Thursday, May 31

Sunday, May 27

Aerobicthon, Hari Belia Negara '12

tika aku menaip entry ni , badan aku masih dalam kepenatan yang teramat sangat penatnya . fuhhh ~ mana tidak nya , erobik selama 2jam lebih TANPA HENTI . ya ! aku tak bohong juga tipu , memang 2jam lebih tanpa henti . sekarang kaki dah lenguh lenguh . di tambah lagi lemak di badan yang sudah sekian lama tidak dibakar , makin lemak lah nak berjoget mengalahkan Agnes Monica juga Stacy . wahh ! berangan aku . hahah . lainlah kalau tarian tradisional tu memang aku ni sebaris lah dengan Kak Ani (Noraniza Idris) =p


tak mahu ngarut banyak , aku terjemahkan segala rasa yang di rasa sepanjang di Putrajaya melalui gambar . yeayy !


ini terbuka 18 tahun ke bawah . dalam group .
aku takda dalam kalangan budakbudak ni . tosah carik ! =P

mengharapkan tuah dari nombor plat .
kekeke .

terus ke sesi erobiknya .
tapi kami dah tak larat . second last song , give up !


kerja wajib .
*macam tak biasa pulak ! ahah =D

sesi penyampaian hadiah .
069 (aku) tak menang , siapa suruh tarik diri kann =P

bola dan kami bagai irama tak berlagu kan .

ha haa tengok ni . kitew jumpa orang Jepun tau !
#retis lagi tu . hikk .

oleh sebab kaki capek nak tawaf satu Putrajaya tu ,
jadi , mari pulang !

kepada Kak Natrah , Happy Birthday to you ! enjoy part akak . pinggul diangkat , cha cha chaaa ~ =D part boxing tu pun best ! rasa hebaq pulak main tumbuk-tendang-siku nih . nasib tak kena orang depan tu , muehehe .


** tak dapat beli sport shoe baru T_T

Thursday, May 24

my new Bum-Bee

aku menemui dia minggu lepas pada asalnya . namun , ketika itu aku masih tak punya keinginan mahu memilikinya . aku sekadar melihat rupa bentuknya yang boleh tahan comel (warnanya ito) pada aku . 'Ya , boleh tahan', aku sekadar bermonolog . melihat saja pada harganya memang ia mampu milik . paparan skrinnya saja pasti mampu memuaskan nafsu aku tika bergambar (aku dan kamera diibarat bagai irama dan lagu =p) . jadi aku puas hati lah soalnya .


tenung punya tenung , rasanya aku sudah berkenan pulak . "Ibu , kakak nak ini lah !". akhirnya aku bersuara juga . melepaskan apa yang belum dipendam . tanpa segan-silu-penuh-hemah ibu pun menjawab, "Lain kali lah , kak . Beli barang penting dulu . Jom !". hukhuk . aku kecewa . permintaan aku ditolak lagi soal keperluan aku yang satu ini .


tak lama kemudian (iaitu kelmarin) .


sedang hendak menunaikan solat Maghrib berjemaah , ibu secara tiba tiba ,"Kakak nak beli handphone baru tak ?". aku kaget . dalam diam sudah tentu inilah saat yang ditunggu tunggu . tanpa segan silunya tak mahu berlengah aku pun menjawab ,"Mestilah nak ! Bateri Sony tu dah tak dapat diselamatkan . Tak sanggup pulak kakak nak menukarnya dengan yang baru . Banyak jasanya pada akak selama ni", jawabku dengan muka habis simpati . "Tapi , kalau rezeki sudah di depan mata , takkan kakak nak menolak kan , bu ", terusku lagi sambil muka kiut tahap kesembilan belas aku tayang pada ibu tercinta . tak lupa pada bola mata aku yang coklat ini , ia turut bercahaya tanda kebahagiaan telah diraih akhirnya . cetttt ! hiperbola melampau ! menipu belaka .


akhirnya , kini dia sudah menjadi milikku . pada asalnya , Galaxy Y itu menjadi pilihan . jenis Android paling murah pada aku . fikir punya fikir , Bum-Bee (Bumble Bee) juga yang aku pilih . banyak juga sebabnya kenapa BumBee dan tidak Xy Young (sedap hati aku bagi nama timangan =D) . pilihan antara kehendak dan keperluan nanti . sangat matang aku rasa tika itu . woaa konon . kekeke . paling mustahak , bila telefon berbunyi saja tak usah lah aku terkebil kebil mencari charger lagi =p


"Yang penting kita boleh berhubung kan ?" :>

Tuesday, May 22

jiwa baru

aku mahu terbang jauh
biar rasa iktikad menguasai jiwa
agar terus mara .
helaian lalu akan ku koyak
pahit itu akan ku telan
enggan untuk terus berkisar tentangnya
aku bawa semangat serta cita cita baru
kerna yang penting bagiku
adalah kesenangan keluarga tercinta .
tentang aku ,
usah kau kisah lagi
simpati itu jangan ditunjuk
aku mungkin meluat melihatnya .
pendirian aku masih sama
kau jatuhkan aku hari ini
aku bangkit lagi hari esok
hidup aku bukan hanya untuk air mata .
jatuh itu mendekatkan aku dengan-Nya
moga Dia selalu kuatkan imanku
dalam memberi pertimbangan 
kelak berhadapan dengan si durjana .
Insha'Allah .

aku mahu merasa ini lagi .

Sunday, May 20

kekasih hati

hujan telah turun membasahi bumi
wajah kecewa itu comel bagiku
niat dihatinya mahu berpeleseran
ya ! sudah tentu aku tahu
riak wajahnya saja cukup menggambarkan isihati.
dia duduk
hampa isihati
matanya mulai kuyu
dibawa perasaan itu bersama mimpi
aku memandang lalu tersenyum.
hampir sepuluh bulan bersama
sudah besar sudah dia
dahulunya garang mencakar
kini , manjanya hanya mahu pada aku.
bangun pagi dia akan dicari dulu
sedang apakah ?
sudah makankah ?
bagai menatang minyak yang penuh
dia dijaga aku
namun ya , dia ku anggap yang tersayang.
andai aku pergi
pasti pintu kamar itu ditunggunya lagi
mengharap wajah itu muncul
lalu melayaninya seperti dulu.
makin dewasa dia makin manja
buat dia terus disayangi aku .


Tuesday, May 15

teka teki

Usah takut dan juga gugup,
Belajarlah dengan bersungguh hati,
Ia ada kita pun hidup,
Di mana letaknya tak dapat cari.

pembayang : ada 2 vokal .


Bintang bertabur diruang angkasa,
Bergemerlapan ia di mana-mana,
Tanpa daun, akar dan bunga,
Apakah tumbuhannya wahai saudara ?

pembayang : punya alam sendiri kini .


kalian tahu jawapannya? ha teka teka . jangan segan dan jangan silu . buku teka teki darjah 3 dulu baru aku jumpa . jadi eksaited nak main teka teki lah sekarang =p

Saturday, May 12

penemuan aku

sekali lagi aku adakan #Bersih dirumah . sebelum ni dalam laci saja yang habis ditunggang-terbalikkan . sampai rosak dah laci tu aku buat . nasib ayah tolong betulkan balik , hihihi . tempat utama kali ini , stor ! tempat buku buku lama yang dah berkurun lamanya tersimpan . akhirnya dengan hasil titik peluh aku , aku berjaya temui artifak artifak lama yang pernah membawa kepada zaman kegemilangan aku dahulu .


tandatangan yang tak seberapa nak ditandatangani
oleh para #retis 1 Ehsan 2005 ='D


pandailah dia melukis kan kann . *ya ya aku tahu ! HAHA =p


see see , pakcik Boboi ni pun turun padang tau .

awww ! =DD

yang ini kelakar . baca saja sendiri . HAHAHA !!

buku Biodata dari 2006 - 2009  

special from Mymie ='D


para #retis di harihari ku ❤ ❤

cilok dari Kerja Kursus adik .
muda mudi kami sekeluarga 


tengok pakcik to , lenanya dia tidur .
penat sangat ke ? tolong tengok je pun --'


* psst ! sweetdreams ^^

Friday, May 11

selamat datang cinta #3

       "Bunga dah minta penjelasan aku sebelum ni , dan aku dah pun berikan padanya . Apa lagi sekarang ini Sofi ?", tanya Zariff kepada Sofi . Suaranya serius . Dia masih bingung dengan pendirian Sofi .


"Aku nak kau tarik balik kata-kata kau pada dia tempoh hari . Kita berdua tahu kan semua tu tak betul . Kita kawan baik dari dulu lagi . Tak akan ada yang mengubahnya , Zariff". Jawab Sofi tegas .


"Ya . Itu kata engkau . Kau sendiri yang mahukan tu . Bukan aku , Sofi . Aku tahu apa yang aku mahu" Ujar Zariff yang makin mendekati Sofi .


"Tak , kau tak tahu . Kau cuma keliru dengan keadaan kita . Selama ni kita berdua okay je kan ? Aku tahu kau boleh sedar balik . Mungkin masa akan tunjukkan kebenaran pada kau tentang perasaan sebenar kita".


"Sofi . Aku kenal kau . Kau mungkin boleh sembunyikan apa yang engkau rasa daripada orang lain . Tapi bukan aku , Sofi ." Ujar Zariff lembut sambil memegang kedua-dua belah lengan Sofi . Mata mereka bertemu . "Can you just be honest with yourself for once , Sofi . Please ..", pinta Zariff lembut . 'Zariff ..' Akhirnya Sofi menunduk . Tak sanggup dia . Mata Zariff bagai mengasak dia untuk berkata jujur . Dia tahu sukar untuk dia membohongi seorang sahabat yang hampir lapan tahun memahami sifat dia selama ini . Tapi untuk jujur , Sofi terlalu takut dan masih keliru dengan tindakan yang sepatutnya dia lakukan . Pegangan tadi dileraikan . Sofi membelakangi Zariff . Matanya ditutup rapat . Kenapa perlu sesukar ini hubungan mereka . Perasaan mereka .


"Sofi , aku tahu pendirian kau macam mana . Macam inilah . Kita jumpa lagi lepas empat tahun . Aku dah dapat scholarship tu , jadi aku pilih untuk sambung study di overseas . Andai perasaan kau sama dengan aku selepas tu , aku akan tuntut balik . Andai tidak , kau boleh terus dengan pendirian engkau . Aku akur". Jantung Sofi berdegup laju . Benarkah apa yang dia dengarkan tadi ? Badannya seperti tak terdaya untuk menerima khabar yang disampaikan Zariff . Digelengnya kepala . Ketika dia mencuba untuk menoleh , bayangan Zariff dah pun hilang dari pandangan mata . 'Semudah itu ? Kenapa kau tak sungguh-sungguh menyakinkan aku dulu ? Perlu ke kita sampai berpisah , Zariff ?' . Sofi terduduk . Dia tidak menyangka hal ini boleh jadi sehingga rumit begini . Airmatanya tiba-tiba jatuh . Dibiarkan saja ia mengalir . Dia kecewa .


* * * * *


Beberapa tahun kemudian ..


Bunga kembali ke pejabat untuk mengambil fail tentang projek shopping mallnya itu . Mengomel sendirian dia . Tak sepatutnya dia boleh tertinggal fail sulit ini di atas mejanya begitu saja . Dari dalam kereta hinggalah ke pejabat tak henti-henti dia mengomel . Geram dengan sifat pelupanya itu . Masuk semula dia ke dalam kereta . Segera dihidupkan enjin . Dia perlu berjumpa dengan klien dalam masa setengah jam saja lagi . Akibat tidak melihat cermin sisi kiri , tiba-tiba keretanya berlanggar dengan sebuah kereta lain . Segera dia menekan brek . Lalu dia keluar dari kereta untuk melihat keadaan keretanya . Arghh ! Kemek teruk pintu penumpang depan keretanya . Berlalu dia ke arah kereta yang berlanggar tadi . Alangkah terkejutnya dia melihat pemandu yang keluar itu adalah Zariff , mantannya . Zariff tersenyum ke arahnya .

* * * * *


"Bunga cuma minta kakak sekeluarga bersedia untuk terima tetamu istimewa je esok , okay ? See you tomorrowBye kak !" Girang sungguh suara Bunga di hujung talian . Sofi teragak-agak apa pula yang dirancang si Bunga kali ini . Tersenyum dia mengingati gelagat Bunga tadi .

Seawal pagi Jumaat itu , kelibat Bunga yang rajin mengemas rumah keluarga Zakaria sudah pun kelihatan . Walaupun mereka masih tidak mengerti niat sebenar Bunga , Sofi sekeluarga melakukan saja mengikut kehendak Bunga . Barangkali keluarga Bunga dari Singapura yang datang . Mahu menjenguk anak perempuan mereka yang dititip ke rumah keluarga Sofi . Namun Bunga mahu terus mandiri kerana itu dia menyewa di pangsapuri berdekatan tempat kerjanya . Juga yang tidak terlalu jauh dengan rumah keluarga Sofi .

Selepas kejadian antara mereka bertiga itu , Sofi segera menjejaki Bunga kerana dia tahu Bunga yang tinggal bersendirian dan agak membimbangkan jika dia terus ditinggalkan ditambah lagi dengan situasi emosi Bunga ketika itu . Kini segalanya kembali jernih antara mereka berdua . Mengharap agar Bunga terus kekal menjadi adik kesayangannya .


Akhirnya tepat jam 11 pagi , tetamu istimewa yang dimaksudkan Bunga telah tiba diperkarangan rumah keluarga Encik Zakaria . Hati Sofi yang tenang tadi tiba-tiba berdegup laju . 'Eyy , kenapa aku pulak yang tiba-tiba berdebar ni ?'. Berkali-kali dia mengusap dadanya . "Kak , apa kata kita ke belakang saja dulu ?" Saranan Bunga . Sofi hanya mengikut kerana dia sendiri cemas .


"Ya Allah !" Suara Puan Salmiah kedengaran dulu . Sepertinya dia cam seorang lelaki muda yang tinggi lampai itu . Zariff memberi salam lalu dia memeluk ibu Sofi . Rindu benar dia pada wanita yang sudah dianggap seperti ibunya juga itu . Encik Zakaria mempelawa keluarga Zariff untuk duduk dan menjamah sedikit kuih muih yang sudah terhidang di ruang tamu .


"Memandangkan kita sudah lama kenal , biarlah saya terus ke tujuan utama kita hari ini ." Ayah Zariff memulakan bicara . Encik Zakaria dan Puan Salmiah hanya mengangguk setuju . "Beginilah Zakaria , Sal . Zariff ni baru seminggu saja balik dari overseas , tapi terus dia nak jumpa Sofi dulu . Mahu dituntut sesuatu katanya . Ala , janji anak-anak kita dulu mungkin . Ha , Zariff . Cakaplah apa yang kamu mahu katakan pada mereka ".


"Ibu , Ayah ." Lembut saja suara Zariff . Dia kelihatan tenang menyebut panggilan yang dah dibiasakan dari dulu lagi dengan keluarga Sofi . "Sebenarnya Riff ke luar negara cuma alasan untuk memberi ruang pada Sofi dulu . Kalau boleh , Riff sendiri tak nak berpisah lama dengan dia . Tapi andai ini saja caranya Riff boleh dapatkan jawapan daripada Sofi , Riff sanggup . Riff masih sayangkan Sofiya , Ibu Sal . Perasaan ini tak pernah berubah dari kami kenal sampailah sekarang ." Ibu Sofi yang melihat cara pertuturan Zariff seolah-olah melihat Zariff yang sudah dewasa sekarang . Gembira dia mendengar kata-kata Zariff tadi .


"Ibu tahu tu . Sofi pun dah lama tunggu kamu . Dulu memang membebel tak sudah dia bila kamu tinggalkan dia macam tu saja . Ibu pasti perasaan dia sekarang sama dengan kamu , Zariff". Tersenyum Salmiah mengakhiri kata . Sofi yang dari tadi di belakang hanya duduk termangu mendengar . Dia cukup kenal suara-suara itu . Dan salah satunya ialah suara yang paling dirindui . Sedikit sebak dihatinya . Andai benar tangkapan telinganya , ya itu mesti Zariff ! Bunga yang dari tadi melihat segera memeluk . "Abang dah datang tu", bisiknya pada Sofi . Sofi tersenyum . Pinggang Bunga terasa seperti ingin dicubit . Segera ditepis Bunga . Mereka tertawa . Akhirnya Bunga menyuruh Sofi agar keluar ke depan berjumpa Zariff . Sofi mengangguk .


Melihat saja tubuh badan yang muncul itu , Zariff segera berdiri . Rindu sekali pada wajah yang telah lama tidak ditatap itu . Sofi memberikan senyuman pada Zariff . Airmatanya seperti mahu mengalir . Dihampiri Zariff lalu diseka titisan airmata yang telah jatuh . "Maafkan aku sebab tinggalkan kau dulu . Aku janji lepas kita kahwin aku akan selalu berkepit dengan kau ". Ujar Zariff yang cuba berseloroh menenangkan Sofi sambil mengangkat tangan kanannya tanda ikrarnya tadi . Tertawa Sofi mendengar .


"Siapa nak kahwin dengan dia , perasannya". Suara merajuknya keluar . Dia berpaling .


"Tak nak lah ni ya ? Saya merajuk lagi karang", Zariff seakan mengugut . Muka Sofi berubah . Bercekak pinggang dia . Mahu saja ditengkingnya lelaki ni . Gediklah ! Sofi mengangguk beberapa kali tanda menjawab soalan Zariff yang tadi . Mereka tertawa . Dia tahu , dia sudah mendapatkan jawapan yang sama hari ini . Tangan kanan Sofi digenggam erat .



"Ada cinta dalam persahabatan itu" - Kuch Kuch Hota Hai .

T A M A T

Thursday, May 10

selamat datang cinta #2

       Zariff memecut laju kereta Myvi hitam miliknya . Tak keruan dia setelah mendengar berita kemalangan Sofi tadi . Apa yang ada dikepala cuma mahu melihat keadaan teman baiknya itu saja . Bagaimana kemalangan itu berlaku juga dia tidak mahu tahu . Yang penting keadaan Sofi . Hairan . Dia masih hairan . Kenapa Bunga jumpa Sofi ? Apa yang dibahaskan sampai boleh terjadi kemalangan . 'Kalau dia masih tak boleh terima jawapan aku , kenapa mesti sampai jumpa Sofi '. Keluhan berat dilepaskan . Digenggam erat stereng kereta . Seperti tak selesa saja duduk tiba-tiba . Mula rasa tidak puas hati dia pada Bunga .


Setibanya saja di hospital , Zariff segera bertanyakan pesakit yang bernama Sofiya Zakaria kepada petugas hospital . Setelah tahu dimana biliknya , dia berlalu pergi .


"Kenapa Bunga jumpa Sofi ?" Tanya Zariff yang muncul tanpa mempedulikan keadaan Bunga yang duduk kaku menggenggam telefon pintarnya dari tadi . Bunga berdiri . Dia hanya mampu membisu . Tidak tahu mahu diceritakan apa pada Zariff . 'Abang Zariff mesti benci aku', kata hatinya . Dia mula kepingin menangis lagi . Dia tak tega lagi untuk berdebat soal ini setelah puas kelmarin mereka berdua berada lama dalam keadaan yang cukup tegang .


"Abang tanya ni , kenapa Bunga jumpa Sofi tadi ? Sampai boleh accident ni kenapa ? Apa yang Bunga fikirkan sebenarnya ni ha ?!" Bunga kaget . Kaget dengan sifat Zariff . Selama enam bulan mereka bersama tidak pernah sesekali Zariff mencuba untuk memarahi dia . Apatahlagi meninggikan suara seperti sekarang ini . Zariff menunduk . Dia kesal dengan tindakannya tadi . Bunga beranggapan Zariff betul-betul sudah berubah . Bunga menggeleng . Seakan sukar untuk dia percaya Zariff yang dihadapan ini berbeza dengan Zariff yang dulu . Tak , dia tak sanggup untuk berhadapan dengan Zariff lagi . Dengan semua orang . Pasti dia yang akan disalahkan . Dia benci . Dia benci dengan semua ni . Bunga berlari . Menepis tubuh Zariff yang berada dihadapannya .


"Bunga ! Bunga , abang minta maaf . Bungaaa ! ". Zariff enggan untuk terus mengejar Bunga . Dilihatnya saja dari belakang . Cukup rasanya dia meluahkan kesemuanya seperti yang diminta Bunga sendiri kelmarin . Biarlah . Bunga perlu bersendirian juga . Sekarang dia perlu melihat keadaan Sofi .


Dari muka pintu bilik , kelihatan Sofi baru saja selesai tangan kanannya dibalut oleh misi . Hati Zariff lega sedikit . "Ehh Riff ! Kenapa muka tu macam kena kejar hantu je ? Haha .." belum saja Sofi sempat gelak besar , Zariff terus meluru memeluknya . "Riff .." Tergaman Sofi . "Aku lega kau masih hidup lagi" bisik Zariff . "Ehh kau ! Agak-agak lah . Nak sangat ke aku pergi ?" Terasa lemas Sofi dibuatnya . Geram juga ada . Minta dilepaskan . "Kalau kau nak pergi , minta izin aku dulu . Kalau tak , aku tak akan lepaskan engkau !"


'Ahh ! Mengada juga lelaki ni . Nasib aku sakit , kalau tidak aku tengking dia jugak sekarang', keluh hatinya melihat gelagat Zariff yang menjengkelkan .


"Terima kasih sebab kau selamat , Sofi". Ucapan itu keluar juga dari mulut Zariff . Tersenyum mereka berdua . Bersyukur . Jauh di sudut hati Sofi , dia cukup gembira melihat Zariff di sisi . Matanya ditutup . Mahu merasai kebahagiaan itu walaupun hanya seketika .


* * * * *

Tuesday, May 8

selamat datang cinta #1


       Coolblog yang masih tidak disentuh Sofi mulai mencair di atas meja bulat di rumahnya . Tenungannya berjalan ke kiri dan ke kanan saja dari tadi . Antara perasaan sendiri dan orang sekeliling . Fikirannya terus terganggu . Terganggu dengan kata-kata Zariff semalam . Masih tidak punya jawapan yang ampuh untuk membidas kata-kata Zariff . Atau mungkin , hati dia saja yang enggan memberi apa-apa reaksi sebab terlalu risaukan kesan yang bakal meninggalkan parut dalam .

'Ini bukan tentang aku dan Zariff sahaja . Ini juga melibatkan perasaan Bunga' , bisik hatinya .

* * * * *

Pintu butik dibuka . Dihirupnya udara pagi . Mata terpejam . Senyumannya terhidang seketika . Hati Sofi ceria semacam hari ini . 'Mungkin ini petanda pelanggan akan ramai nanti !' fikirnya .

Segera dikemaskan butiknya itu . Butik Salmiah , milik ibundanya . Orang tuanya perlu menguruskan passport mereka sekeluarga hari ini . Jadi dia yang akan mengurus butik berbekalkan ilmu perniagaan yang ada hampir dua tahun pengajian . Cuti semester kali ini betul-betul dimanfaati . Agenda untuk keluar makan angin dengan rakan-rakan U juga dibatalin . Tak mengapa . Mungkin ada hikmah disebaliknya . Menyedapkan kotak hati sendiri .

Sedang Sofi tekun mencongak modal , tiba-tiba loceng pintu masuk kedengaran . Sofi segera bangun dari bangku kaunter . Anak mata mencari-cari siapa yang datang itu .

"Eh Bunga !", disambut Sofi dengan senyuman lalu dihulurkan tangan tanda salam .

"Ya kak . Minta maaf datang pagi ni ." Salam tadi disambut . Muka Bunga pucat . Macam ada sesuatu yang tak kena . Sofi berkira-kira agaknya apa yang membuat Bunga untuk ke butik seawal 10 pagi ini . Nak beli tudung rasanya macam tidak sama sekali .

"Ada apa-apa yang boleh akak tolong ? Muka Bunga pucat . Bunga tak sihat ke ? Ke si Zariff . Dia kacau Bunga lagi ye ? Memang nak kenalah budak ni !" Sofi cuba berseloroh . Tapi langsung tak diendah . 'Ehh ! Aku salah cakap ke ?', fikir Sofi . Bunga berlalu ke hadapan . Sofi bingung . Sofi sekadar membuntut .

"Kak , Bunga tahu kak Sofi dengan abang Riff memang kawan baik dari dulu lagi . Tak sepatutnya ada perasaan cemburu atau iri tentang kakak . Bunga dah pun cuba untuk masuk ke dalam dunia abang Riff juga . Tapi makin lama Bunga desak untuk masuk , apa yang Bunga dapat hanyalah luka , kak ." Airmata Bunga mula bergenang . Sofi yang mendengar dari tadi hanya berdiri berpeluk tubuh . Keliru mungkin .

"Erm , akak tak faham"

"Akak tahu kan kalau sebenarnya abang Zariff sukakan kakak ? Akak tahukan ?" Mata Sofiya terbuka besar lagi . Katakan apa yang dia dengar tadi hanyalah gurauan . Tak mungkin soal ini lagi . Bentak hatinya . Sungguh dia tak suka . Matanya mahu saja ditutup rapat-rapat .

"Bunga . Dengar kata kakak ." Segera dipegang erat bahu Bunga yang bertubuh kecil tapi berisi sedikit itu . "Bunga kena percaya Zariff . Zariff sayangkan Bunga . Bayangkan kalau Zariff tahu Bunga percaya cerita-cerita orang ni mesti kecewa dia , dik . Lagipun tak semudah tu dia boleh berubah . Akak kenal Zariff . Bunga kena percaya juga kata hati Bunga . Jangan terus percaya cakap-cakap orang semudah tu ..." Belum sempat Sofiya menghabiskan ayatnya , Bunga segera memotong .

"Dan sebab Bunga percaya kata hati Bunga lah , Bunga tahu kalau abang Riff dah berubah perasaan kak ! Dia dah berubah . Dia sedar kalau orang yang dia rindukan tu bukan Bunga tapi kakak ! Tapi kakak .. kakak tahu tak ?!" Pegangan tadi ditolak dengan kasar . "Iya , dulu memang cuma cakap-cakap orang . Mereka tak tahu hal sebenar . Tapi sekarang ni Bunga sendiri yang alami . Perangai abang memang dah berubah sejak akak cuba mengelak daripada terus ada dengan abang . Sepatutnya kami berdua boleh je meluangkan masa bersama tapi tak untuk sekarang kak . Dia cuma risaukan kakak , ke hulur ke hilir cari kakak and Bunga ni macam tunggul je kak tunggu dia". Sofi seperti hilang punca untuk berkata-kata . Kaget . Tangisan Bunga mula memecah suasana tegang di butik .

Bunga segera berlari keluar dari butik . Tak menyangka dia boleh berkata-kata sebegitu . Jauh disudut hati , dia tak mahu . Tapi perasaannya tak terdaya lagi , bagai diasak . Menanggung sendirian rasa tidak adil ini . Dia tak minta untuk jadi orang ketiga andai benar Zariff memang milik Sofi walaupun kini mereka adalah sahabat . Dia mahu pergi . Ya , pergi . Mula mencari-cari kunci kereta Kelisa-nya di dalam beg yang dipegang . Dirinya mahu saja pergi sejauh yang mungkin dari sini . Tiba-tiba tangan kirinya direntap Sofi dari belakang . Terhenti perlakuannya yang tadi .


"Bunga , kita boleh bawa berbincang lagi . Bunga tengah emosi ni . Kita duduk kat dalam dulu ye ?" ujar Sofi lembut . Bunga menggeleng-geleng .


"Tak . Bunga tak nak dengar apa-apa dah . Bunga nak pergi dari sini . Tak ada siapa pedulikan perasaan Bunga" . Sungguh-sungguh dia mahu dilepaskan .


"Bunga .. Bunga sabar Bunga . Akak faham perasaan Bunga . Tapi Bunga tak boleh macam ni ."


"Tak ! Kak Sofi tak faham ! Kalau kakak faham , dah lama kakak tinggalkan abang Zariff ! Terus tak muncul lagi !" Jeritan Bunga buat dia lagi berkeras agar dia tidak disentuh . Tangan Sofi yang memegang tadi terlepas dari pegangan Bunga . Sebuah Pajero Sport yang kebetulan meluru ke jalan mereka terus melanggar kanan Sofi kerana tidak sempat untuk mengelak . Sofi terus terjatuh ke jalan . Kelihatan darah di anggota Sofi. Bunga buntu melihat Sofi . Airmatanya semakin deras membasahi pipi . Beg yang tadi dipegang dipeluknya erat-erat . Tak , tak mungkin . Tak mungkin ! Dia takut . Takut sekali .


* * * * *

Thursday, May 3

sambung lagi

sikit je lagi . sikit je .
aku dah nak habis dah ni .
tak sabar nak habiskan .
betapa sungguh sungguhnya aku kali ini .
lama tak rasa feeling ni . membantu .
chaiyok chaiyokk !


moga selamat dihadam . selamat juga menjadi daging .


# lama dah tak merasa gaya baca buku lepas buku terakhir aku baca Pengajian Am .
itupun sebab STPM dulu =P

Tuesday, May 1

target


andai yang disasar tidak mengena ,
aku dipaksa sediakan strategi lain .
pemikir aku kosong . tak punya apa apa kini .
hati aku masih dimanjakan . ahhh !
paksaan apa yang sesuai lagi kali ini ,
andai yang disasar tidak mengena .


# aturan langkah lagi berani ito perlu dicari .