Friday, January 17

Bukan Dia Tapi Aku

"I do care about you, Ain."

* * * * *

"Ain dah single tau!"

Kata-kata itu ditangkap sepasang telinga kepunyaan Syahmi. Dia menoleh pada suara yang separuh berbisik itu. Kelihatan Ainan yang berada dibelakangnya. Gadis itu segera mengenyitkan mata kepadanya. Kaget dia.

"Ini peluang kau tahu! Cepat grab!" Jerit Ainan meninggalkan Syahmi yang masih terpinga-pinga. Bukannya Ainan tidak tahu yang Syahmi menyimpan perasaan pada roommate-nya itu sejak orientasi mereka dahulu.

* * * * *

Ding dong!

Bunyi mesej kedengaran. Segera Ain membacanya. Tertera nama Syahmi disitu. Rakan sekelasnya. Mesej diklik.

Hye!
Makan dah? :)



Saturday, January 11

Sepatah Dua







... dan bila aku berkata "Tidak",
     ertinya tetap "Tidak".

Thursday, January 9

Why? How?

they say "If you really love someone, you let them go".

well, what if you can't?

what if by letting them go, you're letting yourself go?

what if who you are, and who you have become is so much dependent on that one person?

just that one person ...

how can you just let them go?

how?

.

..

...

....

- BOW

Tuesday, January 7

Selamat Pagi

Isnin.

06:00 pagi.
Selimut ditarik. Sejuknya bukan main. Kedengaran air hujan menitik di bumbung rumahnya. Patutlah sejuk, hujan rupanya. Hari ini hari bekerja. Tapi dia langsung tidak bersemangat. Monday Blues sangat. Mengantuk pun masih terasa.
Hm. Iya ke mengantuk?
Dia termenung seketika. Tidak pasti sama ada dia mengantuk betul atau memang dia tidak semangat untuk bekerja. Mata dipejam perlahan-lahan.

06:10 pagi.
Arghhh! Malasnya.

06:15 pagi.
Hujan mulai renyai. Namun dinginnya masih mencucuk-cucuk tulang belakang.

06:20 pagi.
“Nak atau tak nak kau tetap kena move on!”. Ucapan itu terngiang-ngiang di telinga secara tiba-tiba. Matanya terbeliak. Dia bangun. Sekejap. Selimut masih dipegangannya. Mengeluh. Dia kembali berselubung.

06:50 pagi.
Tak! Aku tak boleh macam ni. Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila? Aku kena cari semangat aku balik. Ya. Aku kena cari semangat aku balik. Dia dah ragut dulu, tak apa. Aku akan cari yang lain. Aku akan cari yang lain. Semangat yang lain.
Telefon pintarnya dicapai. Inbox. Dia. Klik. Delete. Klik. Delete All. Klik.

Ya. Aku boleh. Jam di sisinya dilihat. Ah! Aku dah lambat!



** Selamat Menempuh Tahun Baru :)