Friday, March 28

Madah Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

kamu nak tahu sesuatu? tak mudah jadi seorang manusia ni kan. apatah lagi seorang manusia yang berguna, yang berjaya seperti yang diharapkan orang di sekeliling kamu.

aku? aku bersyukur punya keluarga yang sentiasa menyokong apa jua keputusan ku. bersyukur ke atas nikmat susah senang sehingga ke hari ini. cukup aku dapat membantu keluarga sedaya mampu, perlu ke aku menjaga hati orang lain jugak?

dah tentu perlu. tapi tak sepenting hati dan perasaan orang tua ku. cukup mereka tahu tindak tanduk ku, cukup mereka tahu siapa yang ada di sekeliling ku. doa mereka adalah yang terbaik buat hari hari ku. InsyaAllah.

yang di sekeliling pula, mahukan kau menuruti setiap patah perkataan mereka. (berbeza sekali dengan orang tua mu kan) apa kau fikir semudah itu kita perlu ikut setiap patah perkataan mereka? mudah bagi ku. kau buat mana yang perlu dan baik buat diri kau. elakkan aje mana yang tidak perlu, tidak sepenting yang lain.

tapi tidak bagi situasi aku. aku terima teguran dan nasihat. tapi pastinya dengan cara yang baik. cara yang boleh di tolak ansur. bukan dengan cara paksaan atau sindiran.

sangat mudah bagi kau utk memberi arahan. tapi adakah kau telah meletakkan keadaan kau di situasi ku sebelum kau melepaskan berdas das sindiran? apa yang kau mahu cuma kepuasan kau tercapai. tapi tidak kebajikan kami kau jaga. bukan sekadar jaga tapi ambil tahu. peduli walaupun tak banyak kau boleh tolong.

tidak apa, asal kau ikhlas :)

jagaan yang dulu
manjaan yang dulu
teguran yang dulu
sapaan yang dulu.

biar ikhlas niat mu. cukup kau sendiri tahu. cukup yang di atas tahu niat mu :)


jaga diri.

No comments: