Saturday, December 21

Dimana Kan Ku Cari Ganti


pernah aku bilang akan ada teater musikal tak lama lagi sebelum ni kan. nah. inilah teater kami. tak sangka masa tenaga yang dicurahkan dikorbankan demi menjayakan teater ni berjaya bagi kepuasan buat kami semalam. nak sangat habis show sebab hati tak keruan. last last, masing masing rasa nak buat lagi. hikss!

hampir ke penghujung latihan masing masing mula rasa berdebar. ada yang tak sabar. ada juga yang hampir saja menyerah, termasuk aku. hampir sebulan setengah berlatih. hari yang sangat panjang buat aku. kadang kadang sampai ke malam berlatih. esok dah kerja, mahu tak penat kan.

paling aku happy dengan team dancer. ialah team sendiri mestilah kena puji lebih kan, hehe. dengan tagline kami ; Kita sama sama naik! (dialog Rosyam Nor). dorang ni memang 'kakak abang' aku yang sangat disayangi :p sekarang dah rindu balik dah dekat dorang. lepas ni memang susah nak lepak sesama lagi. bergurau senda, usik mengusik, bercakaran, pujuk memujuk, menjeling mata hahaha. bakal sangat merindui saat saat itu :')


#retisMIDA gittuw

tiada dalam gambarFazrul, Zulhilmi, Shamsul, Reza, Jaibalan, Yusmarizana, Amirah, Viks.


TAHNIAH buat semua yang terlibat.
ada job lagi (hikss) kita ngedate lagi yaaa! 

No comments: