Wednesday, March 12

Hello?

sekarang ini, jarang sekali cek dapat lepak ber-blogwalking macam dulu. masa sangat tidak mengizinkan, kadangkadang diri sendiri yang tak mengizinkan masa. liat benar nak taip pendahuluan tapi isi dah berlegarlegar dalam kepala. nak cerita pasal apa cek pun tak tahu mana nak start haha. sat pk dulu kronologi cerita sepanjang tahun ni *cuba mengimbas kembali*

kalau nak habaq pasal hal kerja dan kerja sampingannya memang berjelar cek rasa. lepas je dari persembahan untuk MIDA Nite cek meneruskan aktiviti harian seperti biasa. awal tahun 2014, murah rejeki dapat job lagi (retis sangat iolls! :p) untuk buat persembahan NOHArian Fiesta pulak, retirement ceremony for our beloved CEO ; Datuk Noharuddin Nordin. kali ni ber-flashmob pulak.

dalam masa kurang dua minggu latihan, need to catch up five different songs memang mahu tak havoc mak jemah! tibatiba demam selsema batuk pulak datang. memang pakej! gitulah kalau dah payah nak demam, memang pakej yang datang nanti. semangat digigihkan jua. haipp!





kenit sekali kami. haha.

lepas dari itu, dapat pulak panggilan telefon daripada Abang Atai untuk ber-dikir barat. ganti tempat ahli asal pun jadilah. yang penting dapat merasa jadi lelaki. eh!



selesai berjoget, sekarang niat nak fokus untuk exam JPA pulak. gila. ingat lepas STPM dah selamat daripada exam bagai, rupanya tidak! hahaha. gitulah gamaknya bila dah jadi staf kerajaan ye dak. mahu tak mahu demi jawatan tetap akan ku hadapi dengan cool-nya. hiks!

sampai disini saja coretan kali ini. cerita banyak je lagi. tapi maybe next time ajelah. anything boleh jejak kitew di -

FB/Twitter : nureecha
IG : nurrisahosnan
DAYRE : nurylalysa.

yang penting kalian diluar sana jagalah diri, jagalah kesihatan dengan cuaca yang tak menentu dengan jerebu dan panasnya. kurangkan aktiviti diluar. banyakkan minum air suam. dan terus mendoakan yang terbaik buat petugas dan penumpang MH370 yang masih tidak diketahui keadaan mereka. semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjejaki mereka. Amin.



#prayforMH370


No comments: