Saturday, March 30

23 hari menanti

bulan April nak mai dah. kerjaya 'disitu' kemungkinan akan dilepaskan. besar kemungkinan. tapi untuk aku duduk lama lama dalam bilik 'panas' ber-aircond 20 darjah celcius tu pun dah tak ada gunanya kalau setiap inci kerja yang dibuat seperti yang termaktub dalam kertas hitam-putih tu asyik dipertikaikan.

baru tiga bulan (atau kurang) aku dah pun jemu. sebal kau tahu.

berat sebelah ini bukan disebabkan soal rupa tak handsome atau tak comel. tapi ini kerana sifat dalaman seorang manusia yang diberi gelaran Guru Besar. mula mula dulu boleh lah kau tunjuk baik-manis-gula melaka kan. tapi sekarang tak main dah. pada dia kerja aku ialah kerja dia. kerja orang lain pun kerja dia. faham ayat aku? orang gila kuasa darab si tukang mengampu darab orang bermuka muka sama dengan Guru Besar.

berdas das tembakan ayat yang disebut memerli pun nampaknya tak berguna. perli kau macamana pun, serius takda effect. kebal tak kebal juga telinga dia. hati dia apatah lagi. langsung takda perasaan kasih pun untuk kitorang yang tetap sudi jadi 'famili' dia. hurr. entah mana dia sorok muka dia yang tebal tu pun tak tahu. depan lain, belakang habis ditikam oiii!

habis menambah dosa je aku karang --,

kalau boleh memang aku tak mahu ambil pusing. no point. umur dah berapa, takan takat tu je pemikiran kita? asalkan sekarang ni dia tak kacau periuk nasi aku selama aku masih 'disitu', aku pun takan usik periuk nasi dia. lagipun dia dah macam pangkat ayah aku kot. tak kemana jugak kalau aku ajak dia berperang sedangkan memang dia yang sengaja mulakan dulu. dia patut 'bersyukur' sebab dia bermain dengan aku. budak yang masih tahu adab *sinis

aku rasa kalau nak bercerita tentang apa yang berlaku sebenarnya memang tak cukup sehari aku menaip. 'benda' ni pun dah nak masuk sebulan. telinga aku pun dah tawar mendengar cerita belakang yang dijaja sana sini. gembira aku sebab 'mereka yang lain' tahu cerita sebenar.

tapi tulah hakikatnya. manusia ni memang rambut sama hitam, tapi hati sangat sangat sangat lain. ini baru sikit. kat luar sana siapa tahu. nanti esok lusa mungkin lagi jilaka rasanya.

** kucar kacir tidak kau nanti agaknya, ya?


Tuesday, March 26

indeed


There are two kinds of people,
those who do the work and those who take the credit.
Try to be in the first group ;
there is less competition there.

- Indira Gandhi


Saturday, March 23

Usia

umur mencecah angka dua
tiada tua juga tiada muda
jelas ditafsir pada muka
beza sifat dan akalnya
usia itu sekadar angka.


sangkanya, 
mereka yang usianya lebih muda
tidak punya apa apa ilmu di dada.
dia lupa,
ilmu itu bukan saja
bentuknya datang dari buku semata.
tapi,
ilmu itu wujud pada setiap saat yang berharga.
dia lupa itu. dia silap. dia terlalu bangga
pada dirinya.
yang konon tahu segalanya akan hukum hakam dunia.


Saturday, March 16

We'll Be Alright

kalau boleh saja aku bertanya,

aku mahu tahu ...

atas tujuan apa kau bertindak begini?

atas tujuan apa kau memburukkan kami?

atas tujuan apa kau menjaja cerita kesana kemari?

dan,

adakah ini caranya untuk kau mendapatkan rezeki?

* * * * *

diamnya kami
minta kau gunapakai
akal yang diberi
antara
benar dan salah.


Tuesday, March 12

Maju Tiada Undur

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya



Bangkit // DJ Fuzz feat. Altimet & Salam .

Friday, March 8

Tak Faham Aku

Tanggal 8 haribulan Mac.


Aku tak faham kenapa masih ada orang yang sebegini rupa?
Aku tak faham kenapa ada saja yang tak kena tentang kami pada dia?
Aku tak faham apa yang dia tidak puas hati sebenarnya?
Aku tak faham kenapa mesti dia pertikaikan kami setelah sekian lamanya?
Aku tak faham kenapa bila depan kami dia masih pandai berlakon semanis gula?
Aku tak faham kenapa bila belakang kami dia memburukkan kami semahunya?
Aku tak faham kenapa dia tak berterus terang saja pada kami sebaiknya?
Aku tak faham kenapa mesti ada orang yang sebegini buruk perangai dia.


Aku langsung tak faham.
Ini serius.