihah .

*****

Selamat Datang 2012 , moga ia turut menjadi tahun yang paling bermakna buat kita semua C=

No comments: