bila sekolah sudah bermula .
post kali ini bukanlah mahu bercerita alkisah hari persekolahan yang sudah pun bermula . atau mengenai homework seperti diatas ito . dan pastinya juga bukan pasal stress . aku sengaja ingin mengajak kalian semua untuk mencuba kuiz dibawah ini . kuiz dibawah ini akan menunjukkan jika kalian mampu atau tidak menerima suatu penolakan itu secara positif ataupun sebaliknya . ayuh cuba !
1. Kamu adalah salah seorang calon Ketua Pelajar . Menjelang pilihan raya , apa yang akan kamu lakukan ?
a) tak perlu lakukan apa-apa sebab kamu seorang yang berkeyakinan tinggi . hanya perlu memujuk kengkawan untuk mengundi kamu .
b) kamu akan rajin berlatih bercakap dihadapan cermin dan banyak membaca buku .
c) pasrah . just wait and see .
2. Ketika pasangan kamu berubah sikap & mula tidak menelefon atau sms , apa yang ada di minda kamu ?
a) "oh , mungkin dia dah menolak aku! aku kena balas ni!'
b) "tiada masalah! kumbang bukan seekor/bunga bukan sekuntum"
c) "hmm .. apalah salah aku agaknya ?"
3. Ibubapa kalian enggan membelikan kalian telefon Blackberry yang kalian idam-idamkan . Your reaction ?
a) merajuk! tak mahu bercakap sampai kamu dibelikan telefon to .
b) mula menabung .
c) "dah tanak beli .. handphone lama la nampaknya"
4. Idea yang kalian pikirkan setelah sekian lama akhirnya ditolak oleh ketua kalian . Sebaliknya idea teman baik kamu yang diterima pula sebab ideanya lebih baik . Your reaction ?
a) "bagus sangat ke idea dia? membodek lah to!"
b) "ok jugak ideanya! kenapa aku tak terfikir tentang ito"
c) "aduh! susah ni bersaing dengan orang lagi kreatif"
5. Kamu belanja kawan kamu ke suatu taman tema . Tapi kawan kamu takut untuk mencuba permainan lasak yang ada disitu . Perasaan kamu ?
a) "menyesal ajak dia ni! buang duit aku je"
b) "hmm .. tanak sudah" main sendiri pun takpe .
c) agak kecewa . tapi, takpelah kalau dah dia tanak .
6. Pasangan kalian lebih memilih untuk keluar bersama rakan-rakannya berbanding menemani kamu ke majlis reunion . Jadi kamu .. ?
a) benci terus kawan dia ! semua berpunca daripada mereka .
b) izinkan dia pergi bersama teman-temannya dengan syarat membawa cenderamata buat kamu .
c) luahkan perasaan di blog . dia tak sayang kamu lagi .
7. Kamu mendapati anak jiran sebelah rumah kekasihmu meminati pasangan kamu ito . Tindakan kamu ?
a) sering mundar-mundir dirumah kekasih kamu ito supaya jirannya tahu kamu adalah kekasihnya .
b) suruh pasangan kamu segera berpindah ! bimbang makin dilayan nanti .
c) kamu beri amaran kepada jirannya supaya tidak cuba untuk mendekati pasangan kamu ito .
mari kita lihat kemampuan kalian dalam menerima penolakan :
Majoriti A
"kamu tolak saya , saya tolak kamu balik !"
haha . ini bererti kalian ni paling sukar untuk menerima sebarang penolakan ! ini mungkin kerana kamu sering dimanjakan terutamanya oleh keluarga . dalam hal tertentu memang kalian agak sukar untuk menerima penolakan namun ia mungkin juga sesuatu yang positf buat diri kalian . kalian akan lebih terdorong untuk terus mendapatkan sesuatu yang memang kalian inginkan . tapi , kalau penolakan ito diambil serius kalian boleh menjadi seorang pendendam ! hati-hati .
Majoriti B
"tolak lah .. ada aku kisah ?"
bergembiralah kerana kalian adalah seorang yang mampu menerima sebarang penolakan . jika sesuatu yang berlaku tidak seperti yang kalian harapkan , kalian dengan lapang dada menerimanya . bahkan , boleh menerima dengan positif ! sebab bagi kalian apabila ditolak , tak bermaknalah dunia sudah berakhir . malah kamu akan lebih bersemangat untuk mencuba mendapatkan sesuatu yang lebih baik . watlek sajalah !
Majoriti C
pasrah .. sob sob ..
walaupun kalian boleh menerima penolakan namun kalian cenderung untuk menghindarinya sebelum berhadapan dengannya . akhirnya sikap pasrah kalian 'tak segan' untuk membuli diri kamu sendiri . so from now on , berusaha dulu untuk berhadapan dengan situasi ini . takda guna kalau kalian terus menghindar atau bersembunyi daripada kenyataan . siapa tahu kalian ada potensi diri untuk berhadapan dengan situasi penolak ini . tak cuba tak tahu !
so , macamana ? kena tidak dengan diri sebenar kalian ? aku dah try tadi . guesslah aku dapat yang mana . kihkih ! anyway , terima kasih atas masa yang sudi diluangkan untuk kuiz ini . ingat ya , kita cuma nak suka-suka . jangan dianggap serius pulak . have fun guys !