Tuesday, January 24

pelangi petang

patutnya entry ini dah lama aku publish . dek kerana ada kekangan menyelit disaat aku menyiapkan entry ini memang tidaklah dapat aku siapkan . nak kata ia sesuatu yang panas lagi terhangat memang lah tidak sama sekali . cuma ia sekadar apa yang aku perlu fikirkan dan aku perlu buat sesuatu .


2-0 , ada apa dengan 2-0 ? nombor kuda ? ouh ! pastinya bukan . tak ada pun nombor kuda yang hanya dua angka . tahu tahu je aku =D  atau mata bola malam tadi ? haha , tidak tidak tidak ! ito umur aku . aku dah nak masuk usia 2-0 tahun ni . aku ulang .. dah nak masuk ya ? kira sekarang masih 9 belasan setengah lagi . ngahah ! orang tanak mengaku tua , ginilah =='


meningkat ke usia remaja (masih remaja kan ? hehe) ni sebenarnya mata kita akan mula rambang akan kehidupan ni . semua benda nak up-to-date . ito yang pasti . tapi diri kita sendiri ni bila pulak nak up-to-date nya ? takkan asyik ikut je orang sekeliling buat apa . dia buat sesuatu yang salah disisi undang-undang pun kau masih nak ikut ? haa , jadi aku pun kira-kira usia sekarang ni masih muda , segar dan suci tak tahu apa , tak bermaknalah semuanya kita nak enjoyyy ! bak kata Puteri . sampai bila nak enjoy nya babe*muka serius*


ya , persoalan ini hanya diri kita sendiri yang mampu jawab . sama ada sedar tidak sedar sebenarnya Tuhan bagi kesempatan untuk kita terus perbaiki diri di tahun baru ini . sedar akan kesilapan atau keburukan masa lalu . bukan aku nak berlagak atau apa disini , cuma aku sendiri perlu ingatkan diri aku yang hidup ini sukar diramal . kalau tahun sudah kita di atas , siapa tahu tahun ini pulak kita di bawah . dan sekali di bawah tak bermakna juga kita akan terus dibawah bukan ? dan aku pula terlalu biasakan diri aku untuk selalu optimis . namun tak bermakna realiti kau tolak ke tepi .


sama jugalah dengan kegembiraan . pada aku tak salah jikalau kita tak terlalu mengharap orang untuk gembirakan kita saja . kita perlu gembirakan diri kita sendiri juga . sampai bila kau nak rasa kecundang ito ? sampai bila kau nak terus hidup dalam kegelapan ? kalau bukan kau sendiri yang harus menyinarinya terlebih dahulu . begitu jugalah yang aku rasa . sampai bila aku nak terus bergantung pada keluarga atau orang lain kan ? tiba saatnya nanti mereka akan bergantung pada aku pulak . jadi .. aku tak boleh hanya duduk berpeluk tubuh sekarang .


pejam celik pejam celik , keputusan STPM akan tiba tak lama lagi . nak tak nak aku akan merasa keputusan ito ditangan aku sendiri . dan kemudian , aku akan mulakan langkah pertamaku . Insyallah , ada rezeki aku adalah di U untuk Ijazah pulak . mudah mudahan C=


"hanya diri kita yang berhak dan mampu mewarnakan kisah hidup sendiri"

No comments: