Wednesday, December 7

skuad , sedia !

sebelum memulakan pergerakan , 3 barisan lurus harus dibentuk kemudian dichecknya segala aksesori di baju terlebih dahulu . nametag , tanda salam , wisel , baju dan seluar pun tidak terlepas . harus licin dan berline . baray pula wajib berada di sebelah kiri . si ketua akan ada bulu biru atau nama lainnya jambul yang terpacak di baraynya . huishh , smart sungguh ! encik glove pula setia mengenggam jari sepanjang perbarisan . pergerakan dimulai dengan kawad asas diikuti kawad formasi . kon-kon yang menjadi halangan mendapat markah penuh perlu dielakkan . segalanya perlu diawasi sehingga pasukan keluar dari barisan .

hmm sudah dua tahun masa berlalu . aku masih merindui saat itu . 5 tahun membesar bersama pasukan . saat bersama-sama teman seperjuangan dengan baju hitamnya . kasut bukan sebarang kasut pulak to yang dipakainya . kasut hitam berkilat tahu , ada ladam lagi . tapi aku pakai paku tekan je HAHA . ehh , bunyi jugak tahu =p

huh , terasa mahu saja aku berkawad sekarang , haha . mari kita usha saja ini :

sesi fotografi untuk majalah sekolah - 2009 .

haa , kasut putih pun silau tau =D

ponteng kelas Add Maths nih =p

yang ditengah itu Cikgu Hazwani .
*psst , dulu Cik sekarang Puan daa . berbadan dua lagi ha C=

Encik Shahril . ramai peminat woo =p

sesi penyerahan pangkat . ginilah stail kami . tepung jugaklah nampaknya HAHA 
*sila abaikan saja yang dihadapan itu =D

pistol mainan pun jadilah kan HAHA .

trofi kemenangan , wahh bangga ! =D
*even Rumah Biru punya HAHA .

setegas sekental mana pun , tetap peminat nasyid kami ni .
*ye ke ? =D

pembulian pada jiran tetangga kami  =D

haa ! kini tibanya kami membuli dia pulak =D
*inilah Cik Sarjan 2009 , Nur Ezuani Saberi (Iewa) .

perbarisan sekolah 2010 kami sekadar tempat ke-3 .
tapi 2011 kami JOHAN !

Insyallah , tahun depan nasib menyebelahi kita lagi untuk takhta Johan Perbarisan Sekolah . even cekk tidak dapat menabur bakti lagi . huhu . rindu nyaaaaaaaaaaaaa !! >_<

Sunday, December 4

ngomong ngomong

pejam celik pejam celik , kini aku hanya tinggal 2 lagi kertas yang bakal ditakluki . tak pernah aku sangka aku boleh berada di suatu tahap yang memang tidak pernah ku rancang untuk dilewati . siapalah yang menyangka aku akan berada di Tingkatan Enam . haha , aku lagi lah tak pernah menyangka . menjadi sebahagian warga Pra-U yang bukan calang-calang orang boleh lalui gito ! C; aku masih ingat dulu , ramai yang mengatakan Tingkatan Enam ni tak mudah . susahnya berlipat kali ganda daripada arus perdana (Tingkatan 1-5) . "biasalah bro , mana ada benda senang dalam dunia ni kan ?"


nak bercerita sebenarnya pasal plan lepas ni sebab tetiba hari itu , seorang classmate aku tanya tentang plan kami semua lepas STPM ni . ada lah yang sempat berseloroh katanya mahu melancong dulu , ialah konon-konon lepaskan tension . haha . yang ada duit tu memang untung laa . yang kurang bajet amacam pulak ? macam aku ni ha =D so katanya mahu cari kerja . tapi belum tahu mahu kerja apa dan di mana . mulalah mereka berbahas :


"aku taknak kerja tempat sama macam dulu , tapi pasal makanan tu yang buat aku terasa nak kerja sana balik" =D
"aku tak kisah sangat kerja apa asal gaji masyuk"
"tapi aku kena fikir jugak pasal transport ni . kerja tengah malam siapa nak jemput aku"
"ala , kita kerja je sama-sama dekat Genting Highlands tu . gaji boleh tahan . makan minum tempat tinggal semua disediakan"
"jauh lah"
"kalau macam tu kau kerja jelah tempat lama kau tu . senang tak payah susah-susah fikir"
"habis kau nak ke jemput aku ?"
"ahh ! taknak aku !"


macam biasalah sebelum cari kerja yang berkenan kenalah fikirkan tentang masa bekerja , gaji sememangnya pasti , transport ada tidak dan tempat kerja tu di mana . dan perbahasan tu akhirnya tiada kata putus yang dapat dibuat . haha . classmate aku ni tak payah cakap , memang tak sah kalau sehari takda orang bertekak . tak kiralah pasal apa topik pun . cikgu pun kadang-kadang terpaksa layan sajalah karenah kami yang macam budak-budak ni . hehe ! aku pun mana boleh tengok orang senang . pi sakat depa sekali lah , terutama Mr. BB dan Mr. Asistant =p apa pun dahulukan STPM ni then berniat nak adakan jamuan kelas . yang lain karang-karang sajalah fikir C=




# dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata .
  sekadar ingin menambah perasa . harap tidak ada yang berkecil hati .