Saturday, October 26

Bergaya Bersama ZALORA

sebagai seorang makhluk yang sangat gemarkan aktiviti ber-shopping, seharusnyalah kalian sama sama ikut serta untuk lebih tahu akan satu online shopping ini iaitu Zalora. tak perlu dicerita banyak, cukup saja kalian tahu yang Zalora adalah antara online shopping yang mampu buat korang semua teruja selain rambang mata melihat koleksi yang pelbagai rupa. bukan saja international brands tapi local brands pun lagi banyak beb. jangan tak caye. jom check it out!



lebih kurang 600 jenama yang merangkumi
pelbagai jenis pakaian, kasut, kosmetik, beg, sukan, dan aksesori.



terus menggodek saja hingga ketemu yang diidam,
lebih kurang 50 000 produk kat sini oke!

banyak lagi sebab kecintaan
korang kena discover jugak ! :D

bagi mereka yang baru saja mendaftar, korang sangat beruntung sebab korang akan automatically dapat baucer yang bernilai RM20. siapalah yang nak bagi RM20 free kan? dan, kalau bertuah lagi nasib korang, macamacam lagi baucer free akan korang dapat tau. yang penting JANGAN LUPA subscribe untuk newsletter Zalora. dari situ, korang akan terima pelbagai lagi offer yang menarik dan mungkin korang akan jadi mereka yang pertama untuk tahu apa stail fesyen terkini. gini ghupanya ;



bila dah godek godek tu, dah jumpa yang berkenan dihati janganlah lupa untuk semak dulu saiz sesuatu produk itu - pakaian dan kasut misalnya.


untuk makluman, saiz EU adalah sama dengan saiz MY (EU=MY)kalau teragak agak, lihat saja pada size chart (orange color). kalau masih was was lagi, boleh call saja nombor yang tertera disebelah itu (yang di-tick).

korang jangan risau jangan gabrah, dorang sangat peramah. dorang akan tolong korang punya. siap boleh gelak gelak lagi tau. hehe.


andai dah berkenan sangat, terus saja klik Add To Bag. tapi! kalau rasa nak-tapi-nanti-nanti-ajelah korang boleh klik Add To Wishlist. later on korang boleh purchase terus :)

setakat ni, ini saja. next post cek habaq kat korang untuk kes pemulangan barang pulak ye. kalau dah ada rasa nak beli tu, boleh singgah terus Zalora. dan ini baucar 15% untuk korang pulak. jangan lupa letak sebelum klik checkout.

ZBAP1Xw


Enjoy ! ;)

Tuesday, October 15

Yang Dusta, Pedulikan

bilang saja apa mahumu
keluarkan saja kata dustamu
biar satu semesta tahu sikapmu
enggan aku ambil tahu.

kamu bercakap sesuka hati,
menabur fitnah sesuka hati.
dengarkan seperkara ini
aku tak peduli.


Sunday, October 13

Happy Sunday !

cerahnya hari ini, cerah jugalah hati saya pada hari ini. ini kerja saya pada hari Ahad yang cerah ini.



one of my wishes telah ditunaikan dengan
adanya shawl halfmoon bercorak batik ini :)

LEBIH BAIK UNDI FIXI :D


thanks to PIXECT kerana mencantikkan gambar saya. ahakss!
Happy Sunday people ! ;)

Saturday, October 12

Bentuk Tiga Segi

'Saya akan setia disisi, bersama-sama walau susah atau senang.'

Ungkapan yang kerap kali muncul dikepalanya. Mengapa harus begini akibatnya? Salahkah dia ingin jatuh cinta. Tidak mampu mengawal kehendak hatinya. Dia hanya mahukan bahagia. Dan dia rasakan, gadis itu adalah yang terbaik untuknya.
- Shah

____________________

'Salahkah aku jika kini aku berada di puncak hidup? Apa saja sanggup aku lakukan. Walaupun aku terpaksa mempermainkan perasaan lelaki yang mampu memberikan aku segalanya, aku sanggup !'
- Nadia

____________________

"Walau siapa pun dia pada masa lalunya, tulus aku mencintainya saat ini. Walaupun perit menerima hakikat kini, dia hanya mahukan kemewahanku."
- Imran

____________________

Aku hanya ingin pastikan sahabatku layak menerima bahagia yang dipilih. Andai benar, gadis itu sungguh-sungguh mencintainya lebih daripada aku mencintai gadis itu.
- Shah
____________________

"Maafkan aku. Aku khilaf. Kerana terlalu mengejar harta dan kemewahan hidup, aku telah mensia-siakan erti kemewahan yang abadi."
- Nadia


Monday, October 7

Pesanan Hari Isnin

" Jangan hanya kerana kita dibezakan pangkat,
kita tidak boleh duduk semeja menikmati kopi di pagi hari "

" Jangan hanya kerana terlalu sibuk mencari perhatian orang lain,
kita mensia-siakan peluang "

- Dr A