Wednesday, December 21

buruk sangka

dewasa kini , cehh ! macam buat karangan pulak . haha . actually takde apa pun mahu dicelotehkan untuk post kali ni . tapi alang-alang dah terclick kat new post , so teruskan sajalah . hehe .


cuma siang tadi aku ada terlihat sesuatu yang membuatkan aku seperti ingin bersuara . tapi sayang , tak kesampaian . jadi sengajalah aku mahu bersuara disini . sebenarnya begini , siang tadi aku perasan sesuatu dari twitter aku yang dapat aku ringkaskan iaitu perangai segelintir orang yang masih suka bersangka buruk . haii , sampai bila-bila agaknya takkan hilang sifat ini dalam kalangan masyarakat kita ya . bukan apa , untuk apalah kita terus-terusan bersifat sebegitu . takkan bawa kita ke tangga kejayaan pun . malah , lagi buat kita jatuh terduduk adalah . huiss ! serius macam nak buat karangan , haha . 


apa yang dapat aku simpulkan , aku lihat mereka ini sebenarnya suka sangat menyangka dan menjangka yang bukan-bukan . bak kata orang tua-tua , tak kenal maka tak cinta tapi tak bermaknalah juga sudah kenal macam ... haa , rasanya anda tahu yang ini C= tak salah bukan kita bagi orang lain peluang ? kalau tidak , macam mana kita nak kenal hati budi mereka , luar dan dalam dan lagi dalamnya , kan ? 'alamak , dah macam nak cari jodoh pulak' =D


aku jenis yang open minded , dan itu bermaksud aku sangat terbuka - positif positif ! soal sifat-sifat sebegini aku senang kalau aku dapat pikir sedalam-dalam mungkin tentang baik buruknya atau manfaat tidak pada kita bukan untuk jangka masa yang pendek tapi jangka masa yang panjang ! sama jugalah seperti kalian yang menghitung-hitung sama ada ingin membeli handphone yang mana mampu memberikan kepuasan yang maksima sebagai pengguna bukan ? 'oke , takde kaitan kot' 


mereka tidak bersalah ! mereka hanya melakukan sebaik mungkin perkara yang pastinya dapat membanggakan diri serta keluarga , rakan taulan , cikgu-lecturer serta nusa dan bangsa ! - hahaha . pernah anda terpikir bahawasanya untuk sampai ke puncak kejayaan itu mereka sebenarnya terpaksa berdepan dengan hal-hal yang cukup membuatkan mereka tak senang duduk . senang cerita , bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudianlah brader . tapi mereka yang bersangka buruk ini sewenang-wenangnya ... haa senang cerita , dont judge a person just by its cover  laa .


justeru itu (ahah !) , kenal-kenalkan lah diri anda itu dulu . bertanya terus pada tuannya jika ada yang musykil . jangan jadi seperti mereka yang sesat jalan sebab ego tak mahu bertanya atau berpendapat dia sangatlah betul dan terus buat andaian sesuka hati . kalau betul takpe ye dokk ? kita hidup tidak bersendirian dan itu bererti kita juga perlu saling menasihati . mulakan hari anda dengan optimisnya , ya anak-anak ? C=




BOOM ! POWERR . haha . bersih sudah dia =D


# aku tidak mengspesifikasikan pada sesiapa atau apa pun entry kali ini . ia sekadar memberi nasihat dan pandangan . terpulanglah pada penilaian masing-masing .

No comments: