Isnin.
06:00 pagi.
Selimut ditarik. Sejuknya bukan main. Kedengaran air hujan
menitik di bumbung rumahnya. Patutlah sejuk, hujan rupanya. Hari ini hari
bekerja. Tapi dia langsung tidak bersemangat. Monday Blues sangat. Mengantuk pun masih terasa.
Hm. Iya ke mengantuk?
Dia termenung seketika. Tidak pasti sama ada dia mengantuk betul
atau memang dia tidak semangat untuk bekerja. Mata dipejam perlahan-lahan.
06:10 pagi.
Arghhh! Malasnya.
06:15 pagi.
Hujan mulai renyai. Namun dinginnya masih mencucuk-cucuk
tulang belakang.
06:20 pagi.
“Nak atau tak nak kau tetap kena move on!”. Ucapan itu terngiang-ngiang di telinga secara tiba-tiba. Matanya terbeliak. Dia bangun. Sekejap.
Selimut masih dipegangannya. Mengeluh. Dia kembali berselubung.
06:50 pagi.
Tak! Aku tak boleh macam ni. Sampai bila aku nak macam ni?
Sampai bila? Aku kena cari semangat aku balik. Ya. Aku kena cari semangat aku
balik. Dia dah ragut dulu, tak apa. Aku akan cari yang lain. Aku akan cari yang
lain. Semangat yang lain.
Telefon pintarnya dicapai. Inbox. Dia. Klik. Delete.
Klik. Delete All. Klik.
Ya. Aku boleh. Jam di sisinya dilihat. Ah! Aku dah lambat!
** Selamat Menempuh Tahun Baru :)
No comments:
Post a Comment