kedai pertama kami serbu is MUAZ Textile . aku paling suka tempat ni sebab dia murah , to je . kalau ke Sogo to memang tak mungkinlah aku jadi peminat tegar untuk berbelanja disito , hehe . cuma satu , bab warna di MUAZ memang aku akui agak susah sikitlah nak cari warna yang diinginkan . tadi pun aku ternampak skirt labuh cantik tapi warna putih . sayang ~
then pencarian utama kami tertumpu pada tudung bawal . oke , ini first time aku beli tudung bawal . then I was like .. biar betul harganya cecah RM25 ?? haha , orang pertama kali shopping tudung bawal memang macamni ! =D sebelum pakai shawl , aku memang pakai tudung bawal tapi semuanya nenek jiran aku dulu punya anak meniaga tudung di Kelantan yang bagi . sebab itulah aku tak pernah tahu-menahu soal harga tudung bawal , kehkeh .
kemudian ke Hypershoe untuk cari kasut sekolah . dan pastinya bukan untuk aku lagi , ahah . paling best kakak Hypershoe to tanya ibu ,
"ehh muat ke kak 32 ni ? sebab ni saiz budak-budak tadika . kecik sangat untuk adik ni (iaitu aku)"
aku pun menjawab ,
"ini untuk adik saudara , kak . saya memang takkan pernah muatlah kan ?"
aku pun senyum sampai ke telingalah . ahahah ! selesai berbelanja , makan di KFC lalu pulang C=
muka PUAS shopping >_<
**abaikan.
#aku nak upload gambar sangat pun takda si penangkap tadi , kihkihkih !
No comments:
Post a Comment