sewaktu hingusan atau bahasa kiasnya, separa remaja dulu, tiap tiap hari Sabtu dan Ahad, aku akan senang hati melepak di rumah dengan menonton siri kartun kegemaran. pada hari Sabtu tepat jam 10:00 pagi aku akan pastikan tibi dibuka dan siaran siri Totally Spies dan Detective Conan pun bermula. begitu juga pada hari Ahad (lebih awal), siaran kartun Spongebob Squarepants tak pernah pula mengecewakan hati yang sering dilanda gundah gulana kerana perlu menyiapkan tugasan (homework) sebelum hari Isnin menyapa. nak dapatkan aura belajar kononnya.
tapi itu dulu ; sebagai budak separa remaja.
naik saja di sekolah atasan sebagai pelajar Tingkatan Enam, aku mula meminggirkan tibi. aura belajar tu nampaknya tak berhasil setelah melihat result SPM di tangan. walaupun sebenarnya tiada kaitan langsung dengan tibi, namun apakan daya? inginkan kebahagiaan, haruslah korbankan sesuatu. gittuw!
kini ; sebagai budak (ya, aku masih dianggap budak) separa dewasa.
tabiat meminggirkan tibi masih diteruskan dengan jayanya. sifat M mula menguasai diri (ditegaskan, hanya di malam hari saja. seperti sedia maklum, aku sangat bizi di siang hari) ditambah lagi dengan segerombolan tempat tidur (adanya bantal kepala, bantal peluk, beberapa buah bantal sampingan yang empuk lagi lembut juga selesa) yang dilihat mampu melemahkan nafsu. terus aku terkam. langsung tidak aku sia siakan walau sesaat.
dan, tibi 21 inci itu mula mencuka melihat hubungan manis aku bersama katil kesayangan.
apakan daya? aku tidak berniat ingin membelakangkan teman baikku sedari kecil itu yakni tibi. namun pabila usia makin meningkat dewasa, ditambah lagi dengan tanggungjawab yang mula disedari untuk digalas demi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, haruslah aku mengambil langkah awal agar tidak terus dibuai mimpi. tidak mahu sekadar menanam angan angan katanya. Aku Boleh! Malaysia Boleh! yeayyyy!
eh?
2 comments:
hidup tibi.
asal jangan lupa
bayar bil lektrik!
heh.
Post a Comment