Friday, August 31

55 Tahun Malaysia

31 Ogos 2012 . boleh aku kategorikan aku jenis yang lebih suka duduk di rumah menghadap tibi saja bila tarikh itu menjelang . kalau mahu countdown pun cukuplah dirumah saja . suara suara yang datang dari bangunan apartment dibelakang rumah aku jelas kedengaran kalau mereka juga sudah tidak sabar menunggu detiknya . aku juga . aku tunggu bunga api jawabnya . kihkih .

apa yang aku suka tentang Malaysia ? mudah ! jalan jalan cari makan . destinasi percutiannya saja boleh buat kau rasa gembira . jatuh cinta pada Malaysia . lihat saja pada kebanjiran orang luar ke Malaysia hari ini . ini semua gara gara kejayaan Malaysia kini . kesenangan yang kau nikmati juga buat kau rasa berbangga pada Malaysia . pada para pejuangnya . sungguh aku memang pasang niat nak jelajah satu Malaysia suatu hari nanti . bukan saja tempatnya malah makanannya yang juga awesome membuat hidupku lebih bermakna y'olls =p

semoga Malaysia akan terus maju dari setiap bidang juga menjadi sebuah negara yang cemerlang dan makmur pada rakyatnya juga . Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Satu Malaysia , Satu Bahtera :

Jalur gemilang lambang bersatu
Warna cemerlang merah putih kuning dan biru
Bulan dan bintang, itu naunganku
Perjuanganku di bawah kibarmu

Satu Malaysia Satu bahtera
Berganding bahu harus berjaya (2x)

Bertindak dengan sepenuh kemampuan
Gagah berani menghadapi cabaran
Mara kehadapan penuh keyakinan
Walaupun apa jua halangan

Semangat waja menyatukan semua
Walau pelbagai warna atau budaya
Berdaya maju rajin dan bertenaga
Bertekad untuk menjulang jaya

Satu Malaysia Satu Bahtera
Berganding bahu harus berjaya !





Terima Kasih , Malaysia !

Thursday, August 30

Koma

Di suatu petang , di tepi rumah kampung yang berhampiran dengan pantai .

"Lama tak dengar khabar kau . Kau apa cerita sekarang ?". Dia memulakan bicara . Pertanyaan yang biasa disoal setelah sekian lama tidak bertemu . Antara aku dengan dia lebih kurang beberapa bulan juga setelah hubungan itu terputus .

"Hm macam ini jelah aku . Tak ada perbezaan pun . Bila aku kata aku dah gemuk sikit , diaorang (kawan-kawan yang lain) tak percaya . Dah malas aku nak bercerita . Ha kau ?".

"Kau gemuk ?". Dia gelakkan aku . Bertuah . "Aku rasa kau gemuk bahagian pipi je kot . Itu boleh la aku percaya". Sekali lagi dia gelakkan aku . Aku rasa macam nak siku dia pun ada .

"Kau ?! Aku balik karang". Ugutan mudah aku beri .

"Okayy ! Janganlah marah . Bukan selalu pun aku dapat usik kau . Sensitif arr". Aku berkerut . "Okay ! Okay ! Okay ! I'm sorry . I'm sorry okay ?". Wajahnya serius . Dia mula beralih pandangan . Lalu di ambil batu kecil di bawah seliparnya itu . 

"Kau dengan siapa sekarang ?". Tiba-tiba .

Soalan itu yang paling leceh hendak aku jawab . Aku mengeluh . Macam tak ada soalan lain . Leceh .

"Aku dengan kau lah , dengan siapa lagi  kat sini". Loya buruk .

"Ialah kau dengan aku sekarang . Yang aku maksudkan kau dah ada buah hati belum ?". Nadanya kedengaran agak serius . Namun masih lembut menyuarakan kata .

"Penting sangat ke aku dah ada buah hati belum ?".

"Penting . Kalau tak , tak adalah aku tanya jugak kan ?".

"Tanyalah soalan lain . Leceh lah asyik tanya soalan ni . Balik-balik soalan ni".

"Kau tak jawab lagi soalan ni tapi dah minta soalan lain . Jawab dulu".

Aku mula stres . Cadbury di beg kecil ku ambil lalu aku buka bungkusannya dan makan . Dia hanya memerhatikan aku . Aku jeling . Tiba-tiba dia tersenyum . Aneh .

"Kau memang tak berubah . Masih yang sama rupanya . Aku agak juga , hati kau pun masih yang sama . Kan ?". Senyuman itu terus dilempar .

Kaget .
* * *

Walaupun kisah kita cuma mampu bertahan dalam beberapa tempoh masa , namun perasaan itu tidak pernah dibiar berhenti dari terus berperasaan . Aku biarkan saja . "Koma" itu sengaja aku letak . Kerna aku juga kira , kau juga masih yang sama (hatinya) . Aku percaya jika itu takdirnya , itulah takdirnya . Enggan aku terus menyusutkan fikiran sendiri . Aku percaya pada ketentuan-Nya .


Ini kisah semua bukan hanya kisah "aku" .

Friday, August 24

perkhabaran tidak diduga

aku terima sebuah perkhabaran
sungguh ia amat mengecewakan
namun apakan daya untuk menidakkan
harus juga aku terima kenyataan .

dua bulan dari sekarang ,
kita lihat dimana akan ku bawa diri ini .
mengharap agar ,
biar terpisah jarak namun tidak pada ikatan .
moga Dia permudahkan segala urusan aku sekeluarga .

Thursday, August 23

Salam Aidilfitri



#EH =p

Ramadan sudah meninggalkan kita
Syawal kini telah pun tiba
Andai ada terkasar bahasa
Mohon ampun dan maaf yang daku pinta .

Selamat Berhari Raya
Makan biar berpada pada
Ingat , jangan main mercun ya
Bergembiralah kamu kumpul duit raya ! =DD

Saturday, August 18

Babak Cinta #5

Kenderaan Toyota Prius yang dipandu oleh Puan Numa sedari rumah Nazmi tadi dihentikan di tepi jalan bersebelahan beberapa buah kedai berdekatan dengan rumah mereka .

"Mama nak beli apa ?". Tanya Lisa sambil melihat keadaan kiri dan kanan kedai tersebut .

"Mama ingat nak masak Ikan 3 Rasa . Najwa sukakan ?". Tanya Puan Numa pada anaknya . Lisa sekadar menggangguk . "Okay , tunggu sini . Mama beli bahan-bahannya dulu ya !". Segera dilepaskan seat belt lalu keluar .

Tiba-tiba telefon bimbit Lisa berbunyi . Sepertinya ada mesej masuk . Segera di keluarkan handphone Samsung nya yang berada di dalam beg . Lalu di tekan mesej tadi .

  Kau dah sampai rumah belum ?
  Ada benda ni nak aku kata.
  Aku sebenarnya ... nak tanak rindu jugaklah kat kau J
  Aku yang pemalu ni beranikan jugak laa sebut. Malu malu.
  Lagi satu, tolong kirim salam aku pada Shira ! =p

Tertawa sambil menggeleng-geleng kepala Lisa membaca mesej kiriman Nazmi itu . Saat matanya memandang hadapan , dia terlihat kelibat seseorang yang melalui kawasan kedai berhampiran dengannya . Rasanya sudah lama dia di situ . Orang itu juga sepertinya sedang menunggu seseorang . Sudah beberapa kali dia asyik melihat jam .

"Macam ...". Seolah-olah sukar untuk dia percaya apa yang sedang dilihat kini . Sifat ingin tahunya membuatkan Lisa segera keluar dari perut kereta . Lalu ditenung lelaki itu dari atas ke bawah yang berpakaian cukup segak dengan kot berwarna jalinan hitam dan ungu .

Seperti ingin saja mendekati lelaki tersebut . Namun dalam beberapa langkah dia maju , dia terlihat ada seorang gadis keluar dari kawasan kedai itu lalu menuju ke arah lelaki tadi . Mereka sepertinya terburu-buru . Dibukanya pintu kereta Honda Civic oleh lelaki itu untuk si gadis tadi . Mereka segera pergi melintasi depan Lisa .

Alangkah terkejutnya dia pabila dapat melihat dari dekat wajah lelaki itu yang kelihatannya sangat mirip dengan wajah Isham . Matanya membundar . Nafasnya mulai naik turun . Dadanya ditekan . Seakan sukar untuk dia percaya . Lelaki yang ditunggu selama tiga tahun itu sebenarnya sudah berada dekat dengannya selama ini .

'Tapi siapa perempuan tu ? Dia tinggalkan aku sebab perempuan tu ? Siapa perempuan tu ?!', jerit hatinya yang menahan sebak di dada . Bibirnya di gigit . Tangan kanannya masih menekan dadanya . Terasa seperti ada yang menusuk-nusuk dadanya itu . Langkahnya mengundur namun longlai . Dia bersandar pada keretanya tadi . Matanya dipejam lalu dia menunduk .

Puan Numa yang keluar dari salah satu kedai tersebut , terkejut melihat keadaan anaknya itu . Segera di hampiri .

"Sayang , are you okay ? Kamu menangis ?!". Tanya Puan Numa yang kaget melihat keadaan Lisa . Lisa turut terkejut dengan teguran mama nya itu . Segera dia mengesat air mata yang tidak disedarinya telah turun .

"Tak ada apa , ma . Mama dah selesai ? Jom kita balik ?". Lalu diambil bungkusan plastik dari tangan mama nya . Segera di masukkan ke dalam kereta . "Jom ma ?". Senyum paksa itu terbit juga diwajahnya .

Puan Numa hanya menggangguk . Kebingungan dia dengan apa yang sebenarnya berlaku semasa ketiadaannya tadi . Dilihatnya sekeliling . Namun tiada apa yang mencurigakan . Segera dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin setelah anaknya itu meminta untuk segera beredar .


Wednesday, August 15

Babak Cinta #4

"Kau pukul betul-betul boleh tak , Mi ? Lembik semacam je pagi-pagi ni aku tengok . Tak best lah kalau macam ni". Lisa bersuara setelah hampir setengah jam mereka berdua bermain badminton di laman rumahnya Nazmi .

Nazmi ialah teman sepermainannya ketika mereka pernah berjiran sewaktu usia mereka kecil lagi sebelum Lisa berpindah ke rumahnya sendiri kini . Hampir tujuh bulan tidak ketemu lain macam pula dilihatnya Nazmi . Biasanya dia lah yang paling bersemangat tika bermain apa saja dengannya .

"Aku saja bagi kau menang lah . Karang aku yang menang semua , kau kata aku tunjuk terer pulak nanti". Nazmi berseloroh .

"Banyaklah kau ! Balas pun macam orang tak makan seminggu . Dah ! Dah ! Aku malas nak main lagi !". Segera di ambilnya bulu tangkis yang di atas rumput . Nazmi ketawa melihat gelagat temannya itu . Di kerusi bangku yang tersedia mereka berdua duduk .

"Kenapa tak ajak Shira datang sekali ?". Milo ais yang telah terhidang dihirup Nazmi sedikit demi sedikit .

"Dia kat Johor , rumah family dia . Esok atau lusa baliklah ke rumah kakaknya yang dekat KL ni". Dihirupnya Lisa air yang dihadapannya . "Kau rindu dia ? Tak rindu aku pulak ?". Sekadar ketawa kecil .

"Aku tak rindu dua-dua pun . Busy dengan kerja , so masa nak rindu-rindu ni tak ada", balas Nazmi yang tidak memandang mata Lisa . Tidak berani . Nanti ketawa spoil pulak .

"Sombongkan kau , Mi . Nasib baik juga aku datang dengan mama aku . Kalau aku nak datang sendiri tadi memang aku fikir dua hari dua malam agaknya".

"Amboi ! Marah". Usik si Nazmi .

Bulu tangkis yang di depan Lisa segera di ambil lalu di baling ke arah Nazmi yang memang gemar menyakat teman baiknya yang satu ini . Nazmi menangkap bulu tangkis tadi lalu mereka berdua ketawa . Mereka berdua masih tidak menyangka akan perubahan pada diri masing-masing . Nazmi yang makin nampak isinya , Lisa pula dilihat semakin berisi di bahagian pipinya .

'Lama juga rasanya tak tengok kau ketawa , Lisa', desis hati Nazmi .


* * * * *

Di dapur kelihatan Puan Numa bersama Puan Asnah sedang duduk bersembang sambil membelek-belek majalah masakan yang berada di atas meja makan mereka berdua duduk .

"Nazmi masih berkerja dengan ayahnya , As ?", tanya Puan Numa .

"Iya . Tapi ada jugak hari tu katanya nak cari kerja sendiri . Mau mandiri katanya".

"Baguslah tu , As . Mungkin dia sedar tanggungjawab dia sebagai anak sulung . Bagi contoh pada adik-adik dia". Tersenyum Puan Asnah mendengarnya . Dia menggangguk .

"Saya pun gembira bila dengar Nazmi dah kata macam tu . Rasa macam anak teruna As tu dah besar panjang dah".

"Memang dah besar panjang ha . Tengoklah dia tu , baru berapa lama tak jumpa dah berisi macam tu Numa tengok . Mungkin juga As , Mi dah ada buah hati . Tu yang bahagia semacam badan tu".

"Eh ! Itu saya tak tahu kak Numa . Tak pernah ditanya pulak . Dia pun tak jugak share dengan saya kalau betul dah berpunya . Tapi kalau ikutkan hati , As nak sangat hubungan kita ke aras lagi satu . Besan orang kata". Ujar Puan Asnah lalu mencuit bahu Puan Numa . Puan Numa hanya menggangguk setuju . Lalu mereka berdua tertawa .



Tuesday, August 14

Babak Cinta #3

"Najwa , where are you sayang ? Mama tunggu dari tadi tak sampai-sampai pun . Risau mama dibuatnya". Ujar mama Lisa , Puan Numa di telefon yang sedang bercekak pinggang menunggu anak tunggal perempuannya itu di pintu pagar . Di perhatikannya ke kiri dan ke kanan saja dari tadi . Sudah hampir sejam ditunggunya .

"Ya , mama . Najwa on the way ke rumah dah ni . Tadi ke bengkel ambil kereta dulu . Kejap lagi Wa sampai". Ujar Lisa di hujung talian .

Di rumah sememangnya Lisa atau nama penuhnya Karlisa Najwa binti Khalid lebih manja disapa sebagai Najwa sedari kecil lagi . Hanya dalam kalangan rakan-rakannya saja yang menyapa dirinya sebagai Lisa . Termasuk Isham , pacarnya yang telah menghilangkan diri hampir tiga tahun itu turut memanggilnya sebagai Najwa .

Hampir lima minit setelah memutuskan panggilan , Lisa pun sampai di perkarangan rumah milik keluarganya itu . Masuk lima hari selepas cuti semester baru dia dapat pulang ke rumah keluarga setelah selesai urusan kuliah yang masih berbaki sebelum cuti .

"Najwa !". Kedatangan Lisa disambut dengan pelukan mesra ibunda tercinta yang paling dirindui . Lisa membalas pelukan dengan senyuman .

"Mama sihat ? Papa mana ?". Dirangkul lengan kanan mama nya masuk ke dalam rumah .

"Mama sihat , sayang . Papa kamu ada . Kat dapur tu ha . Sibuk nak masak ayam masak merah kamu . Sanggup tu bangun awal pagi ke pasar cari bahan . Mama ditinggal di rumah".

"Iya ? Mesti sedap ni papa masak". Tersenyum ceria Lisa mendengar ayahandanya yang sering berlumba-lumba dengan mama nya untuk memasak setiap kali dia pulang ke rumah .

* * * * *

Selesai saja makan malam , Lisa membantu keluarganya mengemas semula meja makan . Setelah itu dia memohon diri untuk ke biliknya kerana pakaiannya masih belum di kemas ke dalam almari pakaian .

Selang beberapa minit , pintu kamarnya di ketuk perlahan .

"Ya , masuk". Kelihatan mama nya yang sedang membawa sedikit kuih dan air untuk dirinya . Mereka berdua tersenyum .

"Masuklah ma . Bilik berselerak lagi ni , baru dikeluarkan semua baju". Lisa mengetepikan beberapa helai baju kurungnya yang berada di tepi katil untuk di duduk mama nya . "Mama duduklah".

"Najwa cuti sebulan kan , kerja tak nanti ?". Puan Numa memulakan bicara . Sambil membantu anaknya itu melipat pakaian .

"Tak tahu lagi , ma . Najwa tunggu Shira balik dari Johor dulu . Ada juga katanya nak jadi guru tadika kat tadika Mak Ngahnya nanti".

"Cikgu tadika ? Baguslah tu , wa . Mama pun tak kisah . Tak berat sangat kerja cikgu tadika ni . Sekadar melayan karenah budak-budak kecil tu je". Lisa hanya tersenyum lalu mengganguk setuju .

"Najwa ?". Sambil diperhatikan anaknya itu menghangerkan baju kurungnya tadi .

"Ya , ma ?". Mamanya meminta dia untuk duduk . Dia mengikut .

"Ada berita tentang Isham , nak ?". Lisa terdiam sejenak mendengar soalan tiba-tiba itu . Dia menggelengkan kepala perlahan .

"Kalau macam tu , eloklah kalau kamu belajar melepaskan Isham , sayang . Semuanya tentang Isham . Nanti mama tak akan risau lagi dah tentang keadaan anak mama bila dah masuk kolej . Najwa faham kan maksud mama ?". Ditenung sayu wajah Lisa yang menunduk .

"Najwa faham , ma". Ringkas saja jawapannya . Dia tersenyum . Puan Numa memegang bahu kanan anaknya lalu membalas senyumannya .

"Dah , pergi tidur ya bila semuanya dah selesai ? Jangan tidur lambat pulak . Esok mama nak lawat maknya Nazmi dah alang-alang kamu disini". Bingkas Puan Numa berdiri lalu diambilnya semula dulang tadi .

"Ma , terima kasih . Maafkan Najwa juga sebab buat mak risau selama ni". Puan Numa senyum mengganguk di muka pintu .

Lisa meneruskan kerjanya tadi sebaik saja pintu kamarnya ditutup . Tiba-tiba perlakuannya terhenti . Memikirkan permintaan mama nya yang tadi .

'Lepaskan semuanya ?'.


Monday, August 13

Babak Cinta #2

     Enjin kereta telahpun kedengaran . Sepertinya sudah elok kereta mereka berdua , Lisa dan Asfan . Mereka telah terlibat dalam kemalangan kecil minggu lalu tika Lisa ingin memberhentikan kereta Viva nya ke tepi . Tanpa sedar kereta Perdana yang datang dari arah sama yang dibawa Asfan dengan agak laju melanggar belakang kereta Lisa . Tanpa mereka sedar dari peristiwa itu segalanya bermula .

"Siap boss !". Ujar mekanik bengkel tersebut .

Asfan yang berdiri bersebelahan mekanik Cina itu hanya menggangguk lalu tersenyum . "Okay !". Dicapainya kunci daripada mekanik tadi lalu diberikan kepada Lisa .

"Thanks". Disambutnya kunci keretanya lalu tersenyum semula . Asfan menggangguk .

"Nak bayar boss ? Mari ke dalam".

"Ha'a". Dia membuntuti mekanik tadi ke dalam ruangan ofis . "I bayar dulu". Katanya pada Lisa yang berdiri dibelakangnya . Lisa sekadar menggangguk .

Selesai membayar Asfan mnghampiri kereta Lisa semula . "So , you nak ke mana lepas ni ?". Dompet tadi dimasukkan ke dalam kocek seluarnya semula .

"Balik rumah , jumpa family". Balas Lisa .

"Okay . Kalau macam tu maybe next time kita boleh keluar makan together ?".

"Yeah sure . Mm balik dulu ya ? Terima kasih sebab bayarkan untuk kereta ni sekali". Pintu Viva nya di buka .

"Tak apa . Lagipun I yang langgar kereta you kan ? Take care".

"You too. Bye !". Lisa hanya tersenyum lalu masuk ke dalam perut keretanya .

Asfan melambai lalu diperhatikan kereta Lisa yang keluar dari perkarangan bengkel . Dia tersenyum .


Saturday, August 11

Babak Cinta #1

"Kau dengan Asfan macam mana sekarang ?". Shira memulakan bicara .

Lisa yang sedang membelek majalah Hijabista tadi tiba-tiba terhenti perlakuannya . Aneh rasanya soalan Shira itu . "Aku dengan Asfan ? Maksud kau ?". Dahinya berkerut . Menginginkan kepastian .

"Kau tak faham ke buat-buat tak faham ni , Lis ?". Shira tersenyum nakal . Lisa memandang tepat ke arah Shira . Lalu difikirkan semula apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pertanyaan Shira tadi . Majalah Hijabista diletakkan ditengah antara mereka berdua duduk . Kerutannya masih kelihatan .

"Tak . Tak . Aku tak faham maksud kau . Cuba terangkan sikit".

"Hm . Aku dengar dia ada bagi nombor telefonnya pada kau lepas insiden tu . Betul ke ?". Kedua-dua keningnya diangkat berulang kali .

"Ha'a . Dia bagi sebab katanya nak tanggung semua kos repair kereta aku tu . Dah tu kenapa ?"

"Kau tak cuba call dia pulak ?"

"Nak call dia kenapa pulak kau ni ? Ni , ni ! Kau kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ? Kau minat ?". Cuba mengusik Shira pula .

"Aku pulak dah . Aku nak kenen-kenen kan kau orang dua lah".

"Ha sudah ! Mula lagi kau". Majalah tadi dicapai semula . Tidak mahu fikirannya dibiar kusut lagi .

"Lisa , sampai bila kau nak tunggu si Isham tu ? Dah tiga tahun tau . Kau siang malam tengok foto dia . Dia tu entah buat apa , kat mana , dengan siapa entah , kita pun tak tahu". Akhirnya soalan itu dilepaskan Shira juga dengan lembut . Tahu akan apa yang sedang dialami teman baiknya itu .

"Ra , aku laparlah . Jom makan". Lalu Lisa berlalu pergi . Masih enggan bertutur mengenai lelaki itu . Shira hanya mengiya . Geram juga dibuatnya dengan sifat degil Lisa yang satu itu . Dimuncungnya mulut lalu hanya menurut langkah Lisa yang sudah di hadapan .


Tuesday, August 7

tidak seindah bahasa



cinta ini ,
kau beri bahagia saat ini ,
namun ia ditarik semula kemudian hari ,
lalu ditinggalkan rindu yang tidak berbalas ,
berat kini jiwa menggalas .


* * * * *

aku mohon kau bersedia
jika kau mahu bercinta 
kerna indah itu tidak selalunya ada
dan cinta tidak seperti yang disangka .


Sunday, August 5

dedikasi untukmu

wahai para pejuang dalam pertempuran
kau telah menjadi kebanggaan kami
perjuanganmu akan terus dalam ingatan
kerna kau juga inspirasi bagi kami
yang tidak mengenal erti putus harapan .

namun itulah namanya adat permainan
seandainya kau tewas atau menang
ingatlah ! kau tetap membanggakan
moga kau terus bangkit berjuang
Malaysia Boleh ! menjadi sandaran .


We're proud of you !
. Olimpik London 2012 .