Tuesday, March 27

ragam di pasar

"heyy ! sekilo 8 ringgit 8 ringgit !!" pekik abang tinggi lagi handsome (SERIUS !)
"mai beli , mai beliii !" sambungnya lagi dengan lontaran suara lagi serak serak basah .


wahwahwah ! kan main lagi si gadis gadis tersenyum lalu menghampiri si handsome =D aku ? sudah tentu tidak . mahai kot . hahaha (jualmahal jualmahal) !


hari Selasa biasanya aku akan meringankan kaki ntok berjalan ke pasar malam dengan ibunda tercinta also known as teman setiaku tika membeli belah . kalau nak diajak adik aku yang lelaki to rasanya baru sekali dua berjalan dengannya ke pasar . dia dan ayah sama je sifat ; takda apa yang nak dibeli tak usah memenatkan kaki berjalan jauh . ala tak jauh mana pun . belakang rumah . dekat sangat bukan .


dulu pasar malam Aman Puri ni taklah begito mendapat sambutan hangat daripada orang ramai . peniaga pun kalian bole hitung pakai jari jemari kecil molek to je . sekarang berubah dah ! ramai yang turun padang . pelbagai ragam makhluk jugak kalian dapat lihat disito . yang ramah . yang lagi ramah , ialah senyum tak pernah lepas . setia melayan customer yang datang dan pergi . yang macam 'first time' jumpa manusia pun ada --' harga pulak bole aku kata , bole tahan . lagipun sekarang kan dah banyak pilihan . cuma kena bijak tawar menawar lah jugak , ya !


pernah suatu ketika dulu dikala bulan mengambang yang tersergam indah .


"uncle ini berapa ?" tanya ibuku pada seorang peniaga di pasar . lalu uncle to pun bangun dari bangku bamboonya dengan perlahan  dan menjawab , "ini 30 ringgit" . ibu pun belek belek mahu mencari yang punya corak yang lebih menarik . "tak bole kurang ke uncle ?" sambil ibu tersengih . aku turut tersenyum memandang uncle tersebut . "eyy . kalau taknak beli takpayah tanya bole kurang laa" . terus aku dan ibu tersentap . SOMBONG ! kitaorang apa lagi , Selamat Tinggal terus dari sito .


sejak saat to , ibu benci benar dengan uncle seorang to . apatah lagi kalau kitarong lalu tempat niaga uncle bongkak to . aku tergelak diamdiam . ialah , pandai jugak rupanya ibu membenci orang ea . kekeke =p


ini aku buat (bahagian chocolate rice-nya) . so-sedapppppp !
mahu rasa ? bole ! 1 sehinggit ! kihkihkih .

Sunday, March 25

hari Minggu ku

sedang menghadap laptop sambil pekena Mentor 6 dan Saffiya didepan . tak dilupa juga , wafer yang disisi kini . kriuk kriuk ~ rangup , manis dan sedapp !


oke , letak tepi semuanya . dari tadi aku makan , makan dan makan . tapi badan tetap maintain . ecehh . bila orang tanya , ha ini kelakar . kejap ada tanya kenapa makin kecik 'tanak guna K lagi sato, ngehehe' , kejap kata dah berisi . oke , kembang kejapp ! hikhokk o^^o dulu cikgu Fara pulak kata saiz aku dari dulu sama je . ini .. memang betul lah . hehe . bagi aku takpalah . kata ibu , aku sehad je dah cukup . ito lagi penting . kan kan kann .


masuk 2 minggu dah aku sibuk melayani karenah anak kecil dirumah . sebelum ni seorang je . tapi sekarang dua orang sudah . sungguh aku tak menang tangan ntok yang sato ini . kuat makan dan minum . sehad budaknya ! tapi sayang , dia kuat menangis --' aku .. aku .. tahulah . aku agak kurang senang dengan nyanyian yang dia lontarkan . bingit , nyaring dan lantang . aku membebel bebel tak sudah . tetiba ! jeng jeng jeng .. ibu kata , aku dulu pun lebih kurang je . ibu makan pun sambil dukung aku ha . sungguh aku tak percaya . hahahahahaha =P


"ibu maaf . dah susahkan ibu" sobsobb T.T


Fitri & Rissya .


seperti biasa setiap hari minggu aku akan gunakan masa ntok rileks . mungkin dengan bershopping seperti tadi dapat membantu sedikit menghilangkan rasa penat yang masih belum mahu lepas . hihaha . tunggu gaji lagi sebab tak sabar ntok Ahad depan , seterusnya dan seterusnya . tetiba rasa nak sambung makan kacang rebus pulak laa . ambil dulu di dapur noh .


# suka lagu iklan KFC Family Feast . Malaysia Balik Makan =D