Monday, December 31

alkisah si teman maya

Amaran : kisah ini mungkin berjela . segala kesan dan akibat adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab anda yang membaca . kisah ini juga merupakan kisah benar hidup aku dan aku sekadar ingin berkongsi . moga jauh dari sifat yang tidak diingini . Terima Kasih . oh yeah ! Selamat Tahun Baru semua . jaga diri jangan nakal ya : )


sudah sedia ? baik , kisah ini bermula ketika aku baru mula bekerja selepas menghadapi SPM pada tahun 2010 . walaupun baru pertama kali bekerja dengan segan silunya aku tetap hadapkan . aku beruntung ketika itu ada teman baikku yang turut sama bekerja denganku . jadi tidaklah aku merasa bosan . kononnya .

dipendekkan cerita ketika itu aku masih tak punya broadband di rumah . hanya portal My Maxis di handphone saja yang menjadi peneman . dari situ banyaklah juga website yang ala ala Facebook . salah satunya adalah My Mlife (ML) . ada yang pernah punya juga ? *kita sep*

sebenarnya lama dah aku punya akaun di ML ni . aku pulak jenis yang sangat sangat sangat gatal tangan . sebab gerentilah aku akan buka dan dari situlah semuanya bermula . sebenarnya ... tak juga . lepas aku dah gatal tangan sign up , beberapa hari lepas tu aku tak usik dah ML tu . dalam setahun dua juga aku tinggalkan .

sambung balik pada perenggan pertama tu . pada saat aku mula bekerjalah aku mula aktif semula dalam ML tu . mula mula memanglah bosan . tak kenal sesiapa pun . aku pun dengan ramah mesranya setelah punya senarai nama beberapa orang rakan , aku mula belajar untuk menyapa mereka . 'Tak apa . Sapa je . Nak malu kenapa ? Depa bukannya nampak kita'. kan ?

kenal punya kenal aku tak nafikan yang aku sudah punya teman maya yang agak ramai . kebanyakkan mereka seangkatan denganku , selebihnya pula pangkat adiklah jawabnya . namun antara ramai ramai itu , entah macam mana aku boleh berkenalan dan mula akrab dengan seorang cewek ini . mungkin kerana sifatnya yang seakan sama dengan teman baikku yang studi di Machang (kenyit mata sat hee) itu menyebabkan kami mudah mesra . mula bertukar number phone selepas dua hari aku menyambut hari lahir yang ke-18 . kisahnya terus berlanjutan .

* * * * *

aku masih ingat . waktu itu bulan Ramadhan . jarum jam tepat menunjukkan 2:30 pagi . aku masih belum melelapkan mata . selesai saja online ML ketika tu , aku terus menghantar pesanan ringkas pada cewek tu . tanpa berfikir apa . selang beberapa saat saja dia balas juga pesananku tadi . dari hanya sapaan biasa saja kami berdua mula membuka satu persatu cerita . walaupun ianya hanya melalui pesanan ringkas , aku dapat merasakan betapa seronoknya kami berdua 'berbual' . sungguh ! kami akan merasa mengapalah masa berjalan dengan begitu pantas . tanpa kau sedar kredit yang tadi berbaki RM2.50 , kini hanya tinggal RM0.65 (dengan YouthClub) . boleh kau bayangkan saat saat perkongsian kami ? hinggalah ke impian kami untuk bersua suatu hari nanti menjadi kongsian sebenarnya 

namun sebenarnya kesihatan dia tidak seperti yang lain . pada hakikatnya . lagaknya tak ubah seperti mereka yang lain . mungkin kau sendiri sukar untuk percaya .

"You nak tahu I saked ap , lysa?"
"Bagitaulah kalau you sudi kongsi dengan I". Aku tinggalkan senyuman di hujung kata .
"Tapi janji yg you takan beritahu sesiapa"
"Ya, janji". Aku dah mula berfikir yang macam macam .
"Hm , bone cancer".

aku terdiam untuk seketika . kalau saja kita sedang berhadapan sekarang mungkin dia sudah aku dakap seeratnya .

'Licik juga kamu , Fiza...'

lama kelamaan , secara perlahan aku dapat berdepan dengan situasi dirinya . pernah suatu malam dulu aku terima satu pesanan ringkas dari nombornya namun sepupunya yang mengirimkannya . katanya dia ada di ICU akibat sesak nafas . jantung aku berdegup laju . rasa risau mula menyelubungi diri . aku hanya berdoa sambil ditemani airmata . Alhamdulillah keesokkannya kami dapat berhubung .

"Lepas doc inject morphine , I terus lena . Penad sangatt (':".

* * * * *

pada malam sebelum Tahun Baru (2011) aku sengaja menghantar ucapan Tahun Baru kepadanya setelah hampir beberapa hari dia mendiamkan diri . Delivered . namun pada jam 5 petang keesokannya . aku pula ketika itu sedang keluar bersama teman sekolah . jadi aku kira malam nanti saja aku akan menelefonnya .

rupanya aku tidak kesampaian . Dia telah pun pergi pada petang itu ...

kisah ni berlalu terlalu pantas . aku sempat bersamanya hanya selama enam bulan . tak menyangka enam bulan itu mampu buat aku terasa seperti enam abad lamanya kami bersama . tanpa sempat bersua muka biarpun singkat namun bermakna .

* * * * *


pada mereka yang pernah merasa kehilangan mungkin kau boleh rasa apa yang aku rasa ketika itu . tapi satu aku sematkan dalam diri , 'mereka' juga berhak bahagia bukan . apatah lagi bahagia yang di 'sana' adalah bahagia yang berkekalan . janganlah terus ditangisi . entry ni sengaja aku buat selepas 3 tahun masa telah berlalu . 3 tahun yang aku rasa cepat saja datang dan pergi . peritnya lama kelamaan mula sebati dalam diri .

hidup tetap diteruskan seperti biasa walau 'dia' tiada disisi kini . perlu bangkit kerana kau tak pernah ditinggalkan keseorangan . kau punya famili dan teman rapat yang lain . tak lupa juga yang di 'sana' . mari sama sama capai impian . bawa bersama kenangan lalu . tak kira sama ada ia pahit atau manis rasanya . jika itu mampu menguatkan semangat kau untuk terus maju !


** kau mungkin tiada dalam nyata
tapi hakikatnya
kau hidup dalam hati ini selamanya

Al-Fatihah

Sunday, December 30

secepat yang mungkin

aku kira lebih kurang dalam masa 24 jam saja masa yang tinggal untuk kita semua berganjak ke tahun baru . pada aku tahun baru untuk masa atau lebih tepat aku katakan untuk keadaan aku sekarang ni hanyalah biasa biasa saja . iyalah kalau dulu namanya budak sekolah memang sekolah lah yang bakal aku hadapkan . sekarang ni takkan nak berazam tamatkan zaman bujang kot ! tapi kalau ada mereka yang di luar sana bakal membina masjid tu sudi sudikanlah jemput kitew ye ! *lambaian ratu dari sini

okey dipendekkan entry juga . aku tak sediakan apa apa pun untuk menyambut tahun baru ni (memang tak pernah pung!) sebab apa . pada fikiran aku sekarang . apa yang aku minta , cepatlah masa berjalan kepada 7hb Januari 2013 . kenapa dengan tarikh tu ? well , itu tarikh aku beli broadband sebenarnya . tak ada kaitan dengan mana mana anniversary . I single lah (wkwkwkwk gelak gulenguleng) . sebab apa lagi . sebab hujung bulan memang tak sah ler kalau tak kena kuota internet kan haih . jadinya setiap tarikh 7hb itulah arus akan kembali normal . itu sajalah harapan aku saban bulan tau . ahahakss ~

setakat ini saja . sekian . baik kau datang cepat 7hb ! aku rindu . EH

oh ye ! kalau ada yang berniat nak main bunga api ke pop pop tu ke bolehlah ajak aku sekali ye =DD

** bersyukurlah
jika kita masih
dapat bernafas
hingga ke saat ini

Saturday, December 29

berbaloi

Assalamualaikum dan Selamat Akhir Tahun ! dah sedia untuk bermain bunga api sama aku ?

Alhamdulillah sebagai penutup tirai  tahun 2012 ini akhirnya dapat juga aku tunaikan azam yang tak seberapa nak gah ni . tapi cukup memberi penangan besar dalam hari hari aku nanti . cehh ! kemain kau kan .

jiwa aku sudah tidak keruan pabila terlihat kelibat sebuah lori besar yang tiba tiba berhenti di hadapan rumah tempoh hari . sabar aku yang tak reti duduk diam sebelum ni akhirnya membuahkan hasil yang mampu buat aku seperti jatuh cinta semula .

"Yes!" Girang aku melihat bungkusan di tangan lelaki muda itu .

aku ambil . segera di-sign apa yang perlu . aku tutup pintu rumah dan duduk . bungkusan itu diletakkan di hadapan aku . tunggu apa lagi bukalah kan ! ibu serta si kecil dua itu hanya termangu menantikan apa yang mungkin terisi di sebalik bungkusan yang juga berbungkus itu . selesai acara membuka bungkusan . itu dia ! sudah terlihat kelibat yang kupaling nantikan selama ini . tadaa !!


aku syak mungkin aku terlambat sedikit untuk memilikinya . tapi pada aku penantian penuh sabar sangat berbaloi tau ; )

mari terus ke sesi memuaskan nafsu ! usah lagi tunggu =D


p/s : laptop tu tak termasuk sekali tau heh !

Thursday, December 20

selamat beramal


mereka yang di depan mata itu sentiasalah engkau hargai ,
agar bila tiada nanti tidak pula engkau tercari cari


keluh kesah sendiri
tiada guna , lagi .


Sunday, December 16

tontonan hari Minggu

harini aku keluar berdua bersama teman baik aku yang juga mantan classmate aku tika di Tingkatan 6 dulu . beliau sebenarnya telah menyempurnakan tugasan menghadapi peperiksaan dengan jayanya baru baru ini . jadi harus juga wajib lah aku membawanya keluar berjimba disamping menenangkan fikiran setelah berbulan bulan stres memikirkan exam . contoh kawan yang baik . ya aku tahu tu . mari terus ke aktiviti kali ni , menonton !


The Hobbit .
tiket yang di-redeem . VVVVVIP pule ku rasa muehehe !

ada yang kata The Hobbit ni ada kesinambungan dengan filem The Lord of The Rings (LOTR) . aku sendiri tak tengok sangat movie LOTR dulu . punya CD pun rasanya sekali je tengok . itupun tahun lepas . tehee ! senang cerita untuk pengetahuan lanjut baca ini .

secara peribadi aku pula , aku suka filem The Hobbit ni . cumanya dalam dua babak tu kalau tak silap , ada dialog yang terlampau panjang aku rasa . betul memang panjang . roti kedua aku rembat gara gara bosan menunggu tau . but overall , babak klimaks ke akhir berjaya menarik perhatian mata aku . sebab babak berlawan memang kegemaran . tak mengantuk dah lepas tu . siyes =D

jadi pada mereka yang pernah menjadi peminat LOTR , boleh lah diteruskan lagi niat murni kalian dulu dengan menjadi peminat filem The Hobbit ni . filem ni ada tiga bahagian . marilah kita berjemaah bersama menunggu kedatangan filem ini nanti .


ps // bangga juga aku tadi
sebab dapat teka
riddle-game si Gollum
^O^


Friday, December 14

matahari, bulan dan bintang


 tika di usia 6 - 8 bulan .

* * *





kini , setahun tiga - lima bulan 

* * * * *

engko orang tak perasan ke kalau anak kecil ni comelnya tu comel gila gila .

aku sangat emosi okey bila tengok budak 3 tahun yang kena pukul tu .

(huh !)


Thursday, December 13

ini buat jiwa kacau

sejak aku di sekolah menengah lagi , aku sangat gemarkan permainan 'tangkap gambar' . kau tahu macam mana mainnya ? mudah . kau bergambarlah dimana juga kapan saja kau berada dan apa saja yang sedang kau lakukan itu . kau ambil saja gambarnya . gampang kan . heh .

aku ni bolehlah juga dikategorikan sebagai pencinta gajet (especially camera yow) . cuma untuk memilikinya tak pernah belum waktunya (kebanyakkannya) . lagi lagi sekarang kemain ligat si Samsung promosi gajet gajet depa tuh . huh ~ aku yang tengok ni tergoda bhai . goyah iman ni . main gila nampak depa sekarang . kau tunggu je nanti bila aku dah kerja *berlagaknya aku*

dulu masa aku guna Samsung taklah secanggih seteknologi macam sekarang ni . handphone buka tutup dulu pun dah aku anggap yang tercanggih . hakhak . lagi lagi tang kamera dia tu , boleh ambil gambar kat depan . kiranya kau-boleh-cermin-muka-dulu-sebelum-bergambar-kemudian-tinggal-klik saja . toksah penat penat guna self-timer . hebat tak hebat .

sebelum ni pun boleh dikatakan juga aku aim si Iphong tu . tapi bila dah si Samsung kemain pandai tarik perhatian aku . apa lagi . mulalah beralih arah tapi tak curang sepenuhnya juga . kalau boleh pun aku nak pakai semua gajet yang ada kat dunia ni . riak tak riak aku . bhahaha !



Samsung NX1000 .
payah nyebut aku panggil Bazuka-termolek-sedunia je sudah .
eh =p


Samsung Galaxy Camera (SGC bukan GSC tau! kiki)


itu baru dua aku tunjuk . cuba engko orang usha web Samsung dot kom sendiri , kat situ berlambak gajet yang mampu buat engko orang si peminat gajet ni jiwa kacau sampai susah tidur malam tau .

motif entry ni , saja nak bagitau aku satu pun takda (kecuali BumBee dah ada =p) . sangat emo. tapi satu hari nanti . siapa tahu kan kann . tunggu yang paling terbaru antara yang terbaru . ngehngeh ~


Wednesday, December 12

emosi membunuh diri

kalau aku boleh cipta sesuatu . aku mahu cipta sesuatu yang mampu malah hebat dalam hal hal mengawal emosi manusia . senang nanti bila amarah dan yang serasa dengannya cuba mendekat , bunyi amaran terus kedengaran lantas aku capai benda-yang-boleh-kawal-emosi itu dan aku kawal semahu aku agar setiap manusia juga diri aku sentiasa tampak cool .

hebat tidak ? *keningkening*

Monday, December 10

sembilan belas


si kecil itu
kini
sudah dewasa
yang dahulunya pemalu
kini
dia petah berbicara
untuk dia yang satu
kini
Selamat Meningkat Usia !

=p



** moga cepat punya Si Dia ye dikk !
hikhikk .


Saturday, December 8

nota hati #3


aku belajar melepaskan saat ini ,
agar yang datang nanti
terima yang selayaknya dari hati .


Friday, December 7

doa, impian dan harapan

menjadi keutamaan bila seseorang itu memegang nama sebagai anak sulung untuk mengalas tanggungjawab menggantikan posisi ayahnya pada suatu hari . tidak kira anak lelaki ataupun anak perempuan . apa yang kau rasa segalanya automatik kau akan rasa . tanpa beban . tiada paksaan . tanpa perlu dibalas dengan keluhan . kerna yang utama , kau ingin menjadi anak yang taat pada orang tuanya . juga yang bisa membalas jasa orang tuanya sedaya yang mampu  . seikhlas hati .

itu jugalah yang aku rasa . aku mahu jadi yang berguna buat mereka . bisa menyenangkan mereka di hari tuanya selepas berjuta juta keringat telah mereka kerah hanya untuk mencari nafkah buat keluarga tercinta . melihat mereka (setiap ibu bapa) bekerja yang tidak menghiraukan siang atau malam , tidak mengendahkan hujan atau panas , mereka tetap cekal meredah cuaca dan masa . kerna yang terutama adalah keperluan anak anak (yang masih belajar terutamanya) , sudah makan apa belum , cukup atau tidak segalanya menjadi keutamaan setiap ibu bapa .

dan aku , aku ingin menjadi seperti ayah . ayah yang sentiasa kuat bekerja . itulah yang paling aku kagumi pada diri ayah . biarpun aku dan ayah sering punya pendapat yang jauh bedanya . tidak pernah punya fahaman yang sama . tapi itu tidak bermakna aku tidak sayang padanya . sayang aku padanya tidak mampu dihitung dalam bentuk angka sekalipun . kerna aku tidak mungkin lupa pengorbanan ayah tika ingin menyekolahkan aku dulu . andai aku terkasar tanpa aku sedar , aku akan emosi sendiri . menyesal sendiri . hanya tahu memohon ampun berkali kali . di dalam hati .

"maafkan kakak , ayah"

cuma satu yang sentiasa menjadi harapan aku , izinkanlah aku menyempurnakan satu satunya impian aku buat ibu ayah juga adik sebelum apa apa berlaku pada aku . aku hanya ingin menyenangkan hidup mereka sebelum aku pergi . semoga aku diberi peluang untuk berbakti buat keluargaku yang tercinta dan yang paling aku hargai .

harapan yang sering kuselit dalam setiap doaku .



Wednesday, December 5

Tuesday, December 4

sketsa berdua

kisah semalam . antara aku dengan si Momo . saat saat bermanja yang dapat juga mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara kami berdua . di samping membuang segala sifat malu juga segan dan yang serasa dengannya .



aku yang peramah lagi penyayang + dia yang kecil lagi gagah = tidak kah itu manis namanya
muehehe !

Monday, December 3

kerna ku sayang kamu

lagu Sayang oleh Shae


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku


Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku

Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu




** psst ! 2013 nak mai dah . kau orang sudah siap kah ?