Friday, June 29

tv dan aku

hari malam Jumaat . hari yang paling aku tunggu . hari dimana aku dapat sepuasnya meluangkan masa dengan tv . kalau dulu memang hari Sabtu lah yang paling dinanti , sebabnya ada banyak kartun yang best best . sekarang tidak lagi . hari Sabtu aku hanya untuk Detective Conan . Bollywood ? hmm bak kata adiklah kan ,"Shah Rukh Khan takda ea kak dalam cerita ni ? Kalau takda memang gerenti tak siyok !".

Fitri versi aku masa muda dulu .

ada apa dengan malam Jumaat ? sebab ada banyak cerita best di tv ! dah 2-0 (ahaks !) tahun aku akrab dengan tv . dari aku kenal Dragon Ballz juga Sailormoon hingga lah kini UpinIpin juga Boboi Boy . tak pernah aku rasa 2-0 sangat . sebab kartun saja yang dihadap . nak masuk SPM aku rasa , aku dah kurang kamcing dah dengan tv . nak SPM kott (konon) . namun aku eratkan silaturrahim semula lepas STPM (bijak bijakk) .

bila dah jadi seorang babysitter pada siang harinya , memang patutlah pada malam harinya pula aku hargai sepuasnya , ye dak ? tapi entahlah kenapa mesti malam Jumaat jugak yang aku pilih . hari Rabu pun seru jugak . sebab ada joget joget (Showdown 2012) . mungkin slot Mega Movie ni yang menjadi penarik aku . sebelum tu pula ada cerita Korea , then Naziha .  lepas je Mega Movie dapat pulak tengok Buzzer Beat . mana tak serunya disitu kann . andai Mega Movie tak berapa nak serasi dengan jiwa , tv lain punya siaran lain . pilihan yang berkualiti lah aku dapat kiranya . masih tak rugi .


malam ni pulak ada Shaolin Popey II (8TV) . dah habis , aku sambung tengok Alvin and the Chipmunks (TV3) pulak . sambil sambil tu pekena sedikit biskut juga roti Delicia . kurang popcorn je disini . Roller Coaster pulak dah aku ngap dinner tadi . rasa macam hidup bujang betul lah dengan makanan ringan di sisi juga tv di depan . muahaha .

Sunday, June 24

selamat pengantin baru !

masa yang ditunggu tunggu kami sebagai anak murid beliau telah tiba . syukur alhamdulillah kerana dapat melihat beliau yang juga antara guru favorite di sekolah telah selamat diijabkabulkan pada hari ini . tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk melihat pasangan raja sehari kita pada hari ini . sangat woww okeee ! kebanyakkan tetamu adalah guru sekolah aku juga . dapat jugaklah melepaskan rindu pada mereka . paling seronok sudah tentu jugak lah bila mereka masih ingat akan kami antara murid nakal rajin di sekolah . hahaha =p

sini aku kongsi antara gambar yang dapat ditangkap oleh lensa aku .







buat guruku yang tersayang , Puan Farainaz

Selamat Pengantin Baru ku ucapkan .
Moga Berbahagia dan Berkekalan hendaknya .
dan bak kata Azim la kan , "kami nak adik baru juga" =p


Thursday, June 21

kita sama saja


" jangan terus mudah kau menghakimi seseorang itu , selagi engkau tidak memahami kisah disebalik mereka "

Friday, June 15

sepintas lalu

ehem ehem ~ konon nak buat buat kekok lama tak menaip tak menjadi . terus pada pendahuluan yang tak seberapa nak pendahuluan jugak . kekeke . dua minggu aku tinggalkan belog , rasa macam baru masuk dua jam je rasanya . sebab aku tak punya apa apa lagi untuk digosip di sini . biasalah kan , barang baik memang lambat mai pun . macam tak tahu pulak ! mm cuma sejak dah punya ala ala Instagram ni , memang rajin lah aku dok mengedit gambar selain ketagih main game Plants vs. Zombies tu --' yang penting modelnya itu tau ! model setia tak berbayar lensa Nikon aku . haha . aku kasi tunjuk gambar ya buat hilang rasa rindu sama aku ! ehh =p













jumpa lagi
jaga diri
jangan naughty
nanti kena cili !!
=DD