Saturday, November 9

Sekarang Ini

sekarang ini sedang sibuk mem-busy-kan diri dengan kehidupan. rasanya sehingga hujung tahun akan busy. macam orang nak kahwin. tapi bukan itu. jangan terpedaya. hehe.

esok ada tournament bowling. telah disarankan agar membuat latihan bagi memantapkan lagi skill. namun setakat semalam, aku masih tak jalan jalan. masih takda latihan yang dibuat sebab sibuk sangat (sangat sibuk ke? muahaha). tak fikir apa, rasa cuaknya hanya pada 5 Games yang depa sibuk dok sebut sebut tu. tak tahu macamana rupa aku nanti. first game pun dah melayang, inikan pula 5. nantikan saja :D

bulan 12 bakal berlangsung Malam Gala. baru first year dah menyibuk jadi orang belakang. dah pesan pada diri awal awal, kononnya nak merasa first year-nya. enggan terlibat dengan apa apa. untuk jadi committee dah ku tolak perlawaan. tapi disebabkan kecintaan, aku jadi penari juga akhirnya. dalam kes ini, memang langsung tak boleh ditolak. menari dan aku bagai isi dengan kuku. even kena bising semalam dengan Fazz "Eh! Oh yang ini dia masuk, dikir dia taknak pulak" peace! yang penting korang dah Johan, Fazz. sudah cukup cukup sudah hehe. minggu ni dah start sibuk berlatih. diberitahu yang mereka bakal membuat Teater Muzikal (waduduhh). sama sama saksikan hasilnya nanti :)

dan bila bercerita tentang kehidupan ni, ditambah lagi aku yang dikerumuni mereka yang bakal/sudah/baru saja berstatus suami dan isteri, tak terlepas lah aku dengan berdas das soalan "Bila lagi?" "Takkanlah takda yang minat" "Tipulah takda boipreng", dan aku membalas dengan sempoi lagi cool, "Taknak boipreng, nak seorang suami terus!" ha amek kau :D buat masa ni, takda lagi komitmen untuk itu. mungkin dah terlalu happy with ma life, jadi aku senang untuk terus begini. ialah dah mitos mengatakan kehidupan bekerja ini lifeless-la-sangat (bagi yang bujang), jadi aku elakkan saja mana yang tidak berkenaan. ahakss!

walau bagaimanapun! kisah yang dicoretkan Dia buat kita, tak akan ada siapa yang dapat menjangka bukan? :)


Love what you do, Do what you love 
adios ! and take care people.

2 comments:

anamizu said...

aku pon selalu sgt kena soalan cepumas tuh.. geli ketiak aku nk mnjwbnye kehkehkeh



slm kenalan ;)

n u r e e c h a said...

hahahaha !

ya, salam pengenalan :)