Tuesday, September 25

alkisah diri

hujan renyai renyai turun lagi petang hari ini . untuk aku tidur siang memang tak pernah nak menjadi dah . sebabnya dah terbiasa online-ing tika cik muda tidur dan aku pula naik ke bilik , online ! kalau di tanya apa yang sedang aku gigih usahakan , jawapannya the same routine everyday - bangun tidur , makan , mandi , sarapan , main masak masak dengan cik muda , siang online , petang tengok Mara Clara pulak , then lepaskan cik muda bermain di luar , malam selesai solat baru makan then online lagi dan ! jam 12 pagi baru nak tidur . maka terjadilah rutin seharian aku dirumah . sadis jugak kengkadang . ahah .

kalau dilihat belog aku ni , cerita sudah tak banyak buat masa ini . sekadar kisah kisah sekeliling yang aku terjemahkan kepada bentuk puisi atau pantun yang tak serupa nak menjadi sangatlah . heh ! untuk kisah siri aku itu , masih aku gigih menyiapkannya . sepatutnya memang dah boleh siap kisah Babak Cinta tu . tapi aku telah rombak jalan cerita banyak kali . kalut jugak rasanya . ini belum lagi berangan nak jadi penulis buku cerita , aku sudah pusing sendirian . muehehe =p

setelah selesai hal yang satu itu pulak , kemungkinan aku akan mula menyibukkan diri . banyak juga sebenarnya perancangan selepas rayuan ke U aku tidak diterima . jadi akan bermulalah penglibatan aktif aku untuk bermuhasabah diri dalam memajukan diri selain menjadi seorang babysitter yang berjaya . sekarang cita cita bukan main dah . nak jadi itu . nak jadi ini lah . amboi kemain kau Temah ! ialah kan bak kata Siti Nurhaliza di Melodi dulu (cehh aku masih ingat ni) ,"tak salah kalau nak berangan sebab dengan cara itu kita akan lihat kemampuan kita yang sebenar dimana" . dan aku percaya dengan kata kata itu .

aku nak cuba semua dan timba pengalaman sebanyak mungkin . siapa tahu dari situ tanpa aku sedar , aku akan temui sesuatu yang aku sendiri tak pernah minta atau fikirkannya . namun seperti biasa , kita hanya mampu merancang selebihnya hanya Dia yang menentukan . dan aku tetap percaya , Dia telahpun menyediakan sesuatu yang terbaik buat semua umatnya juga buat aku dan kamu kamu kamu . InsyaAllah C=

sepertimana si kecil a.k.a cik muda ini belajar berjalan lalu berlari ,
seperti itu jualah aku akan terus menongkah hari hariku .


2 comments:

Felly Sophia said...

Berangan itu bagus sebenarnya. Melangkaui realiti kita. :)

n u r e e c h a said...

terapi otak . hehe .