untuk aku pula hanya biasa saja . sama macam hari hari biasa . masa yang tersisa ni sebelum aku mula mencari nafkah tahun depan haruslah aku gunakannya sebaik mungkin . bila dah kerja nanti tak akan ada masa sangat dah nak menghadap laptop . main game . segalanya terhad dah jadinya .
sebenarbenarnya aku ni nak sangat borong buku sejak dulu dulu lagi . tapi tak pernah kesampaian dek diri ini yang sudah mulai menunjukkan rasa malas yang kadang kadang boleh tahan jugak melampaunya --, lalu berkeluh saja yang aku tahu . sangat tak baik untuk kesihatan hati . setakat ni yang aku baca dirumah macam Kitab Terfaktab , Majalah Remaja & Hijabista , buku buku cerita yang kupunya masa zaman sekolah dulu . semuanya entah berapa kali aku khatam pun tak tahu .
jadinya nanti aku akan ajak ayah kesayanganku itu untuk membawa merangkap menemaniku membeli buku sebanyak yang mampu . itulah azam aku untuk hujung tahun 2012 ni . azam untuk tahun depan pun dah aku sediakan . sevangat betul haku ! kalau nampak je dekat tibi , memang lagi berkobar kobar jiwa aku nak . kalau tercapai suatu hari nanti , akan ku kasi tepek dekat sini . hihihi .
dulu boleh la aku kata kalau aku minat baca novel . lepas baca novel Erti Rindu Ini , terus rasa nak lagi baca novel cinta yang lain . ha nampak tu , C I N T A . aku tak mengspesifikasikan sangat novel pilihan sebenarnya . kalau sinopsisnya best , aku beli je . kalau ramai kata novel ini itu best , aku beli . nak merasa juga apa yang best sangat tu kan . tapi semua novel ni dah terlalu lama keluar pasaran . kebanyakkan aku baca genre cintalah jugak . rasanya S-E-M-U-A-N-Y-A novel cinta . HAHA .
rajin pinjam kawan .
beli kurang , ini je yang ada . keke .
kesukaan Bebunga Kasih - thumbsup !
kata orang jauh berjalan luaslah pengalaman . tapi kalau tak berjalan pun , jadilah dengan kutip ilmu kutip pengalaman dengan membaca dulu ye dak .
2 comments:
jemput baca sambil berkhayal ye ! :)
kesukaan saya juga itu ,
membaca sambil berkhayal ;D
Post a Comment