Monday, April 23

jujur

ingatan lalu masih utuh di minda
tak bisa aku gambarkan indahnya
punya dia yang selalu ada
tika kau sibuk hal dunia .
kalau punya sakti 
mahu aku adakan lagi dia
cipta saat saat bersama lagi
agar helaian saat tiada wujud sesalnya .
biarkan aku tak lihat kamu
biar aku tak rasa hilangnya kamu
biarkan aku rasa adanya kamu
biar ku peluk erat rohmu .

*****

semalam hujan turun lagi membasahi bumi ,
lamunan yang tadi diteruskan lagi ,
aku mahu terus hanyut dalam fantasi sendiri ,
agar tak henti mimpikan sahabat yang telah lama pergi .

Al-Fatihah .

Tuesday, April 17

sekadarnya

cintailah orang yang engkau kasihi sekadarnya belaka ,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak .
juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka ,
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari kelak .


HAMKA .

Sunday, April 15

It's All About HIJAB !

mula menggayakan hijab ?
keliru gaya hijab yang mana bersesuaian ?
warna yang bersesuaian mengikut majlis ?
fesyen terkini hijab 2012 ?
dalam berfesyen masih mahu kekal berbajet ?
           bershoping di butik online ?
bagaimanakah gaya si bintang berhijab ?
aksesori yang sesuai disuaipadankan ?
tutorial hijab ?                 m
mahukan tips penjagaan rambut bagi yang bertudung  ?

.
..
...
....

jengjengjeng


.....

tadaaaa !!
ini dia HIJABISTA magazine .
"khas untuk si fashionista bertudung"

menjawab segala persoalan yang bermain difikiran kalian yang mulamula mencari gaya bertudung dan bagi yang terus tidak mahu ketinggalan trend terkini gaya bertudung 2012 . hanya dengan RM10 , banyak tips dan stail terkini berhijab kalian boleh ketahui . juga ada 6 fakta saintifik kelebihan berhijab yang kalian perlu tahu . jadi , dapatkan segeraa ! winkwink .


DAN ! yang ini juga ya . ajak satu kampung noh ! =DD


jumpa disana you ols .
oh jyeaahhh !!

Wednesday, April 11

aku dan rasa



aku sangatlah tak tahu mahu diisi apa disini . apa saja yang aku terpikir kan ku cepatcepat taip . sebab aku akan lupa kalau ada hal lain muncul . sedang syoksyok menaip boleh pulak pemikir aku blank . aku pun tanya pada diri sendiri , nak cerita pasal apa sebenarnya ni . hahaha . mamai benar aku sekarang --' impak kerjaya sekarang mungkin . ecehh .
 
hari cuti ni , santai sikit lah ntok aku . sebab Fitri tak datang . maknya cuti . jyeahh ! dapatlah jugak buat apa yang perlu kat laptop ni . tapi masih tak boleh hilang dari pandangan mata si Esya to . sekelip mata dia dah boleh berdiri depan pintu . naik tangga lah . haa . mahu tak kecut aku tengok kalau ditinggal kejap .


bila lamalama dengan budakbudak , mulalah hasrat memuting beliung dalam hati nak berjimba lah sekaligus shoping jugak . mengidam itu ini lagi . eyy ini asalkan dapat keluar dari rumah dan kakiku bisa berjalan sepuasnya , aku lega lah nanti . hilang segala rasa tak mahu ! muehehe .




selamat bercuti you ols !
   hargailah mereka yang disisi kini 

Sunday, April 1

mahu seperti dulu

imbas kembali .
ngilaian suara jelas kedengaran hingga ke blok terhujung .
cerita sensasi buat kita berkumpul bagai Puteri UMNO bersidang .
sajian makanan mahu saja sama .
kerja rumah boleh saja ditiru sesama kita .

orang kata kita macam belangkas , tak apa .
orang kata kita kaki ponteng , pun tak apa .
orang kata kita ini ito pun silakanlah semahunya .
kerna satu yang mustahak bagi aku , kita kekal bersama .

kini .
sungguh , aku sangat merindui zaman kegemilangan kita bersama .
aku tak mahu minta supaya diundurkan masa .
cuma mengharap agar kami dapat disatukan kembali seperti dulu kala .