Friday, June 14

Pasti Ada Hikmahnya

hari ini niat nak datang awal ke ofis. alang alang tu breakfast sekali kat sana. so aku minta tolong ibu untuk bekalkan nasi goreng yang sepatutnya aku makan kat rumah tu. sekali sampai kat stesen keretapi aku dah waswas apasal pulak ramai orang berkerumun kat tempat beli tiket. rupa rupanya dorang tu tengah bermukadimah bahawasanya train untuk pagi ni tak ada. WHAT ??!

bila aku dengar je abang handsome KTM tu cakap 'takda train langsung pagi ni ke KL Sentral', memang sepantas kilat jugaklah aku fikir untuk naik teksi. tak mahu ada gangguan kononnya. tengah menunggu teksi tu, otak aku ligatlah memikirkan solusi terbaik. 'Nak ke KL Sentral ni berapa pulak tambang karang'. senangkan cerita senangkan diri dan juga senangkan duit poket, aku naik bas. bijak tidak?

dalam bas, aku sempat jugak bertegur sapa dengan seorang kakak ni. aku kira dia mungkin baya ibu aku. kira mak cik la kan. tapi peduli lah tentang panggilan tu. aku dah terlambat nak pergi kerja dah ni woi. bual punya bual, rupanya dia pun nak ke KL. tapi aku tak pasti KL ceruk mana destinasinya. bila aku tanya assistant driver bus tu, baru akak kata dia pun nak ke LRT. jadi pesannya aku patut ikut je dia turun sekali kat Masjid Jamek untuk naik LRT ke KL Sentral.

dah macam kena kejar hantu jugaklah aku melangkah nak ke LRT tu. orang dah lambat kot. jam tangan memang asyik aku jeling. tak boleh jadi, tak boleh jadi. tak apa, lambat tak lambat yang penting hari ini aku kena kerja jugak. di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. akhirnya jam 0915 pagi jejak jugak aku kat ofis. Alhamdulillah. mahu tak mengah. pakai lagi wedges. haha.

tapi yang aku sesalkan, aku tak sempat say Thank You pun kat kakak tu. laju benar dia melangkah ke dalam perut LRT. tak dapat aku kejar. anyway, kakak. terima kasih sangat untuk hari ni. akak dah jadi penyelamat saya. tak akan saya lupa jasa baik akak. moga Tuhan sentiasa mempermudahkan segala urusan akak lepas ni. Terima Kasih sangat sangat =)


No comments: