Saturday, May 11

Aku Skandal

sejak azam mahu punya koleksi sekendel tertunai dulu, kemain menggila napsu aku ni sekarang tau. mereka yang dah aku kira sebagai pendamping setia aku setiap masa tak kira di mana berada walau dalam keadaan apa pun jua.


'eleh! masa Form 6 dulu bukan punyalah payah kau nak hadam kan?'
banyaklah kau punya alasan. sekeh kangg!'
- gerutu si hati kecil.

wait seminitlah brader. itu lain punya kes. jangan membandingkan sekendel aku dengan buku buku ilmiah itu. aku budak budak kot dulu. mana tahu fikir panjang. heh! =p

balik pada tujuan asal. kisah TER sejak dibayangi sekendel. memang tak sah kalau tengah syok dok layan tenet pun, karang website dorang jugak yang aku ter-bukak. kalau sedang berjimba tu, sempat lagi tu secara tetiba boleh pulak ter-lalu kat MPH ka Popular ka (dan yang sejenis dengannya), tak sah kalau aku tak jejak kaki ke dalam. keinginan untuk memiliki tubuh mereka tak dapat dibendung. mata meliar ke sekeliling. lalu dikecilkan sedikit mata bundar itu, terkam saja pada mereka yang berani pamer diri pada aku. dan kau milikkuu! hakhakhak *evil laugh.

sebelum merepek lebih. untuk makluman, sekendel aku ni berupa buku ye. engko jangan pikir negatip pulak. tak baikk!

sambung.

sebab dah sayang, dengan hati yang senang, satu tempat khas buat pendamping kiri kanan dah aku sediakan. muat muat saja buat masa ini. kalau nanti dah berlambak, dalam rumah ni pun tak tahu mana nak selit, kita tempah satu muzium khas pulak ea? buat tatapan orang ramai. sama sama kita kongsi ilmu. sharing is caring maa. hehe.



aku ingat nak beli rak kecil, tapi memandangkan bilik aku dah sendat sangat, aku kira kotak ni pun boleh lah. asal semuanya tersusun rapi. tak selerak. mampu aku sumbat semua pendamping. yelah, aku nak guling guling dengan depa pun karang payah pulok.

tunjuk para sekendel dalam sikit.

dan ini sekendel baru gue.


kalau diijinkan, aku nak punya semua buku yang semua gerobok buku ada. Heaven yo !

4 comments:

Aing said...

amboi skandal yu buat aku teruja. kahkaha
beli rak lah baru puas hati hadap skandal,aku even tak sempat baca hadap pun jadi lah.

n u r e e c h a said...

moga moga tertunai katakata yu tu.
hiks.

hanaahmad said...

susunkan ia cantik-cantik dengan selesa di rak buku, pasti lebih kacak skandalmu itu ;)

n u r e e c h a said...

pastinya ;)