Friday, August 30

Bila Dah Kena Puji

Ada jamuan division harini - gambar aku tepek kemudian. Berlaku scene yang singkat namun terpahat diantara aku dengan Adam (Tuan Direktor Video).


"Tuan director, tengok lah hasil tangan Nury ni." galeria foto kutunjuk.

"Siapa tangkap ?"

"Nury lah. Ada bakat tak ? Ada bakat tak ?" dengan bangganya. tuan director gelak. gigi nampak.


*dua ke tiga minit kemudian*


"Nury ! Sini jap."

"Nury ? Kenapa ?"

"Gambar-gambar ni pakai kamera apa ?" sambil dibeleknya galeria foto yang tergantung tadi.

"Pakai compact camera Nury je. Edit guna browser kat google chrome tu je. Smart tak Nury buat ?" tayang gigi. sempat.

"Pandai amek. Angle pun cantik. Nury nak belajar fotografi tak?" tiba-tiba.

"Ha ? Tak nak ! Tak nak !" dengan sungguhnya.

S E K I A N .


** terima kasih datang,
Pelangi di Aidilfitri sangat meriah u'olls !


Thursday, August 22

Raya Oh Yeahhh !










Ukhuwah Aidilfitri 2013
21hb Ogos


kenangan manis kau dan aku,
Terima Kasih.

Saturday, August 10

Duhai Diari

jiwa itu andai bisa ku baca
pasti diketahui satu ukiran nama
yang entah ada aku, mungkin juga dia.

dan,

mahu saja aku bocorkan
mengingati kamu - apa yang dirasakan.
adakah ruangnya?

Thursday, August 8

Sepatah Dua Kata

Ramadhan pergi Syawal kembali
Mohon kemaafan kekurangan diri.


Thursday, August 1

Mana Pertimbangannya

diri terasa kerdil
tiada pengertian buat si hati kecil
walau jelas pada dalil
tiada pertimbangan, dunia tiada adil.