Sunday, September 22

Sayang Apa Kabar Dengan Mu

hai Minggu! ketemu lagi kita. lama rasanya aku tak dok potpet kat sini. sekadar tulisan pendek saja yang aku mampu simpulkan. nak kata busy, tak sangatlah sebenarnya. cuma lebih kepada malas (tehee !). mana tidaknya, masa lebih banyak untuk bekerja. balik rumah, makan, mandi, solat, sediakan baju untuk esok hari, kemudian tidur! see see?

bagaimana dengan September kalian? seru ngak? September aku, boleh dikatakan antara yang termanis juga. satu yang pasti aku dapat kerja tetap. paling best, tarikh lapor diri adalah tarikh ulang tahun ibu dan ayah =) kemudian tarikh penempatan adalah tarikh kelahiran teman baikku. ialah siapa tahu dapat berkat kan hehe.

selang seminggu itu, aku dapat tawaran belajar di Sarawak. mahu tak aku terkejut beruk. sungguh aku tak letak harapan tinggi untuk kedua duanya - dapat kerja & dapat sambung belajar. tapi, aku terpaksa lepaskan tawaran belajar atas sebab tertentu. walaupun kata hati aku nak buat dedua. kata Kak Oleen, takpa. peluang belajar banyak sekarang. mungkin aku boleh kumpul duit dulu. terima kasih buat mereka yang banyak mendukung ;) #staypositive

kisah semalam pulak, aku dan sahabatku antara makhluk yang berlegar legar di e@Curve. selesai berhempas pulas di arena bowling, mengenyangkan perut di Nandos, mencuci mata di setiap butik butik yang sengaja mencabar napsu, terus mengisi masa bagi melengkapkan hari kami dengan menonton wayang - 2 Guns. kisah aksi komedi yang sangat tak boleh blah ;D dan yang lagi tak boleh tahan, saudara yang berada di kaunter kelihatan seperti was was akan usia kami (terimalah kenyataan kami ini 20an sudah - tapi masih awet muda ahaks ahakss). moga moga kita semua awet muda ya! =p

hek.


** semoga segala urusan kita dipermudahkan selalu. Selamat Berujung Minggu :)

No comments: