Tuesday, August 14

Babak Cinta #3

"Najwa , where are you sayang ? Mama tunggu dari tadi tak sampai-sampai pun . Risau mama dibuatnya". Ujar mama Lisa , Puan Numa di telefon yang sedang bercekak pinggang menunggu anak tunggal perempuannya itu di pintu pagar . Di perhatikannya ke kiri dan ke kanan saja dari tadi . Sudah hampir sejam ditunggunya .

"Ya , mama . Najwa on the way ke rumah dah ni . Tadi ke bengkel ambil kereta dulu . Kejap lagi Wa sampai". Ujar Lisa di hujung talian .

Di rumah sememangnya Lisa atau nama penuhnya Karlisa Najwa binti Khalid lebih manja disapa sebagai Najwa sedari kecil lagi . Hanya dalam kalangan rakan-rakannya saja yang menyapa dirinya sebagai Lisa . Termasuk Isham , pacarnya yang telah menghilangkan diri hampir tiga tahun itu turut memanggilnya sebagai Najwa .

Hampir lima minit setelah memutuskan panggilan , Lisa pun sampai di perkarangan rumah milik keluarganya itu . Masuk lima hari selepas cuti semester baru dia dapat pulang ke rumah keluarga setelah selesai urusan kuliah yang masih berbaki sebelum cuti .

"Najwa !". Kedatangan Lisa disambut dengan pelukan mesra ibunda tercinta yang paling dirindui . Lisa membalas pelukan dengan senyuman .

"Mama sihat ? Papa mana ?". Dirangkul lengan kanan mama nya masuk ke dalam rumah .

"Mama sihat , sayang . Papa kamu ada . Kat dapur tu ha . Sibuk nak masak ayam masak merah kamu . Sanggup tu bangun awal pagi ke pasar cari bahan . Mama ditinggal di rumah".

"Iya ? Mesti sedap ni papa masak". Tersenyum ceria Lisa mendengar ayahandanya yang sering berlumba-lumba dengan mama nya untuk memasak setiap kali dia pulang ke rumah .

* * * * *

Selesai saja makan malam , Lisa membantu keluarganya mengemas semula meja makan . Setelah itu dia memohon diri untuk ke biliknya kerana pakaiannya masih belum di kemas ke dalam almari pakaian .

Selang beberapa minit , pintu kamarnya di ketuk perlahan .

"Ya , masuk". Kelihatan mama nya yang sedang membawa sedikit kuih dan air untuk dirinya . Mereka berdua tersenyum .

"Masuklah ma . Bilik berselerak lagi ni , baru dikeluarkan semua baju". Lisa mengetepikan beberapa helai baju kurungnya yang berada di tepi katil untuk di duduk mama nya . "Mama duduklah".

"Najwa cuti sebulan kan , kerja tak nanti ?". Puan Numa memulakan bicara . Sambil membantu anaknya itu melipat pakaian .

"Tak tahu lagi , ma . Najwa tunggu Shira balik dari Johor dulu . Ada juga katanya nak jadi guru tadika kat tadika Mak Ngahnya nanti".

"Cikgu tadika ? Baguslah tu , wa . Mama pun tak kisah . Tak berat sangat kerja cikgu tadika ni . Sekadar melayan karenah budak-budak kecil tu je". Lisa hanya tersenyum lalu mengganguk setuju .

"Najwa ?". Sambil diperhatikan anaknya itu menghangerkan baju kurungnya tadi .

"Ya , ma ?". Mamanya meminta dia untuk duduk . Dia mengikut .

"Ada berita tentang Isham , nak ?". Lisa terdiam sejenak mendengar soalan tiba-tiba itu . Dia menggelengkan kepala perlahan .

"Kalau macam tu , eloklah kalau kamu belajar melepaskan Isham , sayang . Semuanya tentang Isham . Nanti mama tak akan risau lagi dah tentang keadaan anak mama bila dah masuk kolej . Najwa faham kan maksud mama ?". Ditenung sayu wajah Lisa yang menunduk .

"Najwa faham , ma". Ringkas saja jawapannya . Dia tersenyum . Puan Numa memegang bahu kanan anaknya lalu membalas senyumannya .

"Dah , pergi tidur ya bila semuanya dah selesai ? Jangan tidur lambat pulak . Esok mama nak lawat maknya Nazmi dah alang-alang kamu disini". Bingkas Puan Numa berdiri lalu diambilnya semula dulang tadi .

"Ma , terima kasih . Maafkan Najwa juga sebab buat mak risau selama ni". Puan Numa senyum mengganguk di muka pintu .

Lisa meneruskan kerjanya tadi sebaik saja pintu kamarnya ditutup . Tiba-tiba perlakuannya terhenti . Memikirkan permintaan mama nya yang tadi .

'Lepaskan semuanya ?'.


1 comment:

Felly Sophia said...

Hmm. Apa agaknya yang Isham dah buat pada Lisa, ya?