Saturday, December 31

coretan dua-kosong-satu-satu

2011 ialah antara tahun yang paling mengajar aku erti kedewasaan . mengajar aku untuk sentiasa berada dalam realiti kehidupan dan menghindar dari terus berfantasi putera mahkota yang segak lagi pemberani dengan kudanya bakal datang menjemputku , ke mana ? ke langit ke-7 ! muehehe =D oke bukan bukan . berbalik pada titlenya , mahu aku ulas saja antara peristiwa yang paling melekat dalam sanubari aku tahun ini .

mulanya seronok bertemankan mereka yang sungguh memang gila tapi masih waras akal fikirannya . sebelum menjejaki ke Pra-U aku tak pernah menyangka semuanya akan jadi begini . memang betul tak kenal maka tak cinta ! haha . awal tahun lalu cikgu sempat berpesan , "hargai umur belasan akhir kamu" . dan sekarang aku nak masuk 20 tahun dah . woaa ~ ='D dari saat kita bukan main menyombong satu sama lain hingga ke saat kolokium yang bukan main gelabah semua orang mengumpul segala bahan sebelum masa luputnya tiba . paling best group aku Johan ! ngehee =D dan yang terakhir semalam . sungguh aku amat menghargai segala kenangan detik memori kita bersama C'=

"Stay Hungry, Stay Foolish - Steve Jobs"

aku turut diajar untuk sentiasa berada digarisan pendirian aku sendiri dan bukan pada garisan orang lain . tahu akan segala batas yang dapat mengelakkan hati ni dari dilukai dan terus dilukai . mudah untuk orang bercakap namun ya , sungguh ! tak mudah bagi kita yang mengalaminya sendiri saat itu . aku mengingatkan pada diri sendiri agar tidak terlalu memberi sepenuhnya pada sesuatu selagi ia belum sah dan sahih ia memang milik kita . namun aku amat bersyukur menjadi salah seorang yang berjaya melewati segala apa yang telah ditentukan untukku . sungguh , syukur Alhamdulillah . dan untuk kau , doa adalah yang terbaik dapat aku lakukan untuk kehidupan kita untuk masa akan datang . perlahan-lahan , aku turut mengharapkan yang terbaik buat kita semua .

"langit tak selalunya cerah"

dan ... masih segar dalam ingatan aku yang aku telah kehilangan seorang sahabat yang dulunya selalu menjadi penyakat teman-teman yang lain . hanya tersenyum riang walaupun sungguh dia menahan sakit yang tak terhingga sebenarnya . disaat aku bersukaria diluar sana aku lupa akan dia yang sedang bertarung nyawa di sana . apa jenis kawan aku ni ? sungguh aku tak pernah berniat meninggalkan dia disaat dia memerlukan aku . cuma aku tak sangka kenapa begitu cepat kau meninggalkan kami disini . andai boleh aku mahu saja berada disisinya . semoga Allah merahmati roh mu dan moga kamu ditempatkan disamping orang-orang yang beriman dan bertakwa . Al-Fatihah .

"she could never be as good as you - Unintended"

"Rindukan awak lha , kita punya gf ney ."
"Tanpa topup fon ta bfungsi . Tanpe lysa tade lha fiza ;D"
"Tanpa u , idop I ibarat lyg lyg tputus tali"
"Lysa , missyuu ;'("

you will always be in myheart Nor Hafeza Yusob .
1hb Jan 2011 .
Al-Fatihah .

*****

Selamat Datang 2012 , moga ia turut menjadi tahun yang paling bermakna buat kita semua C=

Friday, December 30

Erti Rindu Ini

harini , kelas yang dikhabarkan paling popular dan paling hangat 2011 telahpun berkumpul setelah selesainya kami bertempur habis-habisan STPM lalu . hanya mampuku pendam perasaan rindu yang kian berkecamuk di dasar hati saban hari . serius , rindu gila dengan kalian semua >.< rindukan kegilaan kita bersama . cikgu Wan sendiri kata yang kelas kita memang takkan ada penggantinya . kelas paling hyperactive sampai buat cikgu sakit hati je memanjang =P ngehehe .

takmahu curhat lebih , mari aku perkenalkan mereka 6BK1/6AK1 yang berada dibelakang tabir dalam hari-hariku selama ni 

aku bersama dua ratu hati di sekolah ,
Pn. Wan Napsiah dan Cik Farainaz .
mereka antara penguat semangat kami selama 2tahun ni C'=

rakan kelas sekalian .
perkenalkan Siti , Soon Yip , Yong Hong , aku , Ara , Ziera dan Fanny selaku photographer .
lagi 7orang tak dapat hadir =(
Ziera selaku ex-student tetap sudi hadir memeriahkan suasana C=

muka tahan lapar , ngahaha =D

masa untuk membuncit tiba !
Soon Yip lah yang paling tak sabar =D



dah kenyang mari bergambar =D
kegemaran aku ito , haha .

Soon Yip hao ke ai o =DD

Cikgu Wan siap belikan kami TOBLERONE lagi (x

time ni bukan main malu si Soon Yip mahu bergambar .
Yong Hong pun dah lari jauh ha .
aku , apa dulik =P kihkih .

perjumpaan ini diteruskan lagi dengan penghijrahan kami ke JJ pula . ha kami biasa dah bab-bab berhijrah ni dari tahun lepas lagi . orang kata kami ni 'orang nomad' . haha memang sedih .

hasil penangkapan kami di JJ .
lagi 2 teruna to memang tak dapat joinlah time ni . haha =P

nice movie ! ada tersirat erti sebuah persahabatan didalamnya C=
suspen gak aku rasa macam kat depan mata kot >.<
tapi aku tetap tak puas hati kenapa mesti Ben mati =.=

selesai nonton kami pun pulang . rasa sekejap sangat masa kita bersama harini . lain kali keluar lagi ya ? ajak semuanya next time =D dan paling teristimewa aku khaskan entry kali ni kepada Yong Hong a.k.a Kee Kee merangkap penolong aku selama ni . bukan main manja dia mahu aku jadi GFnya untuk harini . thanks juga ya my Kee Kee untuk harini . dapat watch movie pun sebelah-menyebelah , couple seat lah kan . ngehehe .

sayang Kee Kee juga ! C=
terubat rindu selama ni =P
**winkwink.

dan akhir sekali .

cikgu pesan ,
"jangan hanya pandang sesuatu dari luaran ,
selagi tak cuba kita takkan tahu apa yang terkandung didalamanya"


cikgu dan teman-teman , Nury happy sangat harini .
hope kalian juga ya . 
jaga diri to . kita jumpa lagi masa result pulak ='DD
love you guys so much !
**touching.

Thursday, December 29

cikk Do Re Mi

kami , sepasukan Do Re Mi telah memulakan ekspedisi makan malam kami semalam . nama je bertiga tapi suasananya terasa amatlah gamat sekali . sukar untuk aku gambarkan dengan kata-kata . untuk memulakan bicara pun aku tak keruan . risau tak difahamai pulak karang . oleh itu aku putuskan untuk menunjukkan saja pada kalian antara gelagat Do Re Mi semalam yang turun ke JJ sebagai pembuka selera hari ini dari sesi makan malam ke sesi fotografi . selamat menonton =D


inilah barisan Do Re Mi yang mengamatkan Jaya Jusco malam semalam -
Fana , Nury dan Jae .

mulakan hari anda dengan nyanyian 'Negaraku' =D
berdiri tegak tangan disisi ! >.<

wajah-wajah wanted di fitting room .
perhatikan sekeliling anda =P

sempat jugak Cik Fana berkenalan dengan teman barunya =P
ngehehe .


barisan bakal model yang akan mengegarkan pentas antarabangsa =D

lagi bakal goalkeeper & peserta MasterChefMalaysia  . ngahaha ! =DD

masa untuk puteri-puteri menutup tirainya .

gambar-gambar ini sajalah yang dapat menerangkan apa yang terbuku dihati kami bagai dunia ana yang punya . wahh ! haha . gamatnya memang buat tak ingat dunia . lengchai yang berdiri macam guard baju , makcik cleaner serta En Khairul dan Hazim merangkap staf JJ juga kami tak endahkan pada awalnya . segan ! HAHA . hingga 15 minit yang terakhir pun kami tak sia-siakan dengan penangkapan terakhir gambar penutup tirai malam . kalau mahu diikutkan hati ingin saja menginap dalam Jusco . segala keperluan semuanya telah tersiap sedia , HAHA .


#mendidik anak kenapa perlu sebegitu rupa Uncle ? =.=

Monday, December 26

rutin Disember ku

minggu ni minggu terakhir tahun 2011 . adik-adik yang sudah lama bercuti sekolah pasti seronok menjelang persekolahan awal tahun depan . dulu masa inilah yang menjadi kegemaranku . dapat shopping ! bag kalau boleh nak baru . pencil case sekali isi-isi to pun aku nak beli yang baru . makin besar makin demand aku , haha . ke Mydin minggu lepas , bukan main aku lihat ibu bapa yang bersungguh-sungguh menyediakan segala persiapan anak-anak . si anak pulak tak mahu mengalah dengan berkejar-kejaran mencari coklat . eh ehh ?


lepas exam aku duduk memberatkan badan je dirumah . mana tidaknya tak sampai sebulan aku dah naik 3kg 'tak terkira berapa kali aku makan sehari' sungguh aku makin malas . asyik menghadap laptop saja . online twitter . kemudian online mukabuka bagai air terjun turun dengan derasnya pulak ku lihat =.= terus tak mahu aku duduk lama dalam to , pening dengan abjad-abjad yang aneh pengertiannya .


rutin hari-hariku diteruskan lagi dengan bangun pagi kemudian bersarapan lalu melayan baby Esha sebab impossiblelah aku  akan melayan cik Echa . dia garang , ego , emotional macam aku . jadi sememangnya takkan ngam . bagai kutub Utara bertemu kutub Utara yang pastinya akan saling menolak jika ditemukan . ha gitulah kami berdua . jadi memang kurang tepatlah jika aku yang perlu memujuk dia bila menangis selepas keinginannya ditolak mentah-mentah , kuikuikui =P


Rissya Nur Aini C=
namanya ada iras namaku .
Siti Nur Khairunnisa C=
kan dah kata dia garang , ngehehe .

# guys , I really can't wait for this Friday  , saat paling ditunggu-tunggu . hopefully we all can make it yeah ! psst , missing you guys ler C=

Saturday, December 24

bakso Indonesia

heyy ! title sangat menyelerakan bukan ? hehe . pagi tadi bila ibu kata nak masak bakso , perut aku dah macam tahu je apa yang aku fikirkan . haha . bakso ibu yang lebih umphh buat aku tak mahu makan bakso lain deh . so far aku pergi makan di gerai bakso Indonesia sini , pasti ada yang kurang aku rasa . kalau tak ramuannya , pasti orangnya . joking !

ini rupanya bakso Indonesia Pn.Suli saya C=

ini baksonya . aku sarankan pada mereka yang mahu mencari bakso atau pentol (meatball)
yang enak lagi menyelerakan (banyak daging daripada tepung) ialah bakso dari Johor Bharu ni .
secara spesifik aku boleh katakan yang plastiknya ada gambar lembu . moO !


ini bukan maggi tapi aku lupa apa yang tertera dipaketnya tadi , hihi .
sebenarnya yang buat aku rasa bagai makan di Indonesia inilah dia . 
first time aku makan ni , biasa ibu guna bi hun kuning ke mihun ke su'un ke .
sangat enaklah !


ini sebagai pelengkap rasa .
limau nipis bersama sambal yang ibu ketuk-ketuk dengan lesung batu .
even aku suka pedas tapi aku kurang letak
sebab aku tanak rasa bakso hilang sebab rasa pedas .
terpulang pada citarasa masing-masing c=


dan inilah rupanya . aku makan untuk kali keduanya ni , haha sedap punya pasal kan .
selagi perut ada ruang , aku sumbat sajalah =D

untuk lebih lengkap kalian hanya perlu tambah bawang goreng dan kicap . tadi kebetulan ada burgerdell , jadi aku tinggal ngap sajalah . hoho , rasanya bagai tiada tandingan >D

Thursday, December 22

dari mata ke fikiran

titlenya sangatlah kelakar kurasa ,
tapi benar itulah yang nyata ,
dahulunya hanya sekadar di mata ,
tapi kini menjengah ke kepala .


kau sangatlah kerek aku rasa ,
namun benar , tak kenal maka tak cinta ,
tidak bererti diri ini terpaut sudah ,
sekadar membalas kenyataan mimpi dari jauh .


baik , niat dihati bukanlah nak berpantun . tak reti buat-buat reti saja , ahahaha . sekadar ingin menyampaikan pesanan dari mimpi yang entah kesampaian tidak to saja =D



'aku masih terasa sangatlah kelakar dari bangun pagi tadi hingga ke saat ini'
hehehe .

Wednesday, December 21

buruk sangka

dewasa kini , cehh ! macam buat karangan pulak . haha . actually takde apa pun mahu dicelotehkan untuk post kali ni . tapi alang-alang dah terclick kat new post , so teruskan sajalah . hehe .


cuma siang tadi aku ada terlihat sesuatu yang membuatkan aku seperti ingin bersuara . tapi sayang , tak kesampaian . jadi sengajalah aku mahu bersuara disini . sebenarnya begini , siang tadi aku perasan sesuatu dari twitter aku yang dapat aku ringkaskan iaitu perangai segelintir orang yang masih suka bersangka buruk . haii , sampai bila-bila agaknya takkan hilang sifat ini dalam kalangan masyarakat kita ya . bukan apa , untuk apalah kita terus-terusan bersifat sebegitu . takkan bawa kita ke tangga kejayaan pun . malah , lagi buat kita jatuh terduduk adalah . huiss ! serius macam nak buat karangan , haha . 


apa yang dapat aku simpulkan , aku lihat mereka ini sebenarnya suka sangat menyangka dan menjangka yang bukan-bukan . bak kata orang tua-tua , tak kenal maka tak cinta tapi tak bermaknalah juga sudah kenal macam ... haa , rasanya anda tahu yang ini C= tak salah bukan kita bagi orang lain peluang ? kalau tidak , macam mana kita nak kenal hati budi mereka , luar dan dalam dan lagi dalamnya , kan ? 'alamak , dah macam nak cari jodoh pulak' =D


aku jenis yang open minded , dan itu bermaksud aku sangat terbuka - positif positif ! soal sifat-sifat sebegini aku senang kalau aku dapat pikir sedalam-dalam mungkin tentang baik buruknya atau manfaat tidak pada kita bukan untuk jangka masa yang pendek tapi jangka masa yang panjang ! sama jugalah seperti kalian yang menghitung-hitung sama ada ingin membeli handphone yang mana mampu memberikan kepuasan yang maksima sebagai pengguna bukan ? 'oke , takde kaitan kot' 


mereka tidak bersalah ! mereka hanya melakukan sebaik mungkin perkara yang pastinya dapat membanggakan diri serta keluarga , rakan taulan , cikgu-lecturer serta nusa dan bangsa ! - hahaha . pernah anda terpikir bahawasanya untuk sampai ke puncak kejayaan itu mereka sebenarnya terpaksa berdepan dengan hal-hal yang cukup membuatkan mereka tak senang duduk . senang cerita , bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudianlah brader . tapi mereka yang bersangka buruk ini sewenang-wenangnya ... haa senang cerita , dont judge a person just by its cover  laa .


justeru itu (ahah !) , kenal-kenalkan lah diri anda itu dulu . bertanya terus pada tuannya jika ada yang musykil . jangan jadi seperti mereka yang sesat jalan sebab ego tak mahu bertanya atau berpendapat dia sangatlah betul dan terus buat andaian sesuka hati . kalau betul takpe ye dokk ? kita hidup tidak bersendirian dan itu bererti kita juga perlu saling menasihati . mulakan hari anda dengan optimisnya , ya anak-anak ? C=




BOOM ! POWERR . haha . bersih sudah dia =D


# aku tidak mengspesifikasikan pada sesiapa atau apa pun entry kali ini . ia sekadar memberi nasihat dan pandangan . terpulanglah pada penilaian masing-masing .

Saturday, December 17

hangat daripada biasa



dia comel bukan seperti kucing anda juga ?
tapi pada saya dia bukan saja comel tapi
seriously handsome banget deh ! =D


oh yaa , maaf . perkenalkan ini kucing kesayangan saya , Boboi . ya saya ulang kucing kesayangan saya . ini bererti tiada sesiapa pun dibenarkan untuk sentuh (serang , pukul , tendang dan yang sewaktu dengannya) dia melainkan saya sendiri . hm hm ! garang ? aku tak rasa itu cukup garang . kenapa ? sebab ada yang tega sekali menyentuh dia dan aku amat marah sebenarnya ini . dia tahu si Boboi ini berwarna putih tapi dia boleh saja buat tak peduli . dia pikir ini dunia dia . oh , no no no ! ini dunia kita bersama sayang . jadi sila bersikap adil dan saksama oke ?

actually , macam kelakar je aku mengomel kat sini . sebab dia yang aku maksudkan itu sebenarnya kucing jugak . ya ! kucing . bermakna dia yang sering membuli Boboi aku ini adalah kucing yang ibu gelarkan dia , Sulaiman . aku pun taktahu dari mana actually nama itu wujud ,  HAHA . baik mari sambung . aku geram sekali sebenarnya dengan Sulaiman . amat amat sangat ! geram-geram aku nasib masih ada perasaan belas kasihan aku pada binatang (jangan , Nury tak kental bab bab binatang especially kucing ni ! =D) but then how ? kalau Boboi keseorangan bermain diluar - Boboi sangat suka bermain dengan kata lainnya , nakal lah jugak =.= , kena serang dengan Sulaiman ?

tadi pun dia kena serang dengan Sulaiman . kesian sangat dilihatnya Boboi tadi . kali ke berapa entah kena serang . mungkin memang tak patut dia diluar , tapi dia nakal jugak dalam rumah . adehh ~ dia menggigil dan jantung dia berdegup laju . dia ngiau-ngiau macam sakit dan macam takut . jantung aku pun berdegup laju . tangan aku menggigil pegang dia . mm kotor sangat dia . nak dimandikan hujan pulak , mesti sejuk nanti . kering pun mesti lambat , jadi tidurnya bila ? ha inilah yang aku pikirkan dari tadi bila tengok Boboi membersihkan bulu-bulunya . so aku ingat pepagi karang aku mandikan sajalah dengan air hangat - Boboi bising dengan air sejuk !

Sulaiman , nasib kau sempat lari tadi . kalau tak , entah kena apalah dengan Wan tadi . heyy , sabarkan sajalah . ini jugaklah pendorong kepada aku untuk tak tidur saat dan ketika ini , wee ! psst , thanks AA ! C=

Wednesday, December 14

akhirnya , namun

patut aku update blog dari semalam lagi . dek kerana kesihatan aku tak mengizinkan , aku post ringkas dan padat sajalah kali ini . oke , aku dah MERDEKA , ha yea merdeka . dari apa ? apa lagi , STPM lah . happy ? mestilah ya . tapi dalam keseronokkan ni boleh pulak aku jatuh sakit . nasib badan . nasib baik semalam time menjawab soalan takde sangat badan ni meragam . batuk-batuk aku sajalah yang memecah kesunyian bilik exam . haha .


sayang juga sebab tak dapat join Siti , Tzu Seng and Fanny main bowling . aku rindu sekali mahu bermain itu game . alang-alang asah skill aku bermain . sebab ada orang to mahu fight dengan aku lah kononnya =D tapi takpe lah . memang takde rezeki aku lah nampaknya . tunggu hangout dengan girlfriends aku nanti sajalah . wihuuu !


oke , what is my next plan ? duduk goyang kaki . boleh ? hihi . tentang kerja tu ibu kata kerja je dengan ibu . kerja apa ? babysitter . hahadehhh ~ aku tanya ada upah tidak ? kata ibu adalah . asal aku jaga 1 atau 2 budak . kalau seorang RM300 , kali 2 aku dah dapat RM600 . sikit banyak aku tak kisah sangat asal ada duit poket ye dokk , yela tho haha . tapi aku perlu tukar handphone nihh , baterinya sudah sangat nazak . hm hm . tak boleh jadi . ikhtiar ikhtiar !




aku teruskan bacaan aku sajalah buat sementara waktu ini .

Saturday, December 10

tua sudah dia

seawal usia 9 bulan dia dah berlari-lari anak mengejar buah tembikainya ,
aku pulak masih didukung ayah , aduhh malunya . tak dapat dinafikan kecomelan dia semasa kecil berbanding aku , hah kembang ler tho =D tapi sungguh dia comel gila time kecik-kecik dulu . sekarang ? aku tak tahu mahu kata apa . sekadar mahu mengelak berkata lebih saja . karang lain pulak dari pandangan kalian . hmm hmm !

aku masih ingat , dulu kami dua ni macam anjing dengan kucing , asyik-asyik gaduhh . dulu aku tak sudi bagi dia menang ialah aku yang tua kenalah aku yang menang tak gitu ? tapi kata ibu , "Allah sayang mereka yang sudi mengalah untuk orang lain walaupun dia tak bersalah" pada masa yang sama boleh pulak aku dengar tentang dosa dan pahala . tapi aku tak ingat apa yang aku takutkan sangat tentang dosa sampai suatu hari aku terus mengalah sajalah dengan dia . HAHA ada-ada je aku ni . sesungguhnya , penat weyy gaduh featuring bertekak dengan dia . last last aku pikir , buang masa sajalah . baik aku main masak-masak (dululah kan , nama pun budak-budak) . HAHA =D

celoteh-celoteh ni sebenarnya nak kata hari Sabtu bersamaan 10hb Disember 2011 , dia dah genap 18 tahun . dah tuaa dah , hehe . harini je dia buat tak kisah sangat pasal hari dia hah , kalian tahu apa dia buat sepanjang hari ni ? ni hah :


125 dia berwajah baru . err apa entah dia =.=
tapi ibu kata ,
"biarkan saja kak . duit dia sendiri " haa ialah . aku turutkan saja =p
ialah orang dah berkerja , tak macam aku yang masih terpinga-pinga ni , heh !

kakak ni pun sempat la juga menconteng untuk kau , dikk =p

special ni , bukan senang tauu . ahah !




jadi , Selamat Hari Jadi Mohammad Azwan Hosnan C=
moga jadi anak yang soleh dan yang berguna buat keluarga ye dikk ! AMIN .

Wednesday, December 7

skuad , sedia !

sebelum memulakan pergerakan , 3 barisan lurus harus dibentuk kemudian dichecknya segala aksesori di baju terlebih dahulu . nametag , tanda salam , wisel , baju dan seluar pun tidak terlepas . harus licin dan berline . baray pula wajib berada di sebelah kiri . si ketua akan ada bulu biru atau nama lainnya jambul yang terpacak di baraynya . huishh , smart sungguh ! encik glove pula setia mengenggam jari sepanjang perbarisan . pergerakan dimulai dengan kawad asas diikuti kawad formasi . kon-kon yang menjadi halangan mendapat markah penuh perlu dielakkan . segalanya perlu diawasi sehingga pasukan keluar dari barisan .

hmm sudah dua tahun masa berlalu . aku masih merindui saat itu . 5 tahun membesar bersama pasukan . saat bersama-sama teman seperjuangan dengan baju hitamnya . kasut bukan sebarang kasut pulak to yang dipakainya . kasut hitam berkilat tahu , ada ladam lagi . tapi aku pakai paku tekan je HAHA . ehh , bunyi jugak tahu =p

huh , terasa mahu saja aku berkawad sekarang , haha . mari kita usha saja ini :

sesi fotografi untuk majalah sekolah - 2009 .

haa , kasut putih pun silau tau =D

ponteng kelas Add Maths nih =p

yang ditengah itu Cikgu Hazwani .
*psst , dulu Cik sekarang Puan daa . berbadan dua lagi ha C=

Encik Shahril . ramai peminat woo =p

sesi penyerahan pangkat . ginilah stail kami . tepung jugaklah nampaknya HAHA 
*sila abaikan saja yang dihadapan itu =D

pistol mainan pun jadilah kan HAHA .

trofi kemenangan , wahh bangga ! =D
*even Rumah Biru punya HAHA .

setegas sekental mana pun , tetap peminat nasyid kami ni .
*ye ke ? =D

pembulian pada jiran tetangga kami  =D

haa ! kini tibanya kami membuli dia pulak =D
*inilah Cik Sarjan 2009 , Nur Ezuani Saberi (Iewa) .

perbarisan sekolah 2010 kami sekadar tempat ke-3 .
tapi 2011 kami JOHAN !

Insyallah , tahun depan nasib menyebelahi kita lagi untuk takhta Johan Perbarisan Sekolah . even cekk tidak dapat menabur bakti lagi . huhu . rindu nyaaaaaaaaaaaaa !! >_<