Lisa yang sedang membelek majalah Hijabista tadi tiba-tiba terhenti perlakuannya . Aneh rasanya soalan Shira itu . "Aku dengan Asfan ? Maksud kau ?". Dahinya berkerut . Menginginkan kepastian .
"Kau tak faham ke buat-buat tak faham ni , Lis ?". Shira tersenyum nakal . Lisa memandang tepat ke arah Shira . Lalu difikirkan semula apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pertanyaan Shira tadi . Majalah Hijabista diletakkan ditengah antara mereka berdua duduk . Kerutannya masih kelihatan .
"Tak . Tak . Aku tak faham maksud kau . Cuba terangkan sikit".
"Hm . Aku dengar dia ada bagi nombor telefonnya pada kau lepas insiden tu . Betul ke ?". Kedua-dua keningnya diangkat berulang kali .
"Ha'a . Dia bagi sebab katanya nak tanggung semua kos repair kereta aku tu . Dah tu kenapa ?"
"Kau tak cuba call dia pulak ?"
"Nak call dia kenapa pulak kau ni ? Ni , ni ! Kau kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ? Kau minat ?". Cuba mengusik Shira pula .
"Aku pulak dah . Aku nak kenen-kenen kan kau orang dua lah".
"Ha sudah ! Mula lagi kau". Majalah tadi dicapai semula . Tidak mahu fikirannya dibiar kusut lagi .
"Lisa , sampai bila kau nak tunggu si Isham tu ? Dah tiga tahun tau . Kau siang malam tengok foto dia . Dia tu entah buat apa , kat mana , dengan siapa entah , kita pun tak tahu". Akhirnya soalan itu dilepaskan Shira juga dengan lembut . Tahu akan apa yang sedang dialami teman baiknya itu .
"Ra , aku laparlah . Jom makan". Lalu Lisa berlalu pergi . Masih enggan bertutur mengenai lelaki itu . Shira hanya mengiya . Geram juga dibuatnya dengan sifat degil Lisa yang satu itu . Dimuncungnya mulut lalu hanya menurut langkah Lisa yang sudah di hadapan .
5 comments:
lisa tu jual mahal atau dia syok sendiri ? mohon babak cinta 2
yeayyy..lagi satu cite nuryy. =D
Arai : pasti ada lagi sambungannya .
Raihana : hai peminat tegar =p
Bagi aku, sia-sia tunggu orang selama tiga tahun kalau orang itu tak ada usaha untuk dapatkan kita.
sememangnya ! kalau ak sendiri tak akan juga sudi !
*amboi
Post a Comment