"Aku rasa kau dah gila, Mira! Tolak rezeki macam tu je?"
Free-free je aku kena label gila dengan kak Su. Apa salah aku pada hayat lepas pun aku tak tahu lah. Kenapa harus menghukum orang lain tanpa memberi peluang untuk membuat penjelasan! Aku juga berhak untuk bersuara. Bukan pelanggan saja yang perlu bersuara untuk hak mereka. Sekarang ni, hak aku untuk menentukan hidup aku sendiri tidak ada siapa peduli. Memang tidak adil!
"Cakap jelah apa yang kakak nak cakap." Malas dah aku nak bertekak sebab at the end of the day aku juga yang kena mengalah.
"Eh! Aku ni kakak engkau tau. Aku cakap sebab nak tengok kau bahagia jugak. Aku ni yang makan garam dulu. Kau masih tak cukup matang lagi untuk buat keputusan."
Amboi! Suka hati cakap aku tak matang. Aku mengeluh. Berat. Mengalah pun dia kata aku tak matang? Duhh. Payah, payah.
"Kak. Kakak cakap jelah apa yang kakak nak cakap. Saya ni memang masih mentah lagi. Tak cukup makan garam lagi kan. Kalau kakak nak sangat saya kahwin. Ha, cakap je kat keluarga terhormat kakak tu yang saya terima pinangan dorang!"
Ini baru dikatakan gila. Berkahwin dengan orang yang aku tak kenal? Konon tanda terima kasih pada keluarga yang membantu aku dan kakak selepas kematian kedua ibu bapa kami lapan tahun lalu. Kenapa mesti aku? Aku tak minta jugak dorang tolong kami. Nampak tak ikhlas langsung.
'Gila. Macam tak ada cara lain je untuk balas budi baik orang zaman sekarang ni.' Aku membebel sendirian di dalam bilik. Entah macamana tanpa sedar, aku pulak tertidur.
* * * * *
Sedari tadi, pen Faber Castell tu aku ketuk-ketuk ke meja. Minda aku melayang. Waktu tu jam menunjukkan 12:30 tengah hari, waktu orang ofis keluar lunch. Biasanya waktu macam ini, Wan lah yang temankan aku makan. Rakan sekerja aku merangkap teman baik aku di kuliah dulu. Entah dari mana dia muncul, tup tup je kitorang jadi kawan. Latar belakang dia pun aku memang tak tahu sangat. Dia memang kurang bercerita, kalau tidak ditanya sendiri. Aku pula pesen yang tak suka sangat busybody. Tapi kalau dia nak cerita, aku all right je.
"Aku tahu lah pen tu murah je. Tapi belajar lah menghargai barang cik adik oi." Tak semena-mena aku ditegur sebegitu. Perlakuan tadi terhenti. Pen tadi juga aku letakkan tepi. Ya. Wan ni memang boleh tahan lancang jugak kadang-kadang.
"Tension?", dia menduga. Aku hanya mengeluh.
"Pasal kahwin lagi?" Dah tahu kenapa tanya. "Kau ni orang semua sibuk nak kahwin, kau pulak tak nak kahwin. Memang pelik lah kau, Mir."
"Ha, yelah! Kau nak kahwin sangat? Pergi kahwin sana dengan orang tu! Siapa nama dia. Ha, Aizat! Pergi kahwin sana dengan dia!" Aku silang tangan di meja. Tanda aku protes.
"Marah? Hm. Mira, Mira. Orang dah nak dekat kau. Kenapa kau jual mahal sangat?"
"Eh. Ni bukan sebab aku jual mahal atau apa. Ini soal kebebasan hidup aku nanti. Aku pun punya impian. Aku pun nak berjaya dulu sebelum sibuk nak kahwin. Kumpul duit banyak-banyak. Nanti anak cucu aku nak makan apa? Nak harapkan suami je cari nafkah? Memang bukan stail aku lah duduk diam." Kali ni aku betul-betul luahkan apa yang terbuku. Apa yang tak dapat aku luahkan pada kakak aku selama ni. Orang tak cukup makan garam lah kan.
"Bertuah bakal suami kau nanti. Siapa nama tadi? Aizat eh. Bagus, bagus! I loike!" Sambil ditunjuk aku ibu jari dia. Aku tak tahu sama ada itu patut dianggap pujian atau sindiran. Aku naikkan kening.
"Kau sibuk sangat suruh aku kahwin. Kau sendiri cepatlah kahwin."
"Macamana aku nak kahwin. Calon tak hendak dengan aku." Eh!
"Calon tak hendak dengan kau? Maksud kau. Kau memang nak kahwin la ni?! Oo, senyap-senyap eh." Entah kenapa aku yang excited pulak masa tu. Mungkin sebab sejak aku berkawan dengan dia, memang tak pernah jugak aku nampak dia rapat dengan mana-mana perempuan kat kampus selain aku. Sampai pernah juga aku fikir dia ni ... hehe!
"Yelah. Calon dah ada kat depan mata. Buat apa nak tunggu lama. Aku tak macam kau!" Sengaja dikuatkan suara di hujung ayat tadi pada muka aku. Ok. Aku menyampah pulak.
"Tanak kenalkan pada aku?" Konon tak kisah.
"Kau nak ke kenal dengan dia? Dia tu macam kau jugak. Sombong, keras kepala! Mana ngam."
"Aku keras kepala?" Dahi aku berkerut. Mata aku kecilkan. Tepat aku renung muka Wan yang ada iras macam pelakon Kamal Adli tu - tika muka tidak dihiasi dengan senyuman. Si Wan ni pun memang payah jugak nak tengok dia senyum. Kalau bersembang asyik nak serius je. Melawak pun muka serius oi! Tapi aku tetap berpendapat, Wan memang handsome! Sengih.
"Ye, keras kepala. Bosan."
Kali ni aku marah. Entahlah kenapa tiba-tiba ego aku terasa tercabar. "Zakkuan, kalau kau rasa aku bosan baik kau pergi tempat lain. Cari kawan lain! Yang tidak membosankan macam aku!" Belum sempat aku berdiri, dia dah pegang tangan aku.
"Tapi yang bosan sorang ni lah yang sebenarnya aku sayang." Terus aku berpaling. Dia tersenyum pada aku. Mesra sekali senyuman tu - taktik apa ini? Godaan? Dikira memujuk jugakah itu?
Tiba-tiba boleh pulak datang seorang staf ni memanggil Wan untuk balik ke ofis semula. Segera dia beredar. Sempat jugak dia tersenyum pada aku. Tinggal aku termangu sendiri di situ. Aneh. Apa maksud dia?
* * * * *
"Kau siap cepat, Mira. Malam ni kita discuss semua dengan famili Uncle Zafran." Laung kak Suhana dari tingkat bawah rumah teres kami. Ketika itu aku masih sibuk terpacak depan cermin mengenang nasib.
Patut ke apa aku buat ni. Kahwin? Hm. Aku memang tak sedia. Tak sedia dari segi mental. Dah lah aku tak pernah kenal keluarga Uncle Zafran. Macamana kalau kitorang susah nak kamcing? Dia akan marah aku ke. Tiba-tiba aku terkenangkan arwah mak dan ayah. Kalau saja mereka masih disisi. Mungkin aku tak perlu lalui saat ni.
Tapi dari kata kakak, Uncle Zafran bestfriend arwah ayah. Dorang dua memang dah akrab dari zaman sekolah menengah lagi. Mesra macam adik-beradik. Asyik berdua macam belangkas. Namun mereka terputus hubungan selepas Uncle Zafran berkahwin dengan orang luar. Mana tidaknya jugak. Mereka ni tinggal di luar negara selepas tu, sebelum memutuskan untuk kembali menetap di tanah air sekarang ini. Jumpa Uncle Zafran pun baru sekali dua - waktu pertama kali dia menyuarakan hasrat untuk membantu aku dengan kakak, dan kedua waktu aku grad dua tahun sudah. Tapi bayangan anak beranak lain tak pernah pulak aku nampak.
Macamana rupa anak dia pun aku tak dapat bayangkan. Entah handsome ke. Entah comel ke. Entah anak dia sebaya dengan aku ke, atau sekurang-kurangnya pun taklah tua sangat daripada aku - bawah 30 tahun. Hai. Kenapalah tak kakak je yang kahwin. Ialah kakak pun bukan muda sangat - tak tua sangat jugak - baru 27 tahun. Tapi aku kira, umur tu umur ideal apa untuk kahwin. Entah lah. Entah lah.
"Mira?" tegur kak Suhana di muka pintu.
Lamunan tadi terhenti. "Ye! Kejap kak."
"Akak nak cakap sikit. Nak berbual sikit." Kak Suhana tersenyum. Sekian lamanya aku tak nampak kak Su senyum pada aku.
"Oh. Ok." Aku mengikut saja.
Kak Suhana duduk di katil aku. Aku masih di meja solek.
"Mira. Masih sempat untuk kau tukar fikiran."
Aku kaget. "Maksud kakak apa?"
"Maksud kakak pasal perkahwinan ni. Kamu dengan anak Uncle Zafran."
Eh. Biar betul kakak aku ni. Tiba-tiba pula suruh aku tukar fikiran. Tempoh hari kata lain. Nak sangat aku kahwin lah. Sekarang?
"Kak, Mira tak faham. Selama ni kakak jugak yang nak saya kahwin kan. Kenapa ... lain pula hari ni?"
"Kakak nak tengok kau bahagia. Tapi kalau akak paksa kau kahwin and kau tak bahagia pun tak guna. Kita punya darah yang sama, dik."
Aku masih berkerut disitu. Memang tak faham.
"Sebenarnya, bukan Uncle Zafran yang menyara kita selama ni. Tapi ... kakak." Sekali lagi aku kaget. Mainan apa pulak ni. Dulu Uncle Zafran sendiri yang datang menyuarakan hasrat untuk membantu bukan.
"Kakak sengaja minta Uncle Zafran datang waktu tu. Kakak sengaja minta Uncle Zafran cakap semua tu. Supaya nanti akak boleh gunakan alasan ni untuk lihat kau kahwin."
"Kenapa kakak tak terus terang je. Buat apa kakak nak tipu Mira? Kakak tak sayang Mira ke?" Spontan pertanyaan itu yang keluar.
"Sebab kakak sayang, kakak buat macam ni Mira. Akak percaya dengan anak Uncle Zafran akan jaga kamu dengan baik nanti. Akak tak berniat nak tentukan perkahwinan ni, tapi ini permintaan arwah ayah kita jugak, dik. Sebab kakak nak tengok sendiri keikhlasan keluarga Uncle Zafran sebelum menyerahkan kamu. And kakak dah jumpa dia, bakal suami kamu." Kemudian kak Suhana tersenyum.
Kak Suhana memang teliti orangnya. Tak semudah itu rupanya untuk kakak lepaskan aku walaupun itu adalah amanat terakhir ayah. Saat itu, aku tak berasa marah atau kesal pun pada kak Suhana. Walaupun pada hakikatnya perangai dan sifat kami jauh bezanya bagai langit dengan bumi, itu tidak akan mampu memadam rasa kasih dan sayang aku pada satu-satunya keluarga yang aku punya.
Andai kak Suhana yakin akan bakal suami aku itu, aku juga percaya pada pilihannya. Aku terus memeluk kak Suhana seeratnya.
* * * * *
Dalam perjalanan ke rumah Uncle Zafran yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari rumah aku, sempat juga aku ber-wassup dengan Wan.
Wan : Neves nak jumpa bapak mentua? Haha!
Wan : Eleh. Yeke. Nanti jangan sampai kau pengsan sudah.
Aku : Pengsan kenapa pulak?
Wan : Ialah mana tahu muka bakal somi kau tu tak sekacak aku. Kesian pulak aku kat kau.
Aku : Eh! Kau jangan suka suki kutuk suami aku. And tolong lah jangan berlagak sangat macam kau sorang jek yang hensem kat dunia ni. Grr!
Wan : Eh eh! Kau marah kenapa pulak. Tadi kemain kau komplen dengan aku tanak kahwin awal bagai lah. Hipokrit! And yeah, I have to admit that I'm the most hensem man in the world. Aku tahu kau pun rasa mcm tu kan kan =D
Eii, menyampahnya aku dengan lelaki ni bila poyo dia datang. Kalau cakap poyo pun nanti dia nak menang jugak. Kononnya itu tanda dia bermanja dengan aku. Apa kes!
Aku : Dah tu knp kau takde awek sampai sekarang? Habaq sat kat aku.
Wan : Bukan takde awek cik adik, tapi tanak. Kau faham? Aku dah ada calon bini. Kau lupa ea..
Aku : Cepat kahwin lah kalau macam tu. Biar bini kau hadap semua kepoyoan kau tuh!
Wan : Memang dia sorang je yang hadap selama ni. Mana aku layan perempuan lain. Eh kau tak sedih ke aku nak kahwin ni?
Aku : Apahal pulak aku nak sedih -,-
Wan : Ialah nanti takde siapa nak poyo kat kau lagi.. mesti kau rindu aku jugak. huhu..
Aku terdiam. Jauh aku tenung mesej terakhir tu. Mungkin, mungkin aku akan rindu. Kerna dia satu-satunya kawan lelaki aku yang paling rapat. Entah kenapa ada rasa sedih terbit jauh di sudut hati.
'Kau ni, aku nak kahwin. Kau pun sibuk nak kahwin. Kau pun nak tinggalkan aku ke. Nanti dengan siapa lagi aku nak komplen.'
Wan : wei, kau sedih ke. lek arr. Aku kan lelaki. Aku boleh jadikan kau bini muda aku. still leh berkepit kan. Janji kau ok? hee.
Aku : Tanak! Tanak! Tanak! ><
* * * * *
Setibanya di kediaman Uncle Zafran, aku terbeliak bila terlihat rumah banglo yang dindingnya dibiarkan saja dengan batu bata berwarna merah itu. Sangat klasik! Tampak kemas.
Tak sampai beberapa minit lepas tu, pintu kembar utama pun terbuka. Aku terlihat kelibat beberapa orang manusia di situ. Kak Su menarik tangan aku. Tiba-tiba entah kenapa aku terasa debarannya. Cis! Macam nak kahwin sekarang ni jek.
"Masuk Su, Mira. Masuk." Jemput seorang wanita muda yang rendah sedikit dari aku.
"Dah lama auntie tunggu?" soal kak Suhana.
Auntie? Takkanlah tu isteri Uncle Zafran. Muda kot. Minum jamu mak dara mungkin, heh!
"Tak lah. Duduk dulu ye, auntie panggil Aizat." Sempat isteri Uncle Zafran tersenyum pada aku. Aku turut ukir senyuman dengan hati yang tidak senang duduk. Sengaja aku lihat sekeliling dalam rumah kot kot ada gambar famili ke. Taknak lah pulak karang aku pengsan betul.
Wan : saudari Shahamira, aku nak jumpa bakal isteri aku ni. yahuuuu! wish me luck xD
Ah! Pergilah sana kau. Aku yang tak keruan kat sini, boleh kau ber-yahuu-yahuu pulak. Aku terus doa banyak-banyak dalam hati. Paling tidak pun biarlah bakal suami aku tu bertimbang rasa sedikit orangnya. Tidak macam Wan yang tak pandai baca isi hati aku.
"Su, Mira. Ni anak auntie, Zakkuan Aizat."