Friday, June 29

tv dan aku

hari malam Jumaat . hari yang paling aku tunggu . hari dimana aku dapat sepuasnya meluangkan masa dengan tv . kalau dulu memang hari Sabtu lah yang paling dinanti , sebabnya ada banyak kartun yang best best . sekarang tidak lagi . hari Sabtu aku hanya untuk Detective Conan . Bollywood ? hmm bak kata adiklah kan ,"Shah Rukh Khan takda ea kak dalam cerita ni ? Kalau takda memang gerenti tak siyok !".

Fitri versi aku masa muda dulu .

ada apa dengan malam Jumaat ? sebab ada banyak cerita best di tv ! dah 2-0 (ahaks !) tahun aku akrab dengan tv . dari aku kenal Dragon Ballz juga Sailormoon hingga lah kini UpinIpin juga Boboi Boy . tak pernah aku rasa 2-0 sangat . sebab kartun saja yang dihadap . nak masuk SPM aku rasa , aku dah kurang kamcing dah dengan tv . nak SPM kott (konon) . namun aku eratkan silaturrahim semula lepas STPM (bijak bijakk) .

bila dah jadi seorang babysitter pada siang harinya , memang patutlah pada malam harinya pula aku hargai sepuasnya , ye dak ? tapi entahlah kenapa mesti malam Jumaat jugak yang aku pilih . hari Rabu pun seru jugak . sebab ada joget joget (Showdown 2012) . mungkin slot Mega Movie ni yang menjadi penarik aku . sebelum tu pula ada cerita Korea , then Naziha .  lepas je Mega Movie dapat pulak tengok Buzzer Beat . mana tak serunya disitu kann . andai Mega Movie tak berapa nak serasi dengan jiwa , tv lain punya siaran lain . pilihan yang berkualiti lah aku dapat kiranya . masih tak rugi .


malam ni pulak ada Shaolin Popey II (8TV) . dah habis , aku sambung tengok Alvin and the Chipmunks (TV3) pulak . sambil sambil tu pekena sedikit biskut juga roti Delicia . kurang popcorn je disini . Roller Coaster pulak dah aku ngap dinner tadi . rasa macam hidup bujang betul lah dengan makanan ringan di sisi juga tv di depan . muahaha .

2 comments:

dhuapatah said...

banyak tengok tv neh! hho

n u r e e c h a said...

masa Form 6 dulu , cikgu suruh kita rajin tengok tv .
kot kot keluar dalam soalan ujian ke .
ahaks =DD