Monday, July 30

good night wishes

Do not count what you have lost .
Just see what you have now ,
because past never comes back .
But sometimes future can give
you back your lost things !
Good Night J

Wednesday, July 25

jiwa punya rasa

kau kirim rasa paling sakti
segenap jiwa tersenyum sendiri
calang calang manusia bisa merasai
cinta sakti dari yang sejati .


mampukah ? aku menanya diri
resah membadai hari
bagaimana nanti jika aku lupa diri
juga lupa akan impian hari ?


kau kirim lagi rasa paling sakti
agar rasa gusar dibenam sekali
seiring sakti itu juga impian hari
dapat aku dakap dan kecapi sekali .



* tak jiwang kan ? hihihi .

Tuesday, July 24

sayang sayang



cepat berlari ya . nanti boleh main lumba lumba . atau mungkin , police entry ? kekeke .

Saturday, July 21

sekali lagi


sekali lagi aku masih diberi peluang untuk meneroka lagi hidup ini .
(ehekk ='p)

Terima Kasih , Alhamdulillah .
tidak lupa juga , Selamat Berpuasa ya ! J

Tuesday, July 17

rintik hujan

hujan turun dengan lebatnya petang ini
bersama air hujan yang semakin deras aku membawa diri
tahu apa yang aku temui ?
rasa syukur ku pada rahmat-Nya , itu yang ku temui .


dingin yang aku rasa ini
adalah yang paling asli 
tidak perlu ditokok tambah
ia sudah menambat jiwa yang gundah .


tentang luka semalam usah difikir lagi
hayatilah bait bait rintik hujan yang menemani diri
tiada siapa yang pernah keseorangan
kamu hanya terlupa , kamu punya teman
teman yang hadir tanpa balasan
tidak pernah kenal erti putus harapan
izinkanlah rintik hujan
menghanyutkan sejuta rasa yang kau pendam
dalam diam .


dia akan faham .

Sunday, July 15

doa

aku percaya dengan doa seorang guru .
aku tak akan mengecewakan kamu 
bersama misi itu
doa ku pohon
mudah mudahan .


Amin :'>

Saturday, July 14

tak keruan

aku duduk menghadap komputer
aku cucuk broadband yang masih setia berbakti
aku ber-blogwalking sebentar sebelum Twitter ku buka
aku cuba mencari 'semangat' melalui taipan kalian
aku hampa . kerna ia seperti enggan bersatu .

aku buka Twitter 
aku baca satu persatu curhat kalian
aku cuba untuk menaip , gagal juga .
aku makin hampa . seperti hilang perasaan saja ku rasa .

aku tutup kesemua tab tadi
aku mencari mainan di apps 
akhirnya ,
Super Mario lah yang berjaya membangkitkan hariku .
juga semangat ku (sebab asyik kalah aje --') .


# I hate chu , monstaaa !! errr .

Tuesday, July 10

adegan ber-irama

seperti yang sedia maklum , senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah berlangsung harini di setiap sekolah di seluruh Malaysia . pelajar sekolah punya program aku pun nak join jugak ? biar selalu dekat dengan sekolah lah kononnya . ahaksss . asalnya pengendali harini , Cik Shafieza yang mengundang saya untuk menemaninya membuat aerobic di sekolah lama kami berdua . time tu aku agak eksaited sebab dapat tunjuk muka yang cukup tebal ni tika berjumpa dengan cikgu nanti =p tapi tak berkesempatan , bertukarlah kami ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah .


"Alaa . dah habis dah ? nak lagi kak .."

hahaha , adik tak tahu ke . akak ni pung nak ber-aerobic lagi tau ! mula mula bukan main menggigil kaki ni . sekarang tak mahu berhenti pulak dia =D

scene 2 : ecehh !

Puan Farainaz kan , dia kan , dia kan kan kan , dia belanja kami makan di Secret Recipe taww (gaya gedikss) . ber-chit chat lama kami sambil menikmati hidangan yang cukup menyelerakan di depan mata . namun maaf , tiada gambar untuk ku tepek disini . menikmati setiap butir makanan la kata kan . cuma yang aku tak sangka tadi , aku ter-perasan Siti pakai baju yang sama warna dengan aku . kwang kwang kwang ~

"Jangan Syaza pun pakai baju warna purple sudah !"

tibatiba aku terdengar Siti tergelak ketika aku sedang bertuit muit . saat aku berpaling ,"HAHAHA !" bukan setakat kaler purple tapi spesis purple yang memang sebijik okayyy ! =D

see ? haha .
siap dapat crown haa !

scene 3 :

kita mungkin berlainan fikiran
tapi yang sama kita punya impian .
kita mungkin berlainan citarasa
tapi kita punya bulan lahir yang sama .

buat cik Syaza a.k.a cik SAM kita ,

Selamat Ulang Tahun ke 2-0 20 !
and
All The Best untuk Exam awak tu .

selamat menikmati kek juga cadbury anda

* * * * *

saya juga mahukan gambar aerobic kita harini . kalau baca ini para SMKRA , sila tegur ya !

S e k i a n . T a m a t

Saturday, July 7

dunia yang berputar

kerap kali dunia ini diibaratkan sebagai sebuah roda yang tidak akan pernah berhenti dari terus berputar . dan aku , antara makhluk yang berjuta menghuni dunia yang bulat ini turut merasa apa yang dimaksudkan dengan kata , langit tak selalunya cerah . mungkin harini hari aku , mungkin lain hari pulak hari kau . yang perlu kau buat hanya bersabar . hidup ini adil . semua orang akan merasainya . percayalah , seperti tajuk lagu Siti Nurhaliza . namun dendangan lagu Seindah Biasa adalah yang paling tepat dapat aku katakan . kau fahamilah bait bait liriknya , dan kau akan mengerti bagaimana rupa dunia yang kau huni ini .


"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuran kepada Illahi"

dulu , aku merasakan aku cukup faham dunia aku bagaimana . namun aku silap . umur aku masih terlampau muda ketika itu . aku masih takut untuk mencuba . aku masih takut untuk bertanggungjawab . aku masih takut untuk membuat keputusan . aku masih takut untuk menerima hakikat . aku masih takut untuk keluar dari fantasi diri . aku masih takut akan semuanya . namun , aku lakukan juga kerna itulah perjalanan hidup aku yang sebenarnya . acapkali aku tersilap langkah , tak mengapalah . masih punya esok hari . kita perbaiki lagi - aku yang cuba memujuk diri .

hanya dengan sifat aku yang optimis yang sebenarnya membawa diri aku sekarang . masih punya ego . namun aku masih dapat berfikir dengan akal yang paling waras . agar tidak tersilap langkah untuk kali ke dua , ketiga dan seterusnya . tamak . itu pula sifat yang paling durjana pernah ada dalam diri aku . aku tersalah sangka bahawa apa yang aku rasa dulu sebenarnya bukan satu rasa yang pasti , tapi ianya adalah sifat tamak yang menguasai diri . aku tewas . namun aku mengajar diri agar rasa menyesal itu dapat aku buang jauh jauh . aku anggap ia sebagai satu luka yang akan menjadi dinding paling kebal untuk aku lalui masa depan kelak .

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

ya . selagi kau tidak jatuh , kau tak akan terluka . selagi kau tidak jatuh , kau tak akan menghargai masa senang kau kelak . selagi kau tidak jatuh , kau tak akan merasa nikmat sebenar dunia ini . dan selagi kau tidak jatuh , kau tak akan mudah menguntumkan senyuman yang paling murah untuk diberi juga diterima orang .


- Terima dan Percayalah -
J