Saturday, March 30

23 hari menanti

bulan April nak mai dah. kerjaya 'disitu' kemungkinan akan dilepaskan. besar kemungkinan. tapi untuk aku duduk lama lama dalam bilik 'panas' ber-aircond 20 darjah celcius tu pun dah tak ada gunanya kalau setiap inci kerja yang dibuat seperti yang termaktub dalam kertas hitam-putih tu asyik dipertikaikan.

baru tiga bulan (atau kurang) aku dah pun jemu. sebal kau tahu.

berat sebelah ini bukan disebabkan soal rupa tak handsome atau tak comel. tapi ini kerana sifat dalaman seorang manusia yang diberi gelaran Guru Besar. mula mula dulu boleh lah kau tunjuk baik-manis-gula melaka kan. tapi sekarang tak main dah. pada dia kerja aku ialah kerja dia. kerja orang lain pun kerja dia. faham ayat aku? orang gila kuasa darab si tukang mengampu darab orang bermuka muka sama dengan Guru Besar.

berdas das tembakan ayat yang disebut memerli pun nampaknya tak berguna. perli kau macamana pun, serius takda effect. kebal tak kebal juga telinga dia. hati dia apatah lagi. langsung takda perasaan kasih pun untuk kitorang yang tetap sudi jadi 'famili' dia. hurr. entah mana dia sorok muka dia yang tebal tu pun tak tahu. depan lain, belakang habis ditikam oiii!

habis menambah dosa je aku karang --,

kalau boleh memang aku tak mahu ambil pusing. no point. umur dah berapa, takan takat tu je pemikiran kita? asalkan sekarang ni dia tak kacau periuk nasi aku selama aku masih 'disitu', aku pun takan usik periuk nasi dia. lagipun dia dah macam pangkat ayah aku kot. tak kemana jugak kalau aku ajak dia berperang sedangkan memang dia yang sengaja mulakan dulu. dia patut 'bersyukur' sebab dia bermain dengan aku. budak yang masih tahu adab *sinis

aku rasa kalau nak bercerita tentang apa yang berlaku sebenarnya memang tak cukup sehari aku menaip. 'benda' ni pun dah nak masuk sebulan. telinga aku pun dah tawar mendengar cerita belakang yang dijaja sana sini. gembira aku sebab 'mereka yang lain' tahu cerita sebenar.

tapi tulah hakikatnya. manusia ni memang rambut sama hitam, tapi hati sangat sangat sangat lain. ini baru sikit. kat luar sana siapa tahu. nanti esok lusa mungkin lagi jilaka rasanya.

** kucar kacir tidak kau nanti agaknya, ya?


No comments: