Thursday, May 30

Duhai Waktu

duhai waktu,
izinkan aku mencuri masamu
hanya untuk kali ini
aku mahu menulis cerita yang dirindui !

kalau ada kelapangan nanti
yang entah bila juga kan bertandang,
akan aku publish
kisah yang dah terlalu
lama aku draft-kan itu.
hee!


Tuesday, May 28

Pemenuh Separuh Nafasku


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di Istikharah Cinta ...


Istikharah Cinta // Sigma .

Saturday, May 25

Love Rain Is Falling

sedang telinga menangkap bait bait bunyian lagu Love Rain (kononnya menyeru hujan turun) nyanyian buah hati ter-cinta Jang Geun Suk, khusyuk pula jari jemari mengerjakan tugas di atas keyboard. sejak dua tiga menjak ni cuaca memang tak keruan. kejap hujan. kejap panas. bila dah hujan tu segala agenda terpaksa dibatalkan. kalau panas, mahu tak asyik kalut aje diri ni mencari air untuk diminum. dahaga punya pasai. dulu botol saiz 350ml je. sekarang tambah lagi 200ml, gara gara kepanasan bercampur kesejukan suhu ofis. bersyukur, badan menten kental. jangan risau, saya dah besar ;D

sedang menghayati alunan suara ter-sayang, sempat tadi aku usha belog Modish Mode House - is one of my favorite online shop. sangat ketara kecintaannya sebab bila online je memang selalu jenguk web ni. selalu punya! kebanyakkan dress/blouse dari MMH hampir kesemuanya aku suka. color baju sangat attractive! kebetulan usha tadi nampak lah perkataan Pre-Order Jubah Dress tu. and the jubah sangat simple and just nice. masa raya nak pergi lawat bakal mertua pun boleh si gadis si dara pakai koleksi ni. para mak ibu mama bonda tidak dilupakan juga untuk mencuba. hehe.



kalau berminat boleh la klik web MMH yang di-italic tu.
selamat mencuci mata *wink!


Sunday, May 19

Rose



My love is like a red rose
It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you
My love is like a red rose
Yes, I may be fragrant
But the closer you get, the more I’ll hurt you
Don’t look at me with that light glance
Don’t speak of love easily
If you want my heart, you need to take my pain too
Because you will be pricked by my thorns someday
Don’t trust me too much
You don’t know me that well yet
So just run away run away
I said ooh ooh ooh
Don’t love me
You don’t know me that well yet
I said run away just run away
Don’t come to me
My love is like a red rose
It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you
My love is like a red rose
Yes, I may be fragrant
But the closer you get, the more I’ll hurt you
Seeing your confidence makes me feel so bad for you
Your confident footsteps toward me looks so pitiful today
Emotions? That’s an extravagance to me
Love? That’s Obsession’s best friend
So run away just run away
Cuz you and I must come to an end
Every rose has its thorn
Every rose has its thorn
Every rose has its thorn
Don’t trust me too much
You don’t know me that well yet
So just run away run away
I said ooh ooh ooh
Don’t love me
You don’t know me that well yet
I said run away just run away
Don’t come to me
My love is like a red rose
It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you
My love is like a red rose
Yes, I may be fragrant
But the closer you get, the more I’ll hurt you.

Saturday, May 18

Yang Anggun


pantang benar sekarang aku bila terjeling sepatu. dulu dulu takda feel langsung bila tertengok. sekarang ni bila singgah supermarket ke mall ke, memang tak sah kalau tak tengok sepatu. tak dapat beli takpa, asal dapat tengok-pegang-pakai-kejap itu pun oraitt ! =D

untuk kerja ni pun kalau korang nak tahu aku dah punya lima pasang sepatu. dan reaksi ibunda ;

"Anak. Oooh anakkk."  =p

tapi yang ini ngeri !
mahu tak seksa diri.


sumber : Favimdotcom

Saturday, May 11

Aku Skandal

sejak azam mahu punya koleksi sekendel tertunai dulu, kemain menggila napsu aku ni sekarang tau. mereka yang dah aku kira sebagai pendamping setia aku setiap masa tak kira di mana berada walau dalam keadaan apa pun jua.


'eleh! masa Form 6 dulu bukan punyalah payah kau nak hadam kan?'
banyaklah kau punya alasan. sekeh kangg!'
- gerutu si hati kecil.

wait seminitlah brader. itu lain punya kes. jangan membandingkan sekendel aku dengan buku buku ilmiah itu. aku budak budak kot dulu. mana tahu fikir panjang. heh! =p

balik pada tujuan asal. kisah TER sejak dibayangi sekendel. memang tak sah kalau tengah syok dok layan tenet pun, karang website dorang jugak yang aku ter-bukak. kalau sedang berjimba tu, sempat lagi tu secara tetiba boleh pulak ter-lalu kat MPH ka Popular ka (dan yang sejenis dengannya), tak sah kalau aku tak jejak kaki ke dalam. keinginan untuk memiliki tubuh mereka tak dapat dibendung. mata meliar ke sekeliling. lalu dikecilkan sedikit mata bundar itu, terkam saja pada mereka yang berani pamer diri pada aku. dan kau milikkuu! hakhakhak *evil laugh.

sebelum merepek lebih. untuk makluman, sekendel aku ni berupa buku ye. engko jangan pikir negatip pulak. tak baikk!

sambung.

sebab dah sayang, dengan hati yang senang, satu tempat khas buat pendamping kiri kanan dah aku sediakan. muat muat saja buat masa ini. kalau nanti dah berlambak, dalam rumah ni pun tak tahu mana nak selit, kita tempah satu muzium khas pulak ea? buat tatapan orang ramai. sama sama kita kongsi ilmu. sharing is caring maa. hehe.



aku ingat nak beli rak kecil, tapi memandangkan bilik aku dah sendat sangat, aku kira kotak ni pun boleh lah. asal semuanya tersusun rapi. tak selerak. mampu aku sumbat semua pendamping. yelah, aku nak guling guling dengan depa pun karang payah pulok.

tunjuk para sekendel dalam sikit.

dan ini sekendel baru gue.


kalau diijinkan, aku nak punya semua buku yang semua gerobok buku ada. Heaven yo !

Monday, May 6

Mabuk

aku benci satu kondisi ini ;

akalmu menafikan
hatimu mengiyakan

gi-fi-la-fa.


Saturday, May 4

Budak Separa Dewasa

sewaktu hingusan atau bahasa kiasnya, separa remaja dulu, tiap tiap hari Sabtu dan Ahad, aku akan senang hati melepak di rumah dengan menonton siri kartun kegemaran. pada hari Sabtu tepat jam 10:00 pagi aku akan pastikan tibi dibuka dan siaran siri Totally Spies dan Detective Conan pun bermula. begitu juga pada hari Ahad (lebih awal), siaran kartun Spongebob Squarepants tak pernah pula mengecewakan hati yang sering dilanda gundah gulana kerana perlu menyiapkan tugasan (homework) sebelum hari Isnin menyapa. nak dapatkan aura belajar kononnya.

tapi itu dulu ; sebagai budak separa remaja.

naik saja di sekolah atasan sebagai pelajar Tingkatan Enam, aku mula meminggirkan tibi. aura belajar tu nampaknya tak berhasil setelah melihat result SPM di tangan. walaupun sebenarnya tiada kaitan langsung dengan tibi, namun apakan daya? inginkan kebahagiaan, haruslah korbankan sesuatu. gittuw!

kini ; sebagai budak (ya, aku masih dianggap budak) separa dewasa.

tabiat meminggirkan tibi masih diteruskan dengan jayanya. sifat M mula menguasai diri (ditegaskan, hanya di malam hari saja. seperti sedia maklum, aku sangat bizi di siang hari) ditambah lagi dengan segerombolan tempat tidur (adanya bantal kepala, bantal peluk, beberapa buah bantal sampingan yang empuk lagi lembut juga selesa) yang dilihat mampu melemahkan nafsu. terus aku terkam. langsung tidak aku sia siakan walau sesaat.

dan, tibi 21 inci itu mula mencuka melihat hubungan manis aku bersama katil kesayangan.

apakan daya? aku tidak berniat ingin membelakangkan teman baikku sedari kecil itu yakni tibi. namun pabila usia makin meningkat dewasa, ditambah lagi dengan tanggungjawab yang mula disedari untuk digalas demi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, haruslah aku mengambil langkah awal agar tidak terus dibuai mimpi. tidak mahu sekadar menanam angan angan katanya. Aku Boleh! Malaysia Boleh! yeayyyy!

eh?


Thursday, May 2

Sampaikan Rindu

cerita baru ditulis setiap hari.
tanpa sedar, itu cerita baru bersama.
saat itu, mudah kita membuka bicara.
bersama kita bergelak ketawa.
kenal hati budi.
kenal sifat terpendam.
berhari hari mengiringi ikatan,
sayangnya makin dalam.
semakin lama,
masa mencemburui pula.
antara bahagia bersama
antara masa depan sendiri.
sunyi menyapa tiba tiba,
ditenung lama dimana kisah bermula.
walau kita dijarakkan beribu batu,
biar keadaan saja berubah,
namun tidak pada memori.
tidak juga pada ikatan.


"bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan"